31 August 2019

Pertandingan Showcase Project Based Learning: MyCherasianTV

Salam Merdeka semua. Hectic week! 



Minggu yang busy back to back program.
Hari ini ke Stadium Cheras kami menyertai showcase project based learning anjuran PIBG atau PIBK Parlimen Bandar Tun Razak.  Saya menguruskan persiapan selama seminggu untuk pembentangan projek MyCherasianTV satu medium perkongsian mengenai aktiviti di sekolah dalam bentuk berita, slot kerohanian, slot kaunseling dalam bentuk temubual atau tazkirah. Facebook, instagram dan youtube MyCherasianTV telah diwujudkan. Dikongsikan dalam group whatsapp sekolah untuk guru,dalam smk cheras buletin untuk ibu bapa malahan dalam page fb smk cheras. 


Idea penubuhan dari Cikgu Rahimi yg aktif dalam sesi fotografi sekolah dan menjadi AJK Dokumentasi sekolah dalam bidang fotografi. Seramai 3 murid yg mempunyai kamera sendiri dan berminat dlm fotografi sekolah dilatih oleh Cikgu Rahimi dalam bidang fotografi.  Kebetulan murid ini adalah PRS juga yg menyebabkan idea kolaboratif tercetus untuk showcase ini. 

PRS pula dalam bidang komunikasi samaada menjadi juruacara program sekolah atau wartawan sekolah untuk dokumentasi sekolah.
Sepanjang showcase dijalankan, PRS menjalankan pembentangan dan aktiviti menemubual seolah olah pengacara tv dan personalia tertentu telah dijalankan.

Ia memberikan pengalaman dan meningkatkan keyakinan PRS kerana selama ini hanya menjadi juruacara dan mengendalikan aktiviti di sekolah sahaja. 

Merdeka!Merdeka!Merdeka














































 

Telegram Channel