30 September 2019

Kertas Kerja Bulan Kaunseling SMK Cheras 2019: Cherasian Sejahtera

Kertas Kerja Bulan Kaunseling SMK Cheras 2019: Cherasian Sejahtera






KERTAS KERJA

BULAN KAUNSELING SMK CHERAS 2019

“MINDA SIHAT PROAKTIF: CHERASIAN SEJAHTERA ”





1.0          PENGENALAN



          Oktober merupakan bulan kaunseling yang diisytiharkan bagi memperingati perkhidmatan menolong yang sangat diperlukan oleh masyarakat. Memandangkan masalah kesihatan mental merupakan antara masalah utama bagi kesihatan masyarakat di negara kita, maka bulan kaunseling memberikan kesedaran kepada orang awam pentingnya perkhidmatan kaunseling ini bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

          Oleh itu, di peringkat sekolah pihak Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mempromosikan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan warga sekolah ke bilik bimbingan dan kaunseling untuk menggunakan perkhidmatan sesi bimbingan dan kaunseling secara individu dan kelompok dan seterusnya meningkatkan jumlah warga sekolah yang akan hadir secara sukarela berjumpa guru kaunseling bagi kes kesihatan mental. Melalui promosi kesihatan mental yang sejahtera, diharapkan agar peningkatan murid merujuk masalah kawan-kawan yang mempunyai kecenderungan kemurungan akan dapat dipertingkatkan.



2.0      MATLAMAT

Menggalakkan lebih ramai warga sekolah menyedari tentang kesihatan mental yang sihat dan membantu Unit Bimbingan Kaunseling mengenal pasti rujukan murid yang memerlukan perkhidmatan sesi bimbingan dan kaunseling.



3.0      TARIKH/MASA/TEMPAT

          1 Oktober 2019 – 31 Oktober 2019



4.0      SASARAN

          Semua warga sekolah





5.0      OBJEKTIF

1)       Mempromosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepanjang masa

2)       Menarik lebih ramai murid menggunakan perkhidmatan bimbingan dan                            kaunseling secara sukarela



6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output
100% warga sekolah mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Outcome
Peningkatan jumlah klien yang sukarela menggunakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling setiap tahun.





7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Sumber Kewangan

          PCG Kaunseling                :                                                             = RM    500

          PCG Sivik                          :                                                             = RM    500



Perbelanjaan

          Pengangkutan Lawatan Ke LPPKN                             = RM     350              

          Pengangkutan Lawatan Ke Rumah Warga Emas        = RM     350

          Makanan untuk peserta lawatan                                   = RM     300



         





8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi : Encik Jamil Bin Jamaludin

                             Pengetua

          Naib Pengerusi :Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih

                                  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

          Setiausaha       : Puan Nurhaiza Bt Che Mat

          Naib Setiausaha: Puan Rozinani Bt Awang

         

         

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA/ PENCERAMAH

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

Tarikh
Program
Sasaran
Personalia
1.10.2019 – 9.10.2019
Teknik VAKS Meningkatkan Fokus Dan Urutan Relaksasi PT3 (dipraktikan setelah diberi bimbingan pada 27.09.2019)

Semua murid PT3
Pn Nurhaiza
1.10.2019
- 3.10.2019
Intervensi Saringan Minda Sihat Dan Ujian Daya Gaya Tindak
Semua PRS Ting 4 melalui sesi kaunseling kelompok
Pn Nurhaiza
Pn Rozinani
Pn Azlina

1.10.2019 – 5.10.2019
Intervensi Penetapan Matlamat Berasaskan   Merit   Kemasukan Ke Institut Latihan atau Kolej
45 Murid Gagal Silang Percubaan SPM
Pn Nurhaiza
Pn Rozinani
Cik Nat
4.10.2019
Ziarah Cakna Murid Kemurungan
Murid tingkatan 4
Pn Nurhaiza
Pn Rozinani
5.10.2019
Relaksasi Minda
Hi Tea Bersama PRS Ting 5
PRS
Pn Nurhaiza
Pn Rozinani
7.10.2019 -9.10.2019
Intervensi Saringan Minda Sihat Dan Ujian Daya Gaya Tindak
Semua PRS Ting 1 Dan 2 melalui sesi kaunseling kelompok
Pn Nurhaiza
Pn Rozinani
Pn Azlina
Cik Nat

10.10.2019
Teknik Tapping – Meningkatkan Fokus Dan Emosi Diri
Murid Juara
Pn Nurhaiza
11.10.2019

Saringan Ujian Minda Sihat DASS 21 Dan Gaya Daya Tindak
Semua guru SMK Cheras
Pn Nurhaiza
Pn Rozinani
Pn Azlina

12.10.2019
Hari Sukan Negara
Taklimat 10B: Kesan Beriadah Terhadap Kesihatan Mental Dan Emosi kepada semua warga sekolah
Semua warga sekolah
Pn Nurhaiza Che Mat
14.10.2019

Saringan Minda Sihat
Semua eurid ting 3
Pn Nurhaiza
15.10.2019
Lawatan Ke LPPKN
Kesihatan Remaja

Murid ting 3
Pn Rozinani
16.10.2019


Meningkatkan Resilien Dalam Kalangan Murid
Murid ting 3
Pn Nurhaiza
18.10.2019
Ziarah Cakna Murid  Kemurungan
Murid terlibat
Pn Nurhaiza Che Mat
Pn Rozinani
19.10.2019
Relaksasi Minda : Hi Tea Guru – Guru Cherasian
Semua guru SMK Cheras
Kelab Guru
21.10.2019
Motivasi Persiapan Akhir Menghadapi SPM:   Ke Arah Kesejahteraan Emosi Dan Mental Menghadapi Peperiksaan Dan Teknik 10B
Semua murid SPM
Pn Nurhaiza
23.10.2019
Ziarah Cakna Murid India Sempena Deepavali
Murid terlibat
Pn Nurhaiza
Pn Rozinani
Cik Nat
24.10.2019
Lawatan Ke Rumah Perlindungan Warga Emas Di Ampang
(Warga Emas Sejahtera)

Murid ting 3 dan PRS
Pn Rozinani
30.10.2019
Guru Penyayang: Sambutan Perayaan Dan RAI Hari Lahir
Semua warga sekolah
Pn Nurhaiza





10.0    PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan
Kecuaian
Ke klinik
Guru rombongan





11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program









12.0    PENUTUP

Melalui aktiviti bulan kaunseling Cherasian Sejahtera ini dapat meningkatkan kesejahteraan warga sekolah dengan teknik gaya daya tindak yang boleh dijalankan untuk menangani stres dalam kehidupan.





 Penundaan PT3 dan UPKK
Kemangkatan Sultan Kelantan
Al fatihah..

                                                  

















           


29 September 2019

 Slaid Pembentangan Pertandingan Laluan Program Anti Rasuah JPWPKL

Slaid Pembentangan Pertandingan Laluan Program Anti Rasuah JPWPKL



Slaid presentation saya kongsikan di sini SLAID PRESENTATION ACP

Hari ini hari yg ditunggu tunggu untuk pertandingan laluan ACP di sekolah. Timing yg agak sesak jadual saya yg padat. Dihadiri oleh tiga orang juri

Pertandingan Bilik / Laluan ‘Anti Corruption Programme’ (ACP) 2019 Peringkat Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran bersama SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPRM WPKL) dan juga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). 

Barisan juri SPRM WPKL diketuai PPj Tn. Razali b. Khamis (Timbalan Pengarah (Pencegahan) dan PsK Tn. Asrulna’im bin Abdullah (Ketua Unit Pemeriksaan & Perundingan) manakala barisan juri JPWPKL pula diketuai oleh Pn. Faizah bt Waris (Timbalan Pegawai Pend Wilayah Keramat)  

Penilaian oleh barisan juri pertandingan ini adalah berdasarkan instrumen penilaian dan indikator-indikator yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Penilaian dibuat secara menyeluruh dan bukan melihat kepada hasil kerja di Bilik / Laluan ACP itu sahaja tetapi juga merangkumi aspek-aspek lain seperti dokumentasi, inovasi, kreativiti dan lain-lain hal yang berkaitan. Penilaian ini ada saya upload dalam entri sebelum ini.


First experience
Attend Wedding in Bollywood style :)

























28 September 2019

LDP : Transformasi Guru Dalan Meningkatkan Kemenjadian Murid

LDP : Transformasi Guru Dalan Meningkatkan Kemenjadian Murid


Hari ini ke Impian Golf And Country Club, Saujana Impian Kajang. untuk menghadiri LDP oleh penceramah yg energetik. Mantan pengarah Selangor dan mantan nazir iaitu Pn Aisyah. Gelak je saya hari ini  keluar air mata saya ..sarat pengajaran dalam ceramahnya walaupun dalam seloka.

Berkisar mengenai transformasi tugas guru dalam kemenjadian murid dengan memgenal pasti potensi, pembimbing, penilaian dan mentir yg baik. 


Education is power
Knowledge is power
When you speak
Speak with intelligence
When you speak
Speak with confidence
When you speak
Speak with conviction

Kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan dan ada gerak kerja kumpulan untuk aktiviti hari ini. Rasa penuh perut asyik ulang alik ambik makanan sambil berbengkel. 

Sate Samuri Kajang
For dinner


















































 

Telegram Channel