2 May 2019

Lawatan Penandaaras 4/2019: Dari MGK Rompin, Pahang



Terima kasih atas lawatan penandaaras dari Majlis Guru Kaunseling Rompin Pahang di atas kesudian melawat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah saya. Perjumpaan yang berjaya juga direalusasikan. Setelah beberapa kali dari tahun lepas, saya sukar mendapat masa untuk menepati jemputan ke sana dan apabila permohonan ke sekolah saya pula...masa asyik bertukar tukar dan dapat juga kami bersua. Person in charge Pn Fairuzah teman sekuliah ketika zaman Bacelor Pend Bimbingan Kaunseling dulu yang berusaha untuk cuba mendapatkan waktu win win untuk kedua pihak merealisasikan perjumpaan ini. 

Terkejar sana sini hari ini kerana menghadiri mesyuarat persidangan guru cemerlang kebangsaan yang akan dianjurkan oleh Majlis Guru Cemerlang WPKL pada 22 Jun nanti. Manakala Kak Raudzah menghadiri mesyuarat mengenai PPDa bersama penyelaras PPDa. 
Hanya Rozi seorang sahaja di sekolah. Menerima panggilan telefon dari Fairuzah yg tiba 30 minit lebih awal dari perancangan menyebabkan saya memohin diri dari pengerusi mesyuarat untuk rushing semula ke sekolah. 

Saya berkongsi mengenai amalan terbaik kaunseling yg pernah kami menangi pada tahun 2015, 2016, 2017 dan inovasi yang dimenangi pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2019. Dari sesi soal jawan saya mendapati guru kaunseling harus tahu membezakan amalan terbaik, inovasi agar mereka tahu banyak perkara yg mereka buat di sekolah adalah amalan terbaik dan inovasi. 

Saya menunjukkan bagaimana kajian tindakan dibuat untuk membudayakan kajian tindakan. 


Konsultasi guru 
Lesson learn 
Settle one case











































1 comments

Fairuzah Sari delete May 17, 2019

Terbaik sahabat.
Thanks Kerana mengabadikan kenangan kami Di blog ni. Betul2 memberi semangat kat kami utk mencungkil apa Yg ada.

 

Telegram Channel