24 July 2019

Kertas Kerja Majlis Pelantikan Dan Penghargaan PRS 2019



Terima kasih anak-anak PRS Tingkatan 5 yang banyak berjasa kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Semoga sumbangan yang diberi mendapat ganjaran pahala dan semoga anda semua cemerlang dalam akademik dan dapat melanjutkan pelajaran selepas SPM. Namun majlis hari ini ada cacatnya kerana tidak cukup korum geng guru kaunseling kerana bertindan dengan tugas sebagai AJK di Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL yang berlangsung dua hari di SMK Keramat Wangsa dan Kompleks Sukan Setiawangsa. Maka tinggal saya seorang menguruskan murid murid PRS untuk perlantikan dan penghargaan hari ini dan bergambar bersama team PRS.

KERTAS KERJA
MAJLIS PERLANTIKAN DAN PENGHARGAAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SMK CHERAS 2019



1. 0      PENDAHULUAN

            Pembimbing Rakan Sebaya merupakan salah satu badan kepimpinan sekolah yang diiktiraf
di atas sumbangan kepada pihak sekolah. Menyumbang kepada program pembangunan
sahsiah dan disiplin murid di sekolah, Peranan PRS juga sebagai agen guru bimbingan dan
kaunseling dalam mengenalpasti masalah murid. Program –program yang dijalankan oleh
Unit Bimbingan Dan Kaunseling dibantu oleh ahli ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Di
SMK Cheras peranan PRS adalah setiap hari iaitu menyambut kedatangan murid di pintu
pagar dari pukul 7.05 hingga 7.30 pagi dan bagi sesi petang pukul 12.00 – 12.30 tengah
hari, bertugas di bilik kaunseling selama sejam mengikut jadual bertugas bagi PRS sesi pagi dan petang, menjalankan pengisian slot sahsiah sebanyak dua kali seminggu iaitu Selasa dan Khamis selama 5 minit untuk murid sesi petang dan setiap bulan dan terdapat satu projek yang melibatkan komunikasi PRS samaada dengan murid, guru atau pelawat luar. Contohnya selaku fasilitator program-program sekolah, mengadakan sambutan hari lahir dan membantu menganjurkan program –program murid.
                       
                            
2.0       MATLAMAT                                    :
Meningkatkan penampilan, keyakinan diri dan penghargaan kendiri untuk menjalankan tugas kerana telah berikrar di hadapan warga sekolah untuk menjalankan amanah sebaik mungkin dan diraikan dengan penghargaan sewaktu di Tingkatan Lima.
                

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT           :           24 Julai 2019

           4.0       SASARAN                              :           60 ahli PRS

5.0       OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

           2.1 Melantik PRS dan mengesahkan perlantikan dalam upacara rasmi sekolah  
2.2 Mengiktiraf peranan PRS sebagai pemimpin murid dengan penganugerahan sijil
      penghargaan.

6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)


Output
Melantik PRS untuk diperkenalkan kepada warga sekolah dan 100 peratus ahli PRS dapat diperkenalkan secara rasmi kepada warga sekolah.
Outcome
Penghargaan kepada PRS yang bersama-sama memainkan peranan dalam kepimpinan murid di sekolah akan berusaha untuk meningkatkan ketrampilan masing- masing dalam usaha menjaga penampilan dan ikon murid.

                                               
           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
JUMLAH
1
Majlis Perlantikan
PCG Kaunseling
RM 440


            ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
BUTIRAN
JUMLAH
1
Plak
Plak penghargaan
RM 6 x 20 orang
RM 120.00
2
Name tag
RM 8 x 40 orang
RM 320.00

Jumlah

RM 440.00




8.0       JAWATANKUASAPROGRAM

Jawatankuasa Induk

Pengerusi:
 En Jamil B Jamaluddin

Naib Pengerusi
Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih (Guru Penolong Kanan HEM)


Setiausaha
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling SMK Cheras


Bendahari
Puan Rozinani Bt Awang
          
       


 Jawatankuasa Kerja               

BIL
AJK
NAMA GURU
BIDANG TUGAS
1
Penyelaras Untuk PRS
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
         Menyediakan kertas kerja      
            Memastikan kehadiran ahli PRS

        
2
AJK Sijil
Dan Cenderamata
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
         Menyediakan sijil dan cenderahati
            untuk peserta


3

AJK Laporan/

Dokumentasi
Pn Norazlina
         Menyediakan laporan sepanjang
             program dan dokumentasi
4
AJK Jemputan

Puan Rozinani Bt Awang
M   Menjemput perasmi program dan PIBG


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

           

9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
            24 Julai 2019

            7.30 pagi         : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
            7.40 pagi         : Ucapan pengetua
                                    : Ucapan perasmi majlis
            8.00 pagi         : Penyampaian sijil penghargaan PRS Tingkatan 5
                                    : Penyampaian sijil perlantikan
                                    : Bacaan ikrar
: Penyerahan tugas antara Pengerusi PRS Tahun 2018/2019 kepada Pengerusi PRS tahun 2019/2020
            9.00 pagi         : Sesi fotografi
           
           

10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Hujan sewaktu majlis diadakan
Cuaca
Bertukar ke dewan
Guru bertugas dan AJK Persiapan Tempat


11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

                        1) Borang Maklum Balas Guru

            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

                        1) Borang Penilaian Murid
                       

12.0     PENUTUP

Majlis yang diadakan mampu meningkatkan penghargaan kendiri murid untuk menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab sebagaimana yang diikrarkan oleh murid.



Disediakan oleh :                                                                               
                              
                                                

Puan Nurhaiza Bt Che Mat                                                                                                                                                                                  
Guru Kaunseling                                                                                
SMK Cheras
Tarikh:



Ulasan:


_____________________________________________________________________________                       
                            
                                               
Diluluskan/ Tidak diluluskan,    


Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:


Congrats Nana 
Librarian 2019



Menandatangani penyerahan tugas antara Pengerusi PRS 2018/2019 dengan PRS 2019/2020





Barisan pentadbir dengan Ketua Pemimpin yang baru iaitu Ketua Pengawas, Pengerusi Pusat Sumber,
Pengerusi PRS dan AJK Koperasi
Tahniah Pengerusi PRS Tahun 2019/2020: Hana Humaira

Bacaan ikrar pemimpin sekolah


Tahniah Setiausaha PRS Tahun 2019/2020: Kamelia

Tahniah Naib Setiausaha PRS Tahun 2019/2020: Julia Hana

Tahniah Bendahari : Hidayat

Tahniah AJK PRS sesi 2019/2020

Perlantikan PRS 















Sijil penghargaan



Terima kasih Exco Setiausaha PRS 2018/2019 Aiman

Terima kasih Naib Pengerusi PRS 2018/2019: Nurul Syuhada

Terima kasih Timbalan Pengerusi PRS 2018/2019: Siti Baizura

Terima kasih Pengerusi PRS Tahun 2018/2019: Izz Rosyaidi






























 

Telegram Channel