22 August 2019

Lawatan Penandaaras GBK Selangor 7/2019: Slaid Kaunseling Berfokus Berimpak



Slaid untuk rujukan kaunseling berfokus berimpak sila klik 

Hari ini menerima tetamu dari sekolah Selangor iaitu dari SMK Kota Kemuning dan SMK Tengku Ampuan Rahimah serta Jurulatih Utama Psikometrik Selangor. Mereka meminta saya membimbing bagaimana membuat kajian tindakan dan pengurusan fail kaunseling dan perkhidmatan kaunseling.

Untuk memenuhi kehendak mereka, saya menyediakan slaid pengurusan kaunseling berfokus berimpak juga iaitu bagaimana 4 fokus perekayasaan perkhidmatan kaunseling perlu mempunyai impak yang boleh ditunjukkan jika ada data. Data yang menunjukkan peningkatan sahsiah menunjukkan kemenjadian murid . Ini bermakna program intervensi yang dijalankan adalah berimpak. Bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang -kurangnya dua fokus dapat menunjukkan impak namun jika lebih lagi baik :) 

Penulisan Kajian tindakan yang mempunyai impak yang baik dapat dijadikan amalan terbaik sekolah dan inovasi iaitu aktiviti yang dijalankan dapat dihasilkan sama ada inovasi bahan cetak berbentuk modul, sistem maklumat atau teknologi yang digunakan atau terapi atau alat yang membantu memberikan impak terhadap sesuatu fokus bidang. 

Saya share pada slaid ini bagaimana setiap fokus bidang perkhidmatan bimbingan kaunseling di sekolah saya mempunyai impak dan inovasi untuk kemenjadian murid.  Boleh dijadikan panduan jika anda inginkan penarafan bintang bagi program kaunseling berfokus berimpak



Slaid untuk rujukan kaunseling berfokus berimpak sila klik 


Kenny Rogers
Dnner for your birthday 
May Allah ease your journey




























 

Telegram Channel