Total Pageviews

1 May 2019

Panduan Kenaikan Guru Cemerlang Kaunseling DG 52



Alhamdulillah sempena hari pekerja 1 Mei 2019 saya ingin berkongsi rasa gembira saya meraikan hari pekerja 1 Mei dan mood sambutan hari guru 16 Mei nanti dgn pengesahan penerimaan surat kenaikan guru cemerlang dari gred 48 ke guru cemerlang gred 52.

Laluan guru cemerlang sangat cepat. Apabila menyedari mengenai laluan guru cemerlang kaunseling ini pada ketika saya di gred DG 44 pada tahun 2011. saya memohon kali pertama pada tahun 2014 dan pada tahun 2015 saya mendapat lantikan guru cemerlang gred DG 48 dgn memangku bermakna hanya 4 tahun saya di gred DG 44. Pada tahun lepas, apabila tahun memohon DG 52 pula matang, saya memperolehi keputusannya dalam tahun ini bermakna saya hanya berada di gred Guru Cemerlang DG 48 selama 4 tahun sahaja. Hampir 6 tahun juga saya melompat lompat gred dan berada di gred 52 pada ketika umur saya 42 tahun 4 bulan.

Saya menginspirasikan ramai guru kaunseling untuk memohon perjawatan ini asalkan kita percaya kita sudah melakukan yg terbaik untuk kemenjadian murid di bawah KPI keberhasilan kaunseling berfokus masing masing.

Saya sedekahkan slaid permohonan guru cemerlang DG52 agar dapar dijadikan panduan permohonan kpd guru kaunseling yg lain. Saya juga dengan rendah hati berkongsi resume saya agar guru kaunseling dapat melihat corak pemilihan untuk saringan pertama iaitu menerima kunjungan nazir ke sekolah untuk memantau kita dari pelbagai aspek. Jika permohonan anda melalui resume berdasarkan templete yg diberi mendapat respon positif dengan panggilan telefon dari nazir yg mengatakan mereka akan memantau anda untuk menilai layakkah anda diberi title guru cemerlang maka sebelah kaki anda sudah masuk ke bakul guru cemerlang tinggal pemantauan sebenar shj.

Namun jika anda tidak menerima panggilan telefon walau dah hampir 5 bulan hantar permohonan, dan call nazur pun mereka kata tak datang...mmg belum ada rezeki untuk tahun itu dan belek semula resume anda agaknya part mana yg kurang utk ditambahbaik.

Saya mendengar taklimat permohonan guru cemerlang tahun ini sewaktu saya sudah pun mengisi permohonan guru cemerlang tahun lepas dan hanya menunggu tahun ini keputusan diumumkan. Namun dari taklimat nazir apabila saya menyediakan senarai semak, saya dapati kriteria itu dipenuhi. Saya berkongsi taklimat nazir agar lebih ramai yang ingin memohon mendapatkan maklumat dahulu agar permohonan anda dipertimbangkan. Ini kerana setiap kali saya memohon guru cemerlang DG48 dari DG44 dahulu, saya tidak diberikan pendedahan langsung dan hanya keazaman dan rezeki saya menyediakan bahan dan resume yang menepati kehendak nazir.

Klik slaid di bawah untuk melihat slaid pembentangan saya kepada nazir. Panduan yang saya kongsikan hasil pemantauan nazir tahun lepas dan taklimat nazir yang saya hadiri pada awal tahun ini Lepas memohon baru mendengar taklimat huhuhu tetapi alhamdulilah masih rezeki.  Saya kongsikan untuk panduan guru-guru yang berminat :)
Sila kilik link di bawah utk dapatkan slaid pembentangan
Slaid Kriteria Permohonan Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling



Antara kriteria yang dilihat sewaktu pembentangan dan sesi kaunseling ialah
1. keyakinan diri
2. Menarik
3. Tidak Membosankan
4. Wow faktor
5. Mencapai objektif pembelajaran



Penglibatan dan sumbangan jangan terhad kepada institusi/ daerah 

Pemohon perlu melibatkan diri dengan sekolah , peringkat daerah dan semakin tinggi gred yang dimohon perlulah ada sumbangan di peringkat negeri dan kebangsaan sepanjang tiga tahun perkhidmatan terkini yang dinilai.  Pemohon gagal kerana sangat kurang malahan ada yg tiada sumbangan di peringkat negeri. Sumbangan boleh sama ada dengan KPM, swasta , NGO . Namun pemberatannya mestilah lebih banyak dengan KPM

Resume saya peringkat daerah dan negeri




Penglibatan peringkat kebangsaan 







2. Inovasi
inovasi yang dijalankan iaitu satu elemen penting yang membezakan guru cemerlang dan guru biasa. Bagi guru cemerlang sedia ada, dan ingin memohon gred cemerlang seterusnya perlu mempunyai inovasi baru yang dicipta sesuai dengan permohonan kenaikan gred guru cemerlang. Ini yang dijelaskan sewaktu taklimat permohonan guru cemerlang dan apabila saya memeriksa resume saya yang sudah dihantar saya mempunyai inovasi berlainan setiap tahun yang dinilai. Oleh itu anda pastikan anda mempunyai kepelbagaian inovasi



3.  kajian/ penulisan
 kajian tindakan dijalankan walaupun di peringkat sekolah berbentuk penulisan ilmiah sama ada penulisan kajian tindakan atau artikel. Bonus jika kajian itu disebarluaskan dalam bentuk pembentangan atau penerbitan dalam bentuk jurnal, buletin, mempunyai link untuk diakses dalam web dan sebagainya.




4. Kepentingan bersama
Bagi pemohon yang mempunyai inovasi, tetapi tiada langsung pembentangan yang menunjukkan perkongsian mengenai inovasinya untuk dimanfaatkan juga oleh orang lain boleh menyebabkan pemohonannya gagal. Oleh itu jemputan dalam ceramah, fasilitator bengkel, lawatan penandaaras ke sekolah kita menunjukkan anda menjadi pakar rujuk dan berupaya memanfaatkan ilmu anda dengan membimbing orang lain pula.


5) Pengiktirafan

Memohon guru cemerlang sekurang-kurangnya anda pernah mendapat APC atau pengiktirafan lain seperti Anugerah Guru Bestari dari Yayasan luar, pengiktiran UBK anda mendapat 5 bintang atau 3 bintang di peringkat daerah paling minima dan jangan lupa peranan penting anda dalam kemenjadian murid di bawah bimbingan anda dengan memenangi pertandingan hasil usaha anda atau kemenjadian murid dalam sahsiah dan disiplin dan diiktiraf diperingkat sekolah atau daerah paling minima




Borang Permohonan Ditolak
1. Tidak ikut format


2. Tidak lengkap
Ada beberapa item dalam borang Excell itu tidak dilengkapkan oleh calon

3. Tempoh isytihar harta
(Pastikan tarikh isytihar harta anda 5 tahun yang terkini dan diupdate dalam sistem perkhidmatan atau sistem naik pangkat) 

4. Tempoh perkhidmatan
Mesti cukup tahun perkhidmatan yang diminta dalam gred tersebut. Jangan kurang walaupun beberapa hari. 

5. Tempoh mengajar
( mesti 3 tahun tidak terputus bidang kepakaran iaitu subjek yang diajar dan guru kaunseling pula tiga tahun berturut dalam tempoh yang ingin dinilai itu menjadi guru kaunseling. Cthnya memohon GC tetapi ada satu  tahun langsung tidak berkhidmat kerana cuti sakit, cuti belajar maka kena bermula pengiraan dua atau 3 tahun semula bergantung pada gred yang dimohon.


Semoga anda berjaya!


Selamat Hari Pekerja
Dinner with complete Che Mat's clan :)


6 comments:

fadzilah yazid said...

tahniah cikgu nur haiza.. sedetailnya cikgu sharing.. moga manjadi amal jariah cikgu pada masa akan datang.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

terima kasih. saya juga ada share esei untuk kelayakan 44 ke 48 sewaktu tahun 2015 lepas, dan panduan memohon ke 44 ke 48. Saya teraba -teraba mencari maklumat apabila berkaitan dengan GC Kaunseling tetapi sukar mendapatkan maklumat. Dari pengajaran itu saya merasakan ada manfaatnya untuk saya berkongsi agar lebih ramai guru kaunseling memahaminya dan bersedia mengumpulkan bahan. Alhamdulillah semoga ia menjadi amal jariah saya yang melapangkan hati untuk sama-sama menarik lebih ramai GC Kaunseling. Resume harus bersesuaian dengan gred yang dimohon. Ini contoh untuk gred 52.

Soul Remedy Garden SMK Seri Intan said...

Sama tak format power point dalam permohonan GC 48? Ada contoh yg boleh dikongsi?

Anonymous said...

Terima kasih cikgu atas perkongsiannya. Alhamdulillah sangat membantu semasa saya dicerap. Alhamdulillah saya lulus dan sedang menunggu Surat rasmi.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

alhamdulillah cikgu. Memanfaatkan bahan bacaan sbg panduan. Tahniah ye cikgu😊

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Soul Remedy
Maaf baru perasan mesej ini. Contoh presentation 48 dari segi tajuk dan kriteria sama je mcm DG 48 mungkin daei segi penglibatan pencapaian dan anugerah lebih rendah dari DG 52. Saya tiada cth DG 48 kerana masa batch sy tahun 2014 masa memohon, DG 48 perlu menyediakan 2 esei dan resume . Dari penilaian tersebut barulah kelayakan dipantau atau tidak.