17 July 2019

Team Building Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Zon Tengah Dan Zon Selatan



 Bertarikh 16 Julai -17 Julai 2019.

Bertempat di Serama Park Adventure di Durian Tunggal Melaka untuk kursus pemantapan pengurusan perkhidmatan kaunseling bagi Majlis Guru Kaunseling untuk Zon Tengah dan Zon Selatan. 

Berkumpulnya YDP, NYDP, Setiausaha, Pengerusi Pengerusi Daerah bagi 6 buah negeri iaitu Selangor, WPKL, Puterajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

Objektifnya untuk mengeratkan hubungan antara badan kepimpinan negeri bagi menjalinkan kolaborasi peringkat kebangsaan. 

Pendaftaran pada pukul 11.30 pagi dimulai dgn taklimat oleh pengerusi Serama Park Adventure. Mural tempat ini memang dipenuhi dgn ayam serama. Hadiah hadiah dan cenderamata di lobi Serama Park ini juga berupa gambar gambar ayam serama. Menariknya kerana pengerusi tempat ini memang merupakan org kuat persatuan ayam serama sedunia. wow sangat kan. 

Terima kasih penyumbang dan penaja utama bagi program teambuilding ini. 

Disusuli dengan taklimat UTEM mengenai edupelancongan berkaitan dgn robotik dan kejuruteraan di dalam universiti. Menawarkan kursus dan pembelajaran berasaskan permainan STEM yg menarik.

Selesai makan tengah hari, kami mengikuti bengkel program kaunseling berimpak yang disampaikan oleh Tuan Haji Rozman dari JPN Johor. Kami juga didedahkan dgn erph rekod kaunseling. 

Kemudian kami menjalani aktiviti team building pertama iaitu flying fox dan acara ditunggu tunggu selesai flying fox ialah acara makan buah buahan tempatan. Terus mabuk durian dan manggis. Haha saya belajar cara mengupas manggis dgn betul. 

Dinner yg heavy...sgt heavy dgn pelbagai juadah yg memang menambah kalori saya.

Waktu malam acara cruise sungai Melaka yg cantik. Salah satu dari program menarik pelancong ke Melaka. 

Esok pagi selesai acara senamrobik kami diberikan pengenalan kursus di UniKL. Kemudian team building acara kayak di mana saya berpartner dgn Kak Zu dari Selangor my ex Pudu KL dulu.  Kami juga dibawa meninjau kawasan ini untuk alternatif kem kpd murid. 
Akhir sekali majlis penutup dan pengerusi Serama Park berbesar hati memberikan cenderamata kpd setiap org gambar ayam serama. Terima kasih tuan.

Saya berkenalan dgn ramai sahabat di sini dan kami bertukar pengalaman dan pertukaran info yg ilmiah untuk memartabatkan lagi profesion perkhidmatan kaunseling dgn pengalaman dan situasi sekolah yg berbeza.



Thanks for the treat












































 

Telegram Channel