21 April 2019

BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING 2019


Setiap tahun saya post borang keberhasilan saya dalam blog dari tahun pertama format ini diwujudkan dengan tutorial untuk guru kaunseling memahami bagaimana pengiraan skor untuk dinilai. Bagaimana menulis dengan cara yang betul kerana format keberhasilan guru kaunseling tiada contoh sewaktu diperkenalkan. Google sana sini pun tak dapat jadi saya belajar menganalisa data guru subjek untuk disesuaikan dengan item guru bimbingan kaunseling. Selepas menulis borang keberhasilan tersebut, saya dapati borang saya dijadikan contoh oleh beberapa sesawang. Nampaknya saban tahun borang keberhasilan ini menjadi rujukan dan masih lagi menjadi rujukan untuk guru kaunseling melihat keberhasilan saya setiap tahun.

Maka dengan rendah hati, saya kongsikan borang ini sekali lagi kerana sudah mula guru kaunsleing bertanya tentang keberhasilan saya di tahun 2019:}

Jangan lupa ye masukkan kajian tindakan atau inovasi atau amalan terbaik dalam keberhasilan anda krn item tersebut wajib dalam penilaian kendiri perkhidmatan kaunseling. Item ini juga yang ditegur nazir kaunseling kpd majoriti guru kaunseling  tidak membudayakan kajian tindakan dan inovasi. Guru kaunseling meletakkan TIADA kajian tindakan, inovasi atau amalan terbaik dalam penilaian kendiri perkhidmatan kaunseling walaupun hakikatnya anda ada buat tetapi anda TIDAK TAHU  bahawa apa yang anda buat itu ADA tetapi anda meletakkan TIADA.

Sila klik link di bawah

BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING 2019






Editor for my son
His first experience in cerpen
Good luck!

6 comments

terima kasih cikgu..sangat bermanafaat

terima kasih cikgu...xlokek ilmu

Terima kasih puan...moga allah memberkati hidup puan selalu...aamiin

Terima kasih haiza...sangat membantu

terima kasih cikgu. sangat membantu

 

Telegram Channel