Total Pageviews

8 May 2019

Instrumen Murid Berisiko Cicir: Rubrik,Borang MBC 1,2 dan 3, Borang Kehadiran Murid Dan Borang PIMBC




Mendapat surat untuk menghadiri bengkel aktiviti membina manual  mengurus murid cicir di IAB Bandar Einsteik dari 7hb hingga 10hb. 

Bagi membina manual pengurusan murid cicir ini, kena buat homework sikit mengenai prosedur pengurusan murid cicir dari data yg diperolehi dari guru kelas, penyelaras tingkatan dan PK HEM sblm intervensi dijalankan melalui borang kehadiran dan borang penilaian impak murid berisiko cicir.

Kami dibahagikan kpd 4 kumpulan dan kumpulan saya membina manual untuk pengurusan sahsiah dan disiplin murid sekolah menengah. Selain itu kami juga perlu menyusun buku manual ini di bab 4 iaitu bahagian penilaian dan laporan. 






Inilah ahli kumpulan saya GC Kak Julia dari Selangor , Azni dari KL  dan Rafizi dari Johor yg menang top 6 amalan terbaik kaunseling sek men peringkat kebangsaan 2018. Ketua kump En Hafidz dari PPD Kluang yg mendapat tempat ke4 PPD terbaik pengurusan kaunseling terbaik peringkat kebangsaan. 








Lampiran 1b

GARIS PANDUAN MENGATASI ISU KECICIRAN MURID DI SEKOLAH KPM

 

1.
PENGENALAN


Teras Strategik 3 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas telah menyatakan supaya  Kementerian  Pendidikan  Malaysia (KPM) melaksanakan inisiatif  bagi  mengurangkan  kadar  keciciran  dan  memastikan  enrolmen sejagat menjelang tahun 2020.  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga meletakkan salah satu daripada aspirasi sistem ialah menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak. Dalam pelan tersebut, satu inisiatif iaitu Peningkatan Akses dari Prasekolah hingga Menengah Atas merupakan inisiatif utama yang memfokuskan kepada strategi peningkatan enrolmen pada semua peringkat pendidikan termasuk usaha menangani keciciran murid di sekolah.


KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan enrolmen namun  isu murid tercicir di sekolah rendah dan menengah masih berlaku sehingga kini. Pada tahun 2016,  secara  keseluruhan  peratus murid yang tercicir dari sekolah rendah adalah 0.36 peratus dan sekolah  menengah adalah 1.50 peratus. 

Pada tahun 2016, KPM juga telah melaksanakan pengesanan awal bagi murid berisiko cicir iaitu murid yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. Secara keseluruhan, didapati bahawa sebanyak 2.00 peratus murid sekolah rendah menghadapi risiko cicir tahap tinggi dan sebanyak 4.3 peratus murid sekolah menengah menghadapi risiko cicir tahap tinggi.

Faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada murid berisiko tinggi untuk tercicir ialah faktor murid dan faktor keluarga. Antara faktor murid ialah ketidakhadiran ke sekolah yang tinggi, tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M), gagal lebih separuh atau keseluruhan subjek yang diambil, melakukan kesalahan disiplin yang berulang dan tiada motivasi untuk belajar. Manakala antara faktor keluarga pula ialah pendapatan isi rumah yang rendah, taraf pendidikan ibu bapa/penjaga yang rendah dan tiada penglibatan ibu bapa/ penjaga dalam sarana sekolah.


KPM berhasrat memastikan bahawa pihak sekolah perlu mengesan lebih awal murid yang menghadapi faktor yang akan menyumbang kepada keciciran murid dari persekolahan. Justeru, Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah (GPMBC) ini adalah sebagai rujukan bagi pihak sekolah. GPMBC  ini menjelaskan peranan dan tanggungjawab serta langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mengatasi isu keciciran murid di sekolah. GPMBC akan berfokus kepada murid berisiko cicir bagi memastikan mereka kekal bersekolah sehingga tamat tempoh persekolahan peringkat menengah.


2.
DEFINISI

2.1    Murid Berisiko Cicir


Murid yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.


3.
MATLAMAT


Memastikan semua murid kekal dalam sistem persekolahan sehingga tamat pendidikan rendah dan menengah.


4.
OBJEKTIF



4.1
Membantu pihak sekolah mengenal pasti murid berisiko cicir;


4.2
Membantu pihak sekolah mengurus murid berisiko cicir secara berkesan dan sistematik; dan


4.2
Memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir dapat dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah secara berterusan.


5.

PUNCA KUASA


5.1
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003


5.2
Peraturan-peraturan (Pendidikan Wajib) 2002


5.3
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025




6.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


Mengurus isu keciciran murid di sekolah khususnya murid berisiko cicir adalah menjadi peranan dan tanggungjawab bagi semua pihak di KPM, JPN, PPD, sekolah dan PIBG.


6.1
Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)



6.1.1
Merancang dan menyelaras pelaksanaan pengurusan murid berisiko cicir peringkat nasional.



6.1.2
Menerima maklumat dan data tentang murid berisiko cicir daripada laporan yang dipanjangkan oleh JPN kepada KPM.



6.1.3
Menganalisis data murid berisiko cicir peringkat nasional.



6.1.4
Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai laporan murid berisiko cicir.



6.1.5
Melaporkan pelaksanaan pengurusan murid berisiko cicir peringkat nasional kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pendekatan Bersepadu Menangani Keciciran.



6.1.6
Menilai dan menambah baik keberkesanan pengurusan murid berisiko cicir.





6.2
Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

GPMBC perlu dilaksanakan dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) dan Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK). SPS melibatkan Unit Sekolah Rendah dan Unit Sekolah Menengah.  SPK melibatkan Unit Hal Ehwal Murid.



6.2.1
Menyelaras isu murid berisiko cicir untuk semua sekolah di bawah pentadbiran JPN termasuk sekolah sukan, sekolah seni, sekolah pendidikan khas, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV).                       
                               Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah



6.2.2
Memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan JPN.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah



6.2.3
Memastikan    semua   PPD   menerima garis panduan supaya isu murid berisiko cicir dapat diurus secara berkesan dan sistematik di negeri masing-masing.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah



6.2.4
Memastikan semua PPD bekerjasama dalam program intervensi mengurus isu murid berisiko cicir yang dilaksanakan di sekolah.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan



6.2.5
Bekerjasama dengan unit Hal Ehwal Murid (HEM) di PPD yang menguruskan isu murid berisiko cicir.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan



6.2.6
Menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan program intervensi mengurus murid berisiko cicir di peringkat PPD.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan



6.2.7
Memastikan PPD memantau program intervensi mengurus murid berisiko cicir sekurang-kurangnya sekali setahun.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan



6.2.8
Menerima, menyemak dan mengesahkan laporan tahunan pencapaian program intervensi mengurus murid berisiko cicir daripada PPD untuk dihantar ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan salinan kepada semua Bahagian Operasi Pendidikan yang terlibat di KPM pada 15 November.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah



6.3
Peranan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)



6.3.1
Memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan PPD.



6.3.2
Memastikan garis panduan ini dapat diedarkan ke semua sekolah di bawah kelolaan PPD masing-masing.



6.3.3
Memastikan pengetua/guru besar memahami dan mematuhi garis panduan yang telah diedarkan.



6.3.4
Memastikan pengetua/guru besar melaksanakan program intervensi mengurus isu murid berisiko cicir di sekolah masing-masing.



6.3.5
Mengumpul analisis berdasarkan Instrumen Kriteria Murid Berisiko Cicir daripada sekolah bagi tujuan perancangan intervensi peringkat daerah dengan pelibatan pelbagai pihak bagi program tersebut.



6.3.6
Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan pemantauan program intervensi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk dihantar kepada JPN pada 15 Oktober.






6.4
Peranan Pengetua/Guru Besar



6.4.1
Memastikan program intervensi mengurus isu murid berisiko cicir dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM (rujuk lampiran 1a).



6.4.2
Memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru di sekolah.



6.4.3
Mengesahkan senarai murid berisiko cicir di sekolah dan menyerahkan kepada GBK untuk tindakan dan program intervensi.



6.4.4
Sekiranya GBK cuti bersalin, cuti sakit berpanjangan, berkursus atau menunaikan haji, pengetua/ guru besar perlu melantik S/U HEM atau seorang guru bagi menggantikan dan memastikan program intervensi mengurus isu murid berisiko cicir dilaksanakan.



6.4.5
Memastikan pelaporan, dokumentasi dan data disediakan dan dihantar kepada PPD pada 15 September.








6.5
Peranan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)



6.5.1
Membuat penataran kepada semua guru kelas semasa mesyuarat awal tahun.



6.5.2
Memastikan semua Penyelaras Tingkatan/Tahun dan guru kelas memahami dan mematuhi garis panduan yang telah diedarkan.



6.5.3
Memastikan garis panduan ini dipatuhi dan digunakan sebagai panduan bagi mengatasi isu keciciran murid di sekolah khususnya murid berisiko cicir.



6.5.4
Memastikan program intervensi bagi murid berisiko cicir dijalankan oleh GBK.






6.6
Peranan Penyelaras Tingkatan/Tahun



6.6.1
Memantau saringan yang dijalankan oleh guru kelas menggunakan instrumen Kriteria Murid Berisiko Cicir yang dibekalkan oleh KPM untuk mengenalpasti murid yang berisiko cicir dalam tingkatan/tahun.



6.6.2
Menganalisis data murid berisiko cicir dalam tingkatan/tahun.



6.6.3
Menyediakan senarai murid berisiko cicir dalam tingkatan/tahun.



6.6.4
Menyerahkan senarai murid berisiko cicir dalam tingkatan/tahun kepada GPK HEM.



6.7
Peranan Guru Kelas



6.7.1
Membuat saringan menggunakan instrumen Kriteria Murid Berisiko Cicir yang dibekalkan oleh KPM untuk mengenalpasti murid yang berisiko cicir dalam kelas.



6.7.2
Menyediakan senarai murid berisiko cicir dalam kelas dan menyerahkan senarai murid tersebut kepada Penyelaras Tingkatan/Tahun.



6.7.3
Membuat penilaian selepas intervensi dijalankan oleh GBK.



6.8
Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling



6.8.1
Merancang dan melaksanakan program intervensi bagi murid berisiko cicir.



6.8.2
Memastikan perekodan yang sistematik dalam pelaksanaan program intervensi murid berisiko cicir.



6.8.3
Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Badan Bukan Kerajaan (NGO), jabatan kebajikan masyarakat negeri untuk melaksanakan program intervensi murid berisiko cicir.



6.8.4
Menjadikan isu murid berisiko cicir sebagai fokus utama dalam pengendalian sesi kaunseling.



6.8.5
Mengadakan konsultasi dengan guru kelas, guru mata pelajaran, ibu bapa dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.



6.8.6
Menghadiri kursus/bengkel/taklimat berkaitan dengan intervensi keciciran yang dianjurkan oleh KPM/ JPN/ PPD.






6.9
Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Komuniti



6.9.1
Bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengatasi isu murid berisiko cicir.



6.9.2
Membantu pihak sekolah dalam semua program yang dirancang dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan budaya sekolah pada peringkat sekolah.



6.9.3
Membantu pihak sekolah melaksanakan lawatan sosial dan berinteraksi dengan murid yang berisiko cicir dan keluarga mereka bagi memahami masalah serta membantu mengatasi masalah murid tersebut.



6.9.4
Membantu pihak sekolah mengadakan perbincangan dengan keluarga murid berisiko cicir mengenai isu ketidakhadiran murid dan pencapaian dalam akademik murid ini.



6.9.5

Membantu pihak sekolah untuk memberi pendedahan dan mengurus isu murid berisiko cicir kepada komuniti setempat.


7.
PENUTUP


Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah perlu dipatuhi dan  dimanfaatkan sepenuhnya supaya murid kekal dalam sistem persekolahan KPM.




PROSES KERJA 
                                                                         
Pengesanan  dan  Pengumpulan  Maklumat  Murid  Berisiko Cicir


1.1
Pengesanan murid adalah berdasarkan kepada bilangan hari tidak hadir ke sekolah mengikut kriteria kehadiran seperti berikut :

·       Tidak hadir ke sekolah 10 hari berturut-turut tanpa sebab (tidak hadir 7 hari berturut-turut selepas diberi amaran pertama);

·       atau 20 hari tidak berturut-turut tanpa sebab.


1.2
Maklumat  berkaitan  murid  boleh  diakses  melalui Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

1.3
Pengesanan  dan   pengumpulan  data  perlu  dilaksanakan  oleh  guru kelas.


2
Saringan  Murid  Berisiko  Cicir


2.1
Saringan murid berisiko cicir perlu dilaksanakan oleh guru kelas.

2.2
Maklumat    dikumpul   menggunakan   instrumen   Murid   Berisiko Cicir yang dibekalkan kepada JPN dan PPD untuk diagihkan kepada semua sekolah.

2.3
Instrumen Murid Berisiko Cicir yang diedarkan adalah dalam bentuk soft copy (MS Excel) bersama-sama dengan borang MBC-1 yang perlu diisi oleh guru kelas.

2.4
Skor saringan murid akan menentukan sama ada murid berisiko cicir atau tidak.

2.5
Pelaksanaan saringan bermula pada bulan Mac dan dijalankan setiap bulan untuk mengenalpasti murid berisiko cicir berdasarkan kriteria kehadiran yang ditetapkan.

2.6
Borang MBC-1 yang telah diisi oleh guru kelas diserahkan kepada penyelaras tingkatan/tahun.


3
Analisis Data Murid Berisiko Cicir


3.1
Penyelaras  Tingkatan/Tahun  perlu membuat analisis berdasarkan skor  murid dalam Instrumen  Murid  Berisiko  Cicir dan borang MBC-1 yang  telah dilengkapkan oleh guru kelas.

3.2
Penyelaras Tingkatan/Tahun menyediakan senarai  murid  berisiko  cicir bagi tingkatan/tahun yang berkaitan dalam borang MBC-2.


4
Serahan Senarai Murid Berisiko Cicir


4.1
Borang MBC-2 yang telah diisi akan diserahkan kepada GPK HEM untuk kelulusan pengetua/ guru besar.

4.2
GPK  HEM  akan  mengumpulkan   semua  senarai  murid  berisiko  cicir  mengikut tingkatan/tahun dan membuat analisis bagi sekolah tersebut.

4.3
Borang MBC-3 yang telah diisi akan diserahkan kepada pengetua/guru besar untuk pengesahan.


5
Pengesahan


5.1
PK HEM mendapatkan pengesahan pengetua bagi senarai murid berisiko cicir yang telah disediakan oleh guru penyelaras tingkatan/tahun.


5.2
Senarai nama yang telah disahkan akan diserahkan kepada GBK untuk pelaksanaan intervensi.

5.3
Satu analisis murid berisiko cicir mengikut tingkatan/tahun, jantina dan kaum diserahkan kepada PPD (Sektor Pembangunan Kemanusiaan – Unit HEM).


6
Intervensi


6.1
GBK akan menjalankan intervensi yang bersesuaian (individu/berkumpulan) bagi memastikan murid berisiko cicir tidak akan tercicir dalam sistem persekolahan KPM.

6.2
Bagi memastikan intervensi yang dijalankan berkesan, penyimpanan rekod setiap murid adalah penting. GBK perlu merekod kehadiran murid dalam program intervensi yang dijalankan (Borang Kehadiran Murid).

6.3
GBK perlu mengisi borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir (Borang PIMBC) dan hantar kepada GPK HEM untuk semakan.


7
Pemantauan


7.1
Pengetua/Guru Besar/PK HEM sentiasa memantau kemajuan program intervensi murid berisiko cicir supaya tiada masalah keciciran di sekolah.


7.2
PPD akan memantau perkembangan program intervensi murid berisiko cicir.

 

 

 


LAMPIRAN 2


Kod Sekolah :
Nama Murid :                                                                            No. I/C Murid :
Tahun/Tingkatan :

ARAHAN :
Sila bulatkan nombor berdasarkan rubrik yang disertakan.
Faktor Murid
1.
Kehadiran murid
1
2
3
4
2.
Penguasaan asas membaca, menulis dan mengira (3M)
1
2
3
4
3.
Pencapaian akademik
1
2
3
4
4.
Salah laku disiplin di sekolah
1
2
3
4
5.
Pelibatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran
1
2
3
4
Faktor Keluarga
6.
Jarak rumah dari sekolah
1
2
3
4
7.
Pendapatan isi rumah sebulan
1
2
3
4
8.
Status ibu bapa/penjaga
1
2
3
4
9.
Tahap kesihatan keluarga (menjaga ahli keluarga)
1
2
3
4
10.
Sikap ibu bapa/penjaga terhadap pembelajaran murid
1
2
3
4
Faktor Komuniti
11.
Kes ponteng di sekitar tempat tinggal murid
1
2
3
4
12.
Keselamatan dalam persekitaran tempat tinggal
1
2
3
4
13.
Keprihatinan masyarakat setempat
1
2
3
4
14.
Peluang pekerjaan di persekitaran
1
2
3
4














RUBRIK INSTRUMEN KRITERIA MURID BERISIKO CICIR





Pernyataan



1


2


3


4



Faktor Murid

1.
Kehadiran murid
tidak hadir 7 hari berturut-turut selepas diberi amaran pertama (tidak hadir 10 hari berturut-turut)
atau
tidak hadir 20 hari tidak berturut-turut selepas diberi amaran pertama
tidak hadir 7 hari berturut-turut selepas diberi amaran kedua (tidak hadir 17 hari berturut-turut)
atau
tidak hadir 40 hari tidak berturut-turut selepas diberi amaran kedua
tidak hadir 31 hari berturut-turut selepas diberi amaran ketiga (tidak hadir 17 hari berturut-turut)

atau
tidak hadir 60 hari tidak berturut-turut selepas diberi amaran ketiga

tidak hadir melebihi 31 hari berturut-turut selepas diberi amaran ketiga
atau
tidak hadir melebihi 60 hari tidak berturut-turut selepas diberi amaran ketiga

2.
Penguasaan asas membaca, menulis dan mengira (3M)

menguasai asas 3M
menguasai 2 daripada 3 asas 3M
menguasai 1 daripada 3 asas 3M
tidak menguasai asas 3M
3.
Pencapaian akademik
lulus semua subjek
lulus separuh atau lebih daripada subjek yang diambil
lulus kurang daripada  separuh subjek yang diambil

gagal keseluruhan subjek
4.
Salah laku disiplin di sekolah
tiada salah laku disiplin
melakukan salah laku disiplin ringan
melakukan salah laku disiplin sederhana

melakukan salah laku disiplin berat

5.
Pelibatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran

sangat aktif
aktif
kurang aktif
tidak aktif
Faktor Keluarga
6.
Jarak rumah dari sekolah

kurang daripada 2km
3km – 5km
6km – 10km
lebih daripada 10km
7.
Pendapatan isi rumah sebulan
melebihi
RM8000
RM3001 – RM8000
RM1501 –   RM 3000
kurang daripada RM1500 sebulan

8.
Status ibu bapa/ penjaga
berkahwin
ibu atau bapa/ penjaga meninggal dunia
ibu bapa/penjaga meninggal dunia (yatim piatu)

ibu bapa/
penjaga bercerai
9.
Tahap kesihatan keluarga (menjaga ahli keluarga)
tiada masalah kesihatan
salah seorang ahli keluarga  yang sakit
2 orang ahli keluarga yang sakit
lebih daripada 2 orang yang ahli keluarga yang sakit

10.
Sikap ibu bapa/ penjaga terhadap pembelajaran murid
sangat mengambil berat terhadap pembelajaran murid
mengambil berat terhadap pembelajaran murid
penjaga kurang mengambil berat terhadap pembelajaran murid
langsung tidak mengambil berat terhadap pembelajaran murid

Faktor Komuniti
11.
Kes ponteng di sekitar tempat tinggal murid

tiada
sedikit
ramai
sangat ramai
12.
Keselamatan dalam persekitaran tempat tinggal. Contoh: jenayah culik, ragut dan lain-lain

sangat selamat
selamat
kurang  selamat
tidak selamat
13.
Keprihatinan masyarakat setempat

sangat prihatin
prihatin
kurang prihatin
tidak prihatin
14.
Peluang pekerjaan di persekitaran

tiada
kurang
banyak
sangat banyak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN 3

 

 

Senarai Borang

 

Bil

Nama Borang

Tanggungjawab

1

MBC-1

Guru Kelas

2

MBC-2

Penyelaras Tingkatan/Tahun

3

MBC-3

GPK HEM

4

Kehadiran Murid

GBK

5

PIMBC

GBK

 

 

 

 

 

 


Borang MBC-1


 

 


 

SENARAI MURID BERISIKO CICIR MENGIKUT TAHAP RISIKO


Bil
Nama Murid
Kelas
No KP
Kaum
Kehadiran
Pencapaian
Disiplin
Pendapatan
Tahap Risiko
1









2









3









4









5









6









7









8









9









10









11









12









13









14









15









16









17









18









19









20









21









22









23









24









25









26









27









28









29









30











Tandatangan Guru Kelas:
(                                                          )
Tarikh :









Borang MBC-2



SENARAI MURID BERISIKO CICIR
MENGIKUT KELAS DAN TAHAP RISIKO CICIR



TINGKATAN/TAHUN    :                                              
Tahap Risiko : Sederhana

Bil
Nama
Kelas
No KP
Bangsa




























Tahap  Risiko Tinggi

Bil
Nama
Kelas
No KP
Bangsa





























Disediakan oleh:
(                                                          )
Tarikh :



Kelulusan  :   Lulus / Tidak Lulus

Tandatangan  Pengetua/ Guru Besar





(                                                          )
Tarikh :



Borang MBC-3


SENARAI MURID BERISIKO CICIR
MENGIKUT TAHUN/TINGKATAN DAN TAHAP RISIKO CICIR




Tingkatan/Tahun
Bilangan Lelaki
Bilangan Perempuan
Jumlah Murid Yang Melalui Saringan
Rendah

Sedarhana

Tinggi

Rendah

Sedarhana

Tinggi

Tingkatan Peralihan









Tahun/ Tingkatan 1







Tahun/ Tingkatan 2







Tahun/ Tingkatan 3







Tahun/ Tingkatan 4







Tahun/ Tingkatan 5







Tahun 6







Tingkatan 6 Rendah







Tingkatan 6 Atas

















ANALISIS MURID BERISIKO CICIR MENGIKUT TAHAP RISIKO,
TINGKATAN/TAHUN DAN KAUM



Tingkatan/
Tahun
Bilangan Melayu/ Bumiputera
Bilangan Cina
Bilangan India
Bilangan Lain-lain

Jumlah Murid Yang Melalui Saringan

Rendah


Sedarhana


Tinggi


Rendah


Sedarhana


Tinggi


Rendah


Sedarhana


Tinggi


Rendah


Sedarhana


Tinggi

Tingkatan Peralihan













Tahun/ Tingkatan 1













Tahun/ Tingkatan 2













Tahun/ Tingkatan 3













Tahun/ Tingkatan 4













Tahun/ Tingkatan 5













Tahun 6













Tingkatan 6 Rendah













Tingkatan 6 Atas













                             
Disediakan oleh:
(                                                               )
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid :

Tarikh :





Tandatangan  Pengetua/ Guru Besar
(                                                          )

Tarikh :





Borang Kehadiran Murid
PROGRAM INTERVENSI MURID BERISIKO CICIR
REKOD KEHADIRAN MURID

TINGKATAN/TAHUN    :                                              






BIL

PROGRAM
contoh :Spot the butter fly
Tranformasi magik












TARIKH PROGRAM/ PERJUMPAAN

NAMA MURID
contoh 3/7/17
contoh 10/7/17












  1.
  Ali Bin Ahmad














  2.
  Ling Chai Yee














  3.
  Ramasamy a/l Ramalingam














  4.
  Azizatul Binti Ramli














  5.
  Ruzaini Binti Ahmad















































































































































































































Nama Guru Bimbingan dan Kaunseling:-                                                                                                


Tandatangan:-                                             




Disahkan oleh:-                                                                      (Pengetua/ Guru Besar)

Borang PIMBC
 

Borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir



Bahagian A : Maklumat Demografi


Nama Sekolah :

Kod Sekolah :

Lokasi :

Negeri :

No Telefon Sekolah :



Bahagian B : Maklumat Program

Nama Program  : ……………………………………………………………………………

Kumpulan Fokus : ………………………………………………………………………….

Tempoh Pelaksanaan : ……………………………………………………………………

Jumlah Murid Berisiko Cicir Terlibat : ……………………………………………………


a) Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah :



Strategi



Komponen



Aktiviti



Faktor Risiko yang diatasi



Keberkesanan




b) Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah :

    Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu      
    keciciran murid di sekolah.






Disemak oleh :                                                                              Disahkan oleh :





………………………………...                                                       ..….….…………………………
(                                             )                                                      (                                             )




IAB Bandar Einsteik
Menggamit memori 2015
Top 5 satingan akhir Amalan








No comments: