23 July 2019

Pelantikan Pakar Penilai Instrumen Kajian





Malam ini saya membantu menyemak instrumen kajian seorang pelajar perempuan yang mengambil Master dari UPSI mengenai Penilaian Program Intervensi Murid Berisiko Cicir Dalam Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah.
Yang menariknya mengenai personalia ini ialah saya tidak mengenalinya. Dia merujuk bahan bahan dalam blog saya. Saya berkomunikasi dengannya awal tahun 2018 apabila dia bertanya melalui aplikasi telegram dgn saya mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan saya memberikan respon. Saya pun lupa bagaimana dia mendapat nombor telefon saya. Haha sebab saya ni memang tak tanya sbb saya mempunyai byk group whatsapp dan telegram dgn geng guru kaunseling merata Malaysia. Sejak itu dia akan mesej mengenai apa sahaja yg dia inginkan penjelasan lanjut..dan saya cuma membantu memudahkan kefahamannya tentang sesuatu isu. Dari kertas kajian, hingga ingin temuduga HLP dengan tajuk kajiannya yg sering dia rujuk kepada saya...saya hanya melayaninya.  Sehingga dia berjaya temuduga HLP dan menyambung pengajiannya tentulah dia bercuti  sbg guru kaunseling sekolah. Saya fikirkan tentu dia tidak merujuk lagi kepada saya untuk dua tahun ini kerana dia bercuti dari menjadi guru kaunseling sekolah dan pelajar sepenuh masa.
Tiba tiba dia mula menghubungi saya semula dan bertanyakan tentang isu perkhidmatan kaunseling sekolah untuk tajuk kajiannya. Dan saya merespon soalannya. Bulan lepas dia memohon saya menjadi pakar penilai instrumen kajiannya. Dia kata ..dia sering merujuk kpd saya dan dia inginkan formaliti dari pensyarahnya untuk memohon saya dilantik sebagai pakar penilai instrumen kajiannya. Saya terkedu sekejap. Memang betul betul peminat saya ni!!! jika sampai tahap menilai instrumennya pun dia minta dan berharap saya setuju. Padahal boleh saja saya kongsi idea tanpa formaliti.
Semalam saya menerima pos laju darinya..memang sah dia tidak main main dan serius untuk saya menjadi panel instrumen soal selidiknya rupa -rupanya.
Terima kasih. Anda  membuatkan saya secara profesionalisme rasa dihargai. Terima kasih atas perasaan ini. Sangat wow. 
Dan lagi wow apabila saya berpeluang untuk melihat bagaimana rupanya proses untuk kesahan kandungan soal selidik instrumen. saya perlu menilai dulu dan memberikan maklum balas kpd setiap item dalam soal selidik penilaian tersebut. Soal selidik ini akan digunakan setelah mendapat  penambaikan sblm diedarkan kpd guru bimbingan kaunseling sekolah menengah.

Frustrated Tuesday
With Lam Tailor 😅




 

Telegram Channel