13 August 2019

Kajian Impak Intervensi Murid Bagi Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah 2019


Pertengahan tahun berlalu dan pejabat pendidikan daerah meminta menghantar laporan impak intervensi masing -masing apa yang telah dijalankan. Saya lebih suka menghantar dalam bentuk kajian impak untuk merit penyelidikan saya:) Saya share di sini formatnya kerana ia lebih berbentuk penyelidikan profesional berbanding laporan biasa. Intervensi yg dijalankan telah diupload dalam blog saya dan anda perlu ke entri entri blog tersebut di bawah label perkembangan sahsiah atau peningkatan disiplin murid untuk mendapat gambaran setiap intervensi tersebut. 







KAJIAN IMPAK :
KEBERHASILAN INTERVENSI MURID BAGI MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH BAGI TAHUN 2019
OLEH

NURHAIZA BT CHE MAT
ROZINANI BT AWANG
 SMK CHERAS, JALAN YAAKOB LATIFF, CHERAS,KL
nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com


1.0           REFLEKSI YANG LALU

Pada akhir tahun 2018, peratus kehadiran murid ke sekolah ialah 88.7% yang menunjukkan KPI tidak mencapai 90% kehadiran murid seperti yang disasarkan. Walaubagaimanapun 88.7% kehadiran murid pada tahun 2018 meningkat berbanding 86.7% pada tahun 2017. Oleh itu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menjalankan beberapa intervensi untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.



2.0           ISU KEPRIHATINAN

Peratus kehadiran murid ke sekolah yang masih tidak mencapai KPI KPM 95% murid

ke sekolah dan peratus KPI sekolah sebanyak 90% kehadiran murid ke sekolah


3.0     OBJEKTIF
           
            3.1       Objektif Umum

                        Melalui intervensi yang dijalankan, diharapkan

                        1) Peratus kehadiran murid ke sekolah semakin meningkat


            3.2       Objektif Khusus

1)    Mengenalpasti kelas yang berisiko tinggi keciciran sekolah untuk intervensi kelas
2)    Mengenalpasti individu murid yang berisiko keciciran sekolah melalui sesi kaunseling dan konsultasi
3)    Mengenalpasti kelas terbaik kehadiran untuk ganjaran kelas terbaik kehadiran dan murid kehadiran penuh ke sekolah untuk ganjaran individu.
                                            

4.0       KUMPULAN SASARAN

            Semua murid SMK Cheras



5.0       PENDEKATAN DAN KAEDAH PERLAKSANAAN KAJIAN

Pendekatan holistik menggunakan kaedah kuantitatif bagi mengenalpasti peningkatan atau penurunan kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2019

           
 5.1       TINJAUAN MASALAH         
   
Tinjauan masalah berdasarkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada tahun lepas yang masih lagi tidak mencapai KPI 90% kehadiran murid ke sekolah iaitu 88.7% sahaja.


            5.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH         

1)          Analisis peratus kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2018
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Peratus
94.05%
88.89%
91.34%
90.96%
90.49%
85.63%
90.22%







            5.3       TINDAKAN YANG DIJALANKAN

                        1} Memperkenalkan Dashboard Kehadiran Murid Ke Sekolah

UBK telah menyediakan sudut JOM KE SEKOLAH dengan menampal banner ranking kelas mengikut peratus kehadiran murid dengan menggunakan tanda warna yang berbeza iaitu warna merah menunjukkan amaran iaitu peratus kehadiran murid bagi bulan tersebut di bawah 90%, warna kuning bagi kelas yang mencapai peratus antara 90 hingga 94% ke atas manakala warna hijau bagi kelas yang mencapai peratus kehadiran ke sekolah melebihi 95%.

Ranking kelas akan disusun setiap bulan dan dipamerkan di hadapan tapak perhimpunan untuk tontonan warga sekolah.

                       
2)    Intervensi Kelas Berisiko Keciciran Murid Yang Tinggi

Berdasarkan dashboard tersebut, kelas yang mendapat ranking paling bawah akan dikumpulkan dan diminta ke bilik mesyuarat. Setiap murid dibacakan anallisa peratus kehadiran masing=masing. Murid –murid yang tidak hadir melebihi 10 hari berkala akan menjalani sesi intervensi kelompok dengan guru kaunseling.

Guru kaunseling akan mengenalpasti kes murid mengikut kategoi keluarga, sekolah atau rakan. Murid yang memerlukan kes individu akan dibuat tindakan susulan sebaik sahaja selepas perjumpaan sesi kelompok.

Selain itu, guru kaunseling akan menjalani sesi konsultasi dengan guru-guru kelas untuk mendapatkan maklumat mengenai bilangan surat amaran yang telah dikeluarkan dan sejauh mana tindakan yang telah diambil untuk guru kaunseling membantu dari aspek konsultasi keibubapaan pula.

3)    Sesi kaunseling

Murid-murid yang mempunyai surat amaran akan menjalani sesi kaunseling individu, sesi kaunseling kelompok dan pemantauan oleh guru kaunseling.

4)    Ziarah Cakna
Guru kaunseling akan ke rumah murid –murid sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi atau ibu bapa yang tidak memeberikan kerjasama kepada pihak sekolah.

5)    Penghargaan Murid Dan Kelas

Ganjaran kepada murid-murid yang mempunyai kehadiran penuh dalam bentuk ganjaran individu dan ganjaran kelas terbaik kehadiran ke sekolah dalam bentuk kumpulan.

5.4       PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN IMPAKNYA
           
            5.4.1      Keberhasilan

Impak Intervensi Dijalankan
1)    Analisis peratus kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2019
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Purata
93.86%
90.83%
91.77%
88.74%
89.28%
88.23%
90.45%


5.5       Refleksi Kajian

Berlaku peningkatan kehadiran murid ke sekolah penggal pertama 2019 berbanding penggal pertama 2018 melalui aktiviti Dashboard Kehadiran Murid Ke Sekolah.Ranking kelas akan disusun setiap bulan dan dipamerkan di hadapan tapak perhimpunan untuk tontonan warga sekolah. Murid –murid dari ranking teratas akan bersaing untuk mendapatkan ganjaran kelas manakala murid-murid dari kelas ranking terbawah akan diletakkan di bawah zon pemantauan.

Berdasarkan dashboard tersebut, kelas yang mendapat ranking paling bawah akan
dikumpulkan dan diminta ke bilik mesyuarat. Setiap murid dibacakan anallisa peratus kehadiran masing.masing. Murid –murid yang tidak hadir melebihi 10 hari berkala akan menjalani sesi intervensi kelompok dengan guru kaunseling. Guru kaunseling akan mengenalpasti kes murid mengikut kategoi keluarga, sekolah atau rakan. Murid yang memerlukan kes individu akan dibuat tindakan susulan sebaik sahaja selepas perjumpaan sesi kelompok. Selain itu, guru kaunseling akan menjalani sesi konsultasi dengan guru-guru kelas untuk mendapatkan maklumat mengenai bilangan surat amaran yang telah dikeluarkan dan sejauh mana tindakan yang telah diambil untuk guru kaunseling membantu dari aspek konsultasi keibubapaan pula.

Sesi kaunseling murid-murid yang mempunyai surat amaran akan menjalani sesi

kaunseling individu, sesi kaunseling kelompok dan pemantauan oleh guru kaunseling. Guru kaunseling akan ke rumah murid –murid sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi atau ibu bapa yang tidak memeberikan kerjasama kepada pihak sekolah.
Melalui bimbingan kerjaya, murid dapat dibimbing untuk mengetahui bahawa terdapat pelbagai bidang akademik dan kemahiran untuk melanjutkan pelajaran walau apa sahaja kelulusan akademik murid tersebut. Yang penting, murid masih berada dalam sistem persekolahan dalam usia yang sepatutnya mereka berada dalam sistem persekolahan. Bimbingan pengiraan merit untuk kemasukan ke kolej kemahiran dan politeknik. Bimbingan ini memberikan celik akal kepada murid untuk berusaha lulus dalam Bahasa Melayu dan Sejarah SPM 2019 untuk mereka mendapatkan sijil SPM. Ini kerana kolej kemahiran menerima murid serendah 3 kredit atau lulus SPM. Yang penting murid mempunyai peratus kehadiran yang baik untuk dicatat pada sijil berhenti sekolah dan menamatkan pelajaran sehingga tamat tingkatan lima.
Ganjaran kepada murid-murid yang mempunyai kehadiran penuh dalam bentuk ganjaran individu dan ganjaran kelas terbaik kehadiran ke sekolah dalam bentuk kumpulan bagi penggal pertama juga telah diadakan. Kelas 5 Alpha di tempat pertama peratus kehadiran terbaik iaitu 97.54%, 4 Alpha di tempat kedua terbaik peratus kehadiran terbaik iaitu 97.44%, tempat ketiga kelas 3 Imtiyaz iaitu 97%, tempat keempat kelas 1 Imtiyaz iaitu 96.94% manakala dan tempat kelima kelas 2 Imtiyaz iaitu 96.34%



Penyampaian hadiah di tapak perhimpunan dengan ganjaran lawatan untuk 5 Alpha dan 4 Alpha manakala ganjaran buku cerita sebanyak 2 buah bagi setiap kelas Imtiyaz. Murid –murid kehadiran penuh tingkatan lima juga dianugerahkan sijil penghargaan. 
.
6.0       Cadangan Kajian

Menumpukan kepada intervensi murid tingkatan 4 yang mempunyai purata 83.75% diikuti dengan tingkatan lima 89.14% bagi penggal pertama persekolahan 2019 yang tidak mencapai KPI 90% kehadiran murid ke sekolah. Antaranya perjumpaan kelas bagi kelas yang mempunyai murid berisiko keciciran yang tinggi iaitu dua kelas di tingkatan empat dan dua kelas di tingkatan lima.




 Boboi Boi
 Time with kids
 Full of laughter



















 

Telegram Channel