8 August 2019

Lawatan Penandaaras Unit Kaunseling: Dari Jabatan Penjara Malaysia





Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan penandaaras ke SMK Cheras pada 8 Ogos 2019.
Sebelum itu saya telah dimaklumkan oleh penyelia kaunseling JPN bahawa satu lawatan dari Jabatan Penjara Malaysia akan dtg ke sekolah atas cadangan dari JPN apabila unit BPSH KPM meminta satu sekolah yg sesuai utk penandaaras perkhidmatan kaunseling sekolah di WPKL. Namun hati tertanya mengapa Jabatan Penjara ingin melihat perkhidmatan kaunseling
Mendapat panggilan telefon dari Jabatan Penjara sendiri dan disusuli dgn Ketua Sektor Akademik dan penolong pengarah untuk sekolah sekolah di bawah Jabatan Penjara barulah saya mendapat gambaran yang jelas. Di bawah Jabatan Penjara mempunyai murid murid yang ditahan kerana kesalahan dan diberikan peluang untuk bersekolah. Ada guru guru kaunseling ditempatkan di sekolah sekolah terlibat.
Fokus utama adalah saya diminta memberikan taklimat mengenai perkhidmatan kaunseling mengikut arus perdana yang terkini. Dari 4 fokus perekayasaan saya membentangkan mengenai perkembangan sahsiah, peningkatan disiplin, perkembangan kerjaya dan psikososial dan kesejahteraan mental. Saya menerangkan mengenai intervensi yg dijalankan dan sesi soal jawab berjalan dgn baik.
Saya berkongsi mengenai prosedur Ujian Dass dan soal selidik serta intervensi yg dijalankan.
Saya berkongsi mengenai program SMART, psikometrik, intervensi dan program perkembangan kerjaya. Pengurusan fail dan inovasi yg dijalankan.
Win win program krn setelah itu rombongan 17 guru kaunseling dan unit pemulihan menjalankan aktiviti intervensi kaunseling kelompok di gimnasium. Sebelum itu, video  ditayangkan bagaimana murid bermasalah ditangkap dibicarakan dan ditempatkan di Henry Gurney atau sekolah integriti. Semoga menginsafkan anak anak Cherasian .
Akhir sekali kami makan tengah hari dan berbual santai mengenai perkhidmatan kaunseling.
Semoga kolaborasi diteruskan

Hectic Thursday
Touchdown KLIA 12.30 am
Arrive home by 2.00 am
Wake up 5.00 am
Brunch at 1.00 pm
Alhamdulillah everything done
With pening pening lalat je










































 

Telegram Channel