23 August 2019

lntervensi Minda Sihat SMK Cheras di Klinik Kesihatan Cheras 2019


Program bengkel minda sihat diteruskan lagi kerjasama dengan Klinik Kesihatan Cheras KL di mana 23 murid dari ting 1, 2 , 3 , 4 dan 5 dibawa kesini untuk mengikuti bengkel kesihatan mental. 


Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr Siti Shafiatun Mohsin selaku pakar perubatan keluarga dan ketua klinik kesihatan cheras. 

Yang menariknya ialah terdapat pelbagai booth aktiviti kesihatan mental. Ada 5 booth semuanya iaitu booth kecergasan fizikal. Apabila kita bersenam kita akan meningkatkan hormon gembira dan membantu mereka yg stres. Aktiviti memang menyeronokkan dan menguji fizikal juga berlari kesana kemari 

Booth minda sihat menguji stres yg membina dan stres yg membahayakan diri. Murid diberi risalah kesihatan dan aktiviti bermain kuiz menggunakan dam ular. Jika murid dapat menjawab soalan, maka jika berhenti dipetak menaiki tangga maka murid boleh menaiki tangga. Jika berhenti di petak ular, murid kena turun ditelan ular jika tidak dapat menjawab kuiz. Di booth ini juga murid diberikan penerangan mengenai jenis senaman utk teknik relaksasi. 

Booth makanan sihat dijaga oleh pegawai sains yg memberikan penerangan kesan makanan terhadap kesihatan yg memudaratkan. 

Booth AADK dikendalikan oleh pegawai AADK mengenai jenis jenis dadah yg membantu dan memudaratkan jika disalahguna. 

Booth mengenai vipe, rokok dan ketagihan nikotin dan cara mengatasi ketagihan nikotin. Makumlah murid yang menghadapi stress menggunakan nikotin untuk meredakan stress mereka kerana mereka percaya ia dapat membantu melupakan masalah mereka.

Booth mengenai kesihatan seksual mengenai penyakit penyakit kelamin yang membahayakan jika murid terjebak dalam salah laku seks. dan video mengenai penagajaran masalah dalam kalangan murid dalam isu masalah seksual 


Seronok tengok murid saya gembira dengan aktiviti ini dan memberikan input mengenai kesihatan mental dan kesihatan remaja amnya. Banyak hadiah disediakan untuk individu yang dapat menjawab soalan.

Di akhir program, pelbagai hadiah yang diperolehi oleh murid-murid ini dari kumpulan terbaik hingga top 10 individu terbaik menjawab saoalan . Pihak klinik juga meraikan projek terakhir Dr Nazeerah memandangkan beliau akan berpindah. Sempat lagi UBK SMK Cheras menghadiahkan Dr Nazeerah kenangan sepanjang hampir 7 tahun kami bersama dalam program kesihatan remaja. Semoga Dr dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan Dr . Terima kasih atas sumbangan Dr dalam membantu kesihatan remaja khususnya murid murid SMK Cheras. 


Happy Birthday Zahidah
Semoga dimurahkan rezekimu
Kerana ringan tulang membantu
`Secret Recipe, Sri Permaisuri-















































Terima kasih Dr Nazeerah



Ucapan perpisahan untuk Dr Nazeerah. Terima kasih atas sumbangan kepada kami




Tahniah Syuhada peserta terbaik



 

Telegram Channel