Total Pageviews

22 July 2019

Motivasi Sahsiah : Murid Bebas Dari Rokok, Vape Dan Sisha







Terima kasih kepada Encik Khairul penceramah jemputan pada hari ini untuk bercakap mengenai pemantapan sahsiah murid. Ada dua slot satu di sebelah pagi selama sejam empat puluh minit dan satu lagi di sesi petang selama sejam setengah mengenai motivasi dan peningkatan disiplin.  

Gambar gambar yg tular di media sosial mengenai pengunaan vape yg berleluasa dalam kalangan murid  menggantikan rokok dan kadar murid mula terlibat dgn sisha. Pada mulanya penceramah diminta bercakap soal motivasi belajar dan sahsiah ke arah yg lebih positif. 


Walaubagaimanapun kebetulan isu vipe yg tular di media sosial dan murid murid seolah olah merasakan vape ini adalah bukan barang larangan menyebabkan peningkatan kes murid bawa vape ke sekolah. Ini menyebabkan saya meminta agar penceramah bercakap mengenai motivasi sahsiah peningkatan disiplin bertemakan mengenai disiplin murid di sekolah agar mengurangkan kes disiplin berat dan sederhana terutama yg melubatkan diri dgn vape rokok dan sisha dan pengaruh kawan yg boleh menyebabkan murid terjerumus melibatkan diri dalam masalah disiplin berat di sekolah. 

Yang mencantikkan lagi jalan cerita ceramah ini apabila ceramah ini diakhiri dgn ikrar oleh murid murid diketuai oleh pengawas, dan masing masing menandatangani di banner untuk tidak merokok, menghisap vape atau sisha hasil dari kreativiti urusetia sesi petang. 

Congrats 
Dear future leader
From 4 Alpha






















No comments: