13 March 2019

Teambuilding Guru Kaunseling Pudu Dikendalikan Cikgu Jinggo





Program teambuilding Guru Kaunseling Pudu dijayakan oleh team Cikgu Jinggo. Team ini sangat aktif, energetic diketuai oleh Cikgu Jinggo sendiri sebagai pengasas Elas Edugame. 

Merasai  kehebatan personalia ini menguruskan teambuilding kerana selama ini hanya melihat Cikgu Jinggo menguruskan program murid tanpa slaid tetapi mampu memberikan momentum tumpuan sepanjang 4 jam. 
Jom kita test bagaimana penerimaan guru guru kaunseling pula. Sepanjang program dari pkl 8 hingga 1 ni memang mendapat pujian guru guru. Pelbagai kaedah edugame dipelajari oleh guru guru kaunseling yg boleh digunakan dalam aktiviti bersama murid sbg energizer atau sebagai bahan bantu untuk intervensi murid. 

Belajar dgn orang yang berpengalaman dan pengasas pula adalah berbeza dari membaca buku bukunya tentang edugame jika tidak merasai sendiri pengalaman tersebut. 

Selamat mencuba kawan kawan. Terima kasih Cikgu Jinggo semoga murah rezeki.

Marathon for counselling 






















 

Telegram Channel