Poket doremon saya sudah berusia 6 tahun hari ini. Posting pertama saya pada 3 Ogos 2013 dgn setting public dan pada beberapa bulan kemudian setting privacy selama hampir 2 tahun. Menulis hampir setiap hari di blog sebagai jurnal harian saya untuk rujukan sendiri dan deactive facebook selama dua tahun.
Terapi menulis yg berjaya menaikkan semangat dan berada dalam track perjalanan sbg guru kaunseling sekolah yg sentiasa memberi.
Tahun 2015 di pertengahan tahun baru mempunyai keyakinan untuk post di setting public. Itu pun selepas mendapat surat perlantikan Guru Cemerlang DG48. Yang memberikan isyarat saya harus lebih menyampaikan ilmu kepada lebih ramai guru kaunseling. Tak sampai 6 bulan viral dalam kalangan guru kaunseling dan menaikkan rating purata hampir 1000 view setiap hari. Dengan komen di blog dan di email menunjukkan keterbatasan guru kaunseling Malaysia selama ini untuk merujuk mengenai sesuatu isu sesama rakan kaunselor di tempat lain. Adanya media sosial yg dimanfaatkan ia memberikan satu lubuk untuk melihat apa yg dilakukan oleh guru kaunseling lain untuk cross check apa yg dilakukan atau memberikan idea baru untuk intervensi di sekolah.
Semoga poket doremon saya ini sentiasa memberikan manfaat dan terima kasih atas doa dan kata kata yg baik kepada saya setiap kali anda merujuk bahan saya atau mengambil bahan saya adalah satu doa yg merupakan salah satu asbab saya penerima guru cemerlang kaunseling untuk Guru Cemerlang DG 52.
Terima kasih dari lubuk hati saya.
Salam Subuh !