30 April 2019

Ziarah Cakna April; Murid Ting 4 Berisiko Cicir

Ziarah Cakna April; Murid Ting 4 Berisiko Cicir

Hasil intervensi dashboard kelas tercorot, kami dapat membuat saringan murid pula iaitu murid yg menyumbang kepada peratus kehadiran yang teruk. Kali ini yang menariknya adalah dua orang murid yang sekelas ini merupakan jiran yang berlainan blok sahaja. Corak tidak hadir ke sekolah adalah sama. Saya percaya murid ini bekerja. Saya percaya ibu bapa juga tidak perasan yang anak tidak hadir ke sekolah. Oleh kerana nombor telefon untuk dihubungi seringkali gagal juga untuk berkomunikasi, saya mengambil jalan mudah dengan menjalankan ziarah Cakna pada 26 April 2019 yang lalu

Hasil dari ziarah Cakna yang dijalankan, saya mendapati murid ini bekerja. Mujur ibu ada di rumah dan ibunya terkejut kerana mendapati anak ponteng ke sekolah kerana hampir setiap hari anak pergi ke sekolah dan pada ketika anak tidak sihat sahaja ibu tahu yang anaknya tidak pergi ke sekolah.
Rupa-rupanya anaknya bekerja tetapi kami difahamkan bahawa anaknya shift petang ke malam dan tidak menggangu langsung pembelajarannya di sebelah pagi untuk hadir ke sekolah. Hati kecil saya mengatakan murid ini penat dan tidur di rumah kawannya atau di tempat lain memandangkan dia keluar ke sekolah seperti biasa tetapi jasadnya tiada di sekolah. Ibunya mengaku menerima surat -surat amaran yang dikirimkan tetapi tidak menghubungi pihak sekolah semula. Hasil perbincangan ibu merasakan berhenti sekolah adalah cara terbaik memandangkan anaknya tidak minat belajar dan lebih suka bekerja dan status anaknya sekarang sudah amaran ketiga. Hmmm penyumbang kepada seorang murid cicir sekolah saya tahun ini.

Kemudian kami bergerak ke rumah seorang lagi yang pattern kehadiran seperti kawan sekelasnya tetapi ini lebih tegar kerana bilangan hari berturut tidak hadir ke sekolah lebih tinggi.
Ketul punya ketuk tiada yang menyahut. Pintu memang terbuka sedikit itu yang menguatkan hati saya berkata ada orang didalam rumah ini. Hampir 10 minit mengetuk, seorang lelaki dalam usia 13 tahun datang tetapi seakan kebingungan kerana tidak memahami Bahasa Melayu dengan baik. Maka saya terpaksa menelefon Cikgu Cina sekolah saya untuk bercakap dalam bahasa ibunda dengannya. Hasil dari perbualan tersebut saya difahamkan, adiknya mengatakan yang abangnya setiap hari dari pagi sudah keluar dan balik lewat malam. Dia jarang berjumpa abangnya kerana sudah tidur.
Apabila diminta nombor telefon ibu atau bapa, budak ini mengatakan dia tidak tahu kerana berurusan dengan ibu bapanya melalui aplikasi media sosial dan memang tidak tahu nombor telefon.

Kena follow up lepas ini kerana saya tengok di ruang tamu rumahnya sangat ringkas perabot yang ada dan budak ini pula tidak dapat memberikan maklumat yang lengkap.


Abah and mak in KL 
Mood happy :}










29 April 2019

Intervensi Dashboard: Kelas Tercorot Kehadiran Mac 2019

Intervensi Dashboard: Kelas Tercorot Kehadiran Mac 2019










Selepas tamat perhimpunan Isnin lepas, saya dan Rozi mengumpulkan semua murid dari kelas 4 Ar R ke dalam bilik mesyuarat. Kehadiran kelas ini hanya 68% sahaja bagi bulan Mac.
Kami mengambil buku kawalan kelas Jan hingga Mac dan print apdm Jan hingga Mac dan menyemak kehadiran murid pada hari ini. Dari analisa tersebut hanya 15 murid kami lepaskan untuk masuk ke kelas ye hampir semua murid perempuan luluscsaringan masalah disiplin dan masuk ke kelas. Murid sasaran pula hanya 5 orang sahaja yang kebetulan hadir hari ini. Manakala murid yang ada perlu ada sahaja kes ponteng kelas dan ditahan untuk sesi intervensi dengan kami. 

Corak ketidakhadiran yg tidak cantik dalam kelas ini. Seramai 4 orang murid Cina yg sudah lama tidak hadir ke sekolah dan melayakkan untuk dibuang sekolah. Terdapat seorang murid Melayu yang dibuang sekolah dari sek jiran masuk ke SMK Cheras dan seorang murid Melayu yang juga dari sekolah berhampiran bermasalah disiplin bertukar sekolah dan ditempatkan di kelas ini.  Terdapat dua murid Melayu kes dibuang sekolah dari sekolah sendiri tahun lepas.  Terdapat seorang India yang juga lama tidak hadir ke sekolah. Sembilan orang murid ponteng tegar. Lima orang murid ponteng berkala dgn kerap..menjadikan setiap hari 8 hingga 12 murid tidak hadir ke sekolah setiap hari dan menyebabkan cikgunya tak menang tangan untuk follow up dan menyediakan surat amaran.

Hasil intervensi pertama murid yang mempunyai pattern yg tidak cantik akan terus dikeluarkan surat amaran pertama. Murid tegar akan menjalani sesi kaunseling kelompok, individu dan konsultasi ibu bapa dan jika perlu ziarah cakna pada hari jumaat

Thanks abah
My fav MacGyver

28 April 2019

Bandar Tun Razak  Sihat

Bandar Tun Razak Sihat





Hari minggu satu program diadakan di Institut DBKL Bandar Tun Razak iaitu Bandar Tun Razak Sihat. Sekolah kami berada di Parlimen Bandar Tun Razak dan sekolah terpilih untuk menyertai program ini dengan penyertaan 100 murid. Dengan T-Shirt percuma, makan sarapan dan tengah hari juga percuma dgn menu yang sedap huhuhu. 

Yang penting sijil penyertaan peringkat daerah untuk murid yg menyertainya . Aktiviti ceramah kesihatan dan ceramah doktor HUKM. Barulah majlis perasmian dijalankan. 
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan juga.

Saringan kesihatan juga diadakan oleh petugas HUKM, kesihatan caregam dan lain lain

Bonding time with 
My beloved mak abah
And delicious laksa
























27 April 2019

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Cheras 2019

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Cheras 2019



Cerita Sabtu yg lepas. Tahniah kepada semua penerima anugerah


     Tarikh Perlaksanaan

                              Tarikh    : 27 April 2019
                              Masa      :  7.30 pagi – 12.30 tengahari
                              Tempat  : Dewan Kris Mas

   Ahli Jawatankuasa
Pengerusi                                 :           En. Jamil bin Jamaludin
Naib Pengerusi                         :           Cik Lee Swee Ching
                                                            Pn Nor Azlinda bt Hasmunih
                                                            Pn Salehah bt Ali
                                                            Pn Maheran binti Abd. Mutalib
Setiausaha                                :           Pn Narinder Kaur A/P Peara Singh
Naib Setiausaha                                   :           Pn Kanagambigai a/p Ramoo  
Bendahari                                :           Pn. Amira bt Mamat

Ahli Jawatankuasa      
Jemputan                                 :           Pn Normilah binti Mohd Noh
Sambutan/Protokol                  :           Pn Norzmi binti Abdullah
Pemilihan Penerima                 :           Pn Farah Hanum binti Ramly
Pendaftaran                             :           Pn Nor Haizad bt Taharim
Pengurusan Penerima Anugerah          :           Pn Khairul Akhmar  bt Omar
Hadiah & Cenderamata                       :           Cik Nor Zalifah binti Hanafi
Pengacara                                :           Pn  Atirah Mohd Riduan
Doa                                          :           En Mohd Nasrun b Ahmad
Persembahan m/media             :           Pn Norliza bt Borhan
Persembahan                           :           Pn Norlaili bt Ani
Pengurus acara                         :           Pn Ratna Dewi A/P P. Gopalakrishna
Fotografi                                  :           En Hazmer bin Mamat
Teks ucapan                            :           Pn Soraya bt Abd Rafar
Persiapan pentas                      :           Pn Solehah bt Ahmad
Persiapan Dewan                     :           En. Ahmad Firdaus Mohd Ya
Back Drop                               :           En Abdull Azis b Arbi
Keceriaan & Hiasan Dewan     :           Pn Suhaibah bt Mat
Kebersihan                              :           En Masrizal bin Abu Bakar
Disiplin & Lalu lintas               :           En Mohd Noor b Mat Deris
Siaraya                                     :           En Balasegar a/l Muniandy
Buku Atur Cara                                   :           Pn Amirah bt Mohd Kamil
Jamuan                                                :           Pn Tengku Laila Sari bt Tengku Jusoh
Pertolongan Cemas                  :           Pn Sharihan bt Shaari
Dokumentasi & Penilaian Program :    Pn Nurhaiza bt Che Mat


      Objektif
1 Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru cemerlang.
2 Mempertingkatkan lagi kualiti keputusan peperiksaan SMK Cheras.
3 Memberikan insentif dan motivasi kepada murid SMK Cheras untuk mencapai keputusan    
   yang lebih cemerlang .
4 Memupuk sifat bekerjasama dan bertolak ansur dalam menjayakan majlis dalam kalangan      
   warga sekolah.



Aktiviti Program

7.15 pagi                      :           Pendaftaran
8.30 pagi                      :           Ketibaan Tetamu kehormat
8.35 pagi                        :             Pergerakan Tetamu Kehormat ke Restoran Sanggar Ceria
                                       :             Minum pagi
9.00 pagi                      :           Pergerakan Tetamu kehormat ke dewan
                                    :           Nyanyian Lagu Negaraku
                                    :           Nyanyian Lagu Wilayah Persekutuan
                                    :           Nyanyian lagu sekolah
                                    :           Tarian Selamat Datang
                                    :           Ucapan Aluan oleh Pengacara Majlis
                                    :           Bacaan Doa
                                    :           Ucapan Pengetua SMK Cheras
-          En Jamil bin Jamaludin
                                    :           Ucapan tetamu kehormat
-          En. Ahmad Fahmin Bin Haris
(Pengurus Besar Negeri Kuala Lumpur (Utara)  
National Higher Education Fund Corporation
                                    :           Persembahan multimedia
                                    :           Penyampaian Hadiah Sesi 1
                                    :           Persembahan Pelajar
                                    :           Penyampaian Hadiah Sesi 2
                                    :           Penyampaian cenderamata VIP


Dinner with mak abah :)






Murid Permata AlQuran 
Ayuni

Terbaik BM PT3
Kamelia Natasha

Murid Permata AlQuran
Muhammad Farietz

Terbaik Pend Seni PT3
Nurain Syakirah


Murid terbaik SPM



Terbaik Subjek Rekatanda SPM
Nur Ain Najwa

Terbaik Pentaksiran Sekolah PT3 Halimatul

Terbaik Bahasa Arab dan Geog PT3
Muhammad Farietz Sharani


Terbaik 5 Gamma
Muhammad Aiman Hakim







Terbaik PT3 Muhammad Farietz



Terbaik Aliran Sains Balqis

Terbaik MPV Siti Hajar

Terbaik PVMA Nik Hannah


Tokoh NILAM Muhammad Farietz






Terbaik PT3 Muhammad Farietz Sharani
























 

Telegram Channel