12 March 2019

Isu Kegagalan Permohonan Guru Cemerlang

Majlis Guru Cemerlang WPKL telah menganjurkan Seminar Guru Cemerlang dengan menjemput Jemaah Nazir yang menguruskan permohonan guru cemerlang untuk memberikan taklimat kepada guru guru di WPKL Penyertaan seorang guru akademik kepada setiap sekolah dan wajib untuk setiap guru cemerlang hadir dalam seminar ini.
Memandangkan dateline untuk permohonan guru cemerlang ditutup pada 31 Mac ini maka nazir memberikan taklimat permohonan dan penilaian yang akan dijalankan. Saya lebih tertarik untuk berkongsi isu isu yang menyebabkan kegagalan calon yang memohon guru cemerlang berbanding prosedur permohonan yang boleh diikuti oleh semua.calon dengan membaca arahan yang jelas dinyatakan.
Isu yang menyebabkan permohonan ditolak;


Borang Permohonan Ditolak
1. Tidak ikut format


2. Tidak lengkap
Ada beberapa item dalam borang Excell itu tidak dilengkapkan oleh calon

3. Tempoh isytihar harta
(Pastikan tarikh isytihar harta anda 5 tahun yang terkini dan diupdate dalam sistem perkhidmatan atau sistem naik pangkat) 



4. Tempoh perkhidmatan
Mesti cukup tahun perkhidmatan yang diminta dalam gred tersebut. Jangan kurang walaupun beberapa hari. 


5. Tempoh mengajar
( mesti 3 tahun tidak terputus bidang kepakaran iaitu subjek yang diajar dan guru kaunseling pula tiga tahun berturut dalam tempoh yang ingin dinilai itu menjadi guru kaunseling. Cthnya memohon GC Subjek Kimia tetapi ada satu  tahun langsung tidak mengajar Kimia maka kena bermula pengiraan 3 tahun semula. Bagi guru guru yang menyambung pelajaran sepenuh masa juga terputus permohonan untuk dinilai dalam 3 tahun tersebut kerana tidak dikira sebagai tempoh tidak mengajar bidang kepakaran. )

6. Tempoh pemangkuan
Tidak cukup tempoh setahun atau dua tahun dari tarikh memangku hingga 1 Jan tahun semasa penilaian mengikut gred masing-masing. Walau kurang sehari tidak dikira

7. Tiada pengesahan Ketua Jabatan
Ada dokumen semua lengkap, tetapi dihantar tanpa pengesahan Ketua Jabatan sama ada Ketua Jabatan tidak mahu mengesahkan calon atau terlupa mengesahkan calon memandangkan selepas memohon, Ketua Jabatan yang perlu menghantar email semula kepada Jemaah Nazir. Cuba dapatkan pengesahan pengetua sama ada sudah menghantar perakuan calon atau tidak dalam tempoh permohonan. Ada juga Ketua Jabatan dengan terang terangan menulis pada Nazir yang calon tidak diperakukan kerana tidak layak. 

Sumbangan
1.Pelibatan terhad kepada institusi/ daerah 
Pemohon hanya melibatkan diri dengan sekolah sahaja atau peringkat daerah. Sangat kurang malahan ada yg tiada sumbangan di peringkat negeri.

2. Tiada inovasi
Tiada langsung inovasi yang dijalankan iaitu satu elemen penting yang membezakan guru cemerlang dan guru biasa. Bagi guru cemerlang sedia ada, dan ingin memohon gred cemerlang seterusnya tiada inovasi baru yang dicipta sesuai dengan permohonan kenaikan gred guru cemerlang.

3. Tiada kajian/ penulisan
Tiada kajian tindakan dijalankan walaupun di peringkat sekolah apatah lagi penulisan ilmiah sama ada penulisan kajian tindakan atau artikel


4. Kepentingan individu
Bagi pemohon yang mempunyai inovasi, tetapi tiada langsung pembentangan yang menunjukkan perkongsian mengenai inovasinya untuk dimanfaatkan juga oleh orang lain. Inovasinya hanya untuk kepentingannya sahaja dalam pengajaran

5. Tiada wow factor
Inovasi yang biasa dan pernah guru lain juga menciptanya dan inovasi yang tidak menarik dan kurang impak dalam kemenjadian murid

6. Jika GC sedia ada tiada perkongsian ilmu
Guru cemerlang sedia ada ingin memohon ke gred seterusnya tetapi tiada langsung perkongsian ilmunya di gred sebelum ini dengan pihak panitia sekolah atau dalam peringkat daerah mahupun negeri dalam menyampaikan ceramah kepada guru lain.


Pembentangan Dan Penilaian Pdp
1. Tiada keyakinan diri
2. Tidak menarik
3. Membosankan
4. Tiada Wow faktor
5. Tiada mencapai objektif pembelajaran

Jika borang dipertimbangkan layak menjawat guru cemerlang, maka satu tarikh akan dihubungi oleh Nazir untuk memantau pdp dan bagi guru kaunseling pula sesi kaunseling akan dipantau sama ada kaunseling individu atau kaunseling kelompok. Sebelum dipantau pdp atau sesi kaunseling, pemohon perlu membentangkan kepada Nazir mengenai sumbangan, inovasi dan apa-apa yang releven untuk mengaitkan sumbangan pemohon dengan inovasi berjaya mencapai kemenjadian murid. Sewaktu pembentangan perlu yakin sewaktu sesi soal jawab.

Pdp atau sesi kaunseling yang dipantau perlu mencapai objektif pembelajaran pada masa tersebut atau sesi kaunseling mencapai objektif pada akhir sesi tersebut. Antara contoh kegagalan ketika dipantau ialah apabila murid-murid ditanya oleh Nazir, murid mengatakan mereka berlatih pdp yang sama dengan guru beberapa kali. Ada juga kes pemohon mengajar topik yang sama yang sudah diajar apabila Nazir memantau buku rekod pengajarannya. Penilaian pdp mahu pun sesi kaunseling memberikan wajaran markah yang terbesar dan kegagalan dalam penilaian pdp atau sesi kaunseling akan mengagalkan keseluruhan penilaian pemohon walaupun sumbangan pemohon terbaik.


Last sekali, saya percaya pada rezeki. Jika anda sudah buat yang terbaik tetapi masih belum rezeki anda ada sahaja isu yang akan menggagalkan permohonan tersebut. 


Perpustakaan Negara Malaysia
After a long time
ISBN for PROFOUND

4 comments

Bila keputusan GC keluar? Saya ada mohon GC tahun lepas 2019..panel dtg menilai bln Ogos 2019...memang mencabar observe dari panel dari Muar Dan Melaka...Saya tawakal dan berserah padaNYA keputusan yang bakal Saya terima...

Ada bulan Mac atau sblm iklan permohonan GC utk tahun tersebut disiarkan namun pada tahun lepas juga agak lewat iaitu iklan GC dikeluarkan dan result masih tidak dikeluarkan. Dilemma untuk yang masih menunggu result, memohon semula atau tidak. dan ada yg menelefon Bhgn Sumber Manusia pada bulan Mac iaitu sebelum dateline permohonan GC tahun 2019 untuk mengetahui status sbb nama yg layak sudah boleh diketahui ketika itu cuma surat pelantikannya agak lewat dikeluarkan sekitar April utk DG 52 dan ke bawah. Hanya gred DG 54 ke atas shj mendapat result dan surat pelantikan pada Feb. Namun terpulang pada pemohon utk memohon semula kerana bimbang selagi surat pelantikan tiada, jaminan kelayakan menjadi kegusaran.

Saya pun dah diverifikasi tahun 2019. Mungkin rezeki kat timebased dg48. Th2021 genap dah 8 thn gcdg44. Sebabni dah bulan 4.😉

This comment has been removed by the author.
 

Telegram Channel