1 August 2019

Bengkel Kajian Tindakan Guru Kaunseling Petaling Perdana: Kajian Tindakan Ke Arah Amalan Terbaik Dan Inovasi




Rezeki untuk guru guru kaunseling Petaling Perdana ini untuk saya mengendalikan bengkel kajian tindakan mereka kerana salah faham saya sendiri yang menyangkakan bengkel ini diadakan di Shah Alam tetapi rupanya nun jauh meredah jalan raya yang agak sunyi, berlopak lopak, lalu di kawasan kebun kemudian tiba -tiba berada di tengah -tengah sawah padi hahahaha. Terapi memandu hampir 3 jam untuk ke Kem Cikgu, Tanjung Karang Selangor. 

Tiba hanya 15 minit sebelum slot saya dijalankan. 

Hari ini saya bimbing menjalankan kajian tindakan dengan praktikal untuk ditulis dengan cara yang memudahkan guru kaunseling menggunakan slaid yang pernah saya kongsikan di blog.

Apakah itu amalan terbaik?
Sekiranya laporan dalam kajian tindakan di bahagian keberhasilan menunjukkan impak positif kemenjadian murid maka 
1) satu kajian tindakan terhasil 
2) satu amalan terbaik terhasil.
Contoh: peningkatan murid hadir awal ke sekolah selepas intervensi untuk murid murid datang lewat ke sekolah

Jika laporan dalam kajian tindakan menunjukkan keberhasilan yang negatif, maka 
1) satu kajian tindakan terhasil tetapi bukan amalan terbaik yang terhasil
Contoh: peningkatan murid lewat ke sekolah semakin meningkat pula selepas intervensi


Apakah itu inovasi?
Sekiranya laporan dalam kajian tindakan di bahagian keberhasilan menunjukkan impak positif kemenjadian murid melalui langkah-langkah intervensi yang dijalankan, itu merupakan inovasi jika penyelidik sendiri menjalankan intervensi tersebut dengan idea asalnya. Maka
1)  satu kajian tindakan terhasil
2) satu amalan terbaik terhasil.
3) satu inovasi terhasil
Contoh: peningkatan murid  ke sekolah selepas intervensi  menggunakan intervensi atau langkah-langkah dalam proses kerja yang dibina menggunakan idea asal pengkaji. Idea tersebut disusun dalam satu modul maka kita taggingnya sebagai intervensi modul. Jika ada terapi yang digunakan dengan sijil pengamal terapi guru kaunseling dengan kaedah baru, maka inovasi terapi telah terhasil. 


Inovasi bahan cetak: modul, buku , jurnal dan lain -lain
Inovasi sistem maklumat: aplikasi sistem data maklumat, penciptaan perisian sistem maklumat psikologi kaunseling baru, ICT dan lain lain
Inovasi teknikal/alat terapi: teknik penerokaan sesi, alat instrumen psikometrik/ujian psikologi atau terapi 

atau apa sahaja inovasi yang tidak pernah ada tetapi baru diwujudkan , atau mengalami penambahbaikan dari inovasi asal.


Bolehkah inovasi dan amalan terbaik terhasil tanpa kajian tindakan ?
Boleh
TETAPI amalan terbaik tidak memberi mata merit untuk splkpm hanya didokumen dalam dokumentasi dengan data impak positif. Inovasi sahaja yang boleh di key in dalam splkpm sebagai inovasi.


Wah seronok tengok hasil bengkel kajian tindakan ini, guru kaunseling sudah boleh menulis kajian tindakan atau sekurang -kurangnya mempunyai draf dengan refleksi yang betul. objektif yang betul dan dapat menyenaraikan tindakan yang akan dijalankan.

Good luck semua!

Hi Ogos
Please be nice to me
Sihat dan cergas untuk menyebar ilmu
Travel banyak negeri bulan ini.

















 

Telegram Channel