22 March 2019

Bengkel Penyelarasan Modul Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling




Bertemu kembali geng fasilitator kompetensi guru kaunseling kebangsaan tahun 2018. Kali ini kami berkolaborasi untuk projek menyelaraskan modul bagi membimbing JU negeri peringkat kebangsaan seramai 80 orang pada 2 hingga 5 April 2019.  Penyelarasan modul dijalankan di BPSH KPM Puterajaya. Maka semalam dan hari ini kami berbincang dan menyediakan cara pengajaran modul yang sesuai. Setiap daerah di seluruh negeri perlu menghantar wakil atau JU untuk dibimbing dalam modul modul penting perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pemilihan melalui JPN masing masing. JU diharapkan dapat menyebarluas kepada guru bimbingan kaunseling di negeri masing-masing. 

Antara modul tersebut ialah psikometrik, PRS, pengurusan kaunseling dan impak kaunseling, modul SUDI keciciran murid, intervensi menangani gejala tingkah laku seksual terhadap kanak kanak, dan LGBT. Program dari 2hb April pukul 2.00 petang dan berakhir 5hb April 2019. Program agak pack sehingga malam. 

Kami team kaunseling mengambil modul perkhidmatan dan impak oleh Dr Tan, PRS oleh Kak Ju dan Kak Azita dan saya modul SUDI. Bengkel kepada JU peringkat kebangsaan pada 2 hingga 5 April..dan ia bermakna seminggu persekolahan buka sekolah saya tidak ke sekolah dan perlu berada di Akademi Kenegaraan Jln Bellamy. Adoila...dahla 1 dan 2 April 2019 saya ke UPM pertandingan inovasi. 


 Homesweethome
Farietz










Team KL selaku tuan rumah









 

Telegram Channel