7 May 2019

Bimbingan Kelas Relief Dengan Mengajar

Isnin pertama Ramadhan tahun ini dan saya masih lagi meminta agar untuk kelas 1 Imtiyaz saya direliefkan waktu Sains. In sha Allah rasanya kalau setakat Sains menengah rendah saya mampu ajar lagi mengasah kembali kemahiran mengajar Sains tahun 2001 hingga 2003 dahulu sebagai guru Sains Ting 2.

Dari bulan April saya mengambilalih kelas ini untuk mengajar Sains dan hasilnya saya betul -betul bertindak seperti guru Sains mereka dengan meminta mereka membuat nota dan menanda nota mereka bersama-sama huhuhu :) Aktiviti masuk kelas untuk bimbingan kelas lebih baik saya menggunakan untuk bimbingan mengajar kerana musim peperiksaan akan tiba dan banyak topik tertinggal kerana tiada cikgu pengganti yang mengajar Sains sepanjang cikgu ini bersalin. Wah dah lama tak mengajar memang mengujakan

Salam Ramadhan 
Bulan  muhasabah diri







 

Telegram Channel