Total Pageviews

10 September 2019

Selamat Hari Lahir Raudzah A.Rahman

Selamat malam 








Di KLIA2 selepas delay flight hampir sejam. Maklumlah risau juga dgn cuaca berjerebu ni maka setiap kali kapal terbang Air Asia ni bergegar..kecut perut jugak.
Airport Brunei mmg strict. Sampaikan hand carry plus handbeg pun ditinbang mesti 7kg. Apalagi mmg kerja punggah memunggah nak dekat 30 minit juga baru kami lepas check in. Huhuhu...
Sampai di KLIA2 yg sepatutnya pukul 6.20 ptg sudah menjadi 7.20 malam. Menguruskan bagasi dan bagasi lebih saiz pameran menyebabkan 8.30 malam juga baru dapat duduk menikmati makan malam.
Kami pilih teppanyaki request by birthday girl hari ni Kak Raudzah.
Hajat dihati nak sambut di Brunei tetapi Rozinani sudah berniat berpuasa maka kami calebrate setibanya di KLIA2.
Hadiah terbaik yang kami boleh berikan padanya adalah mengusahakan agar dia bersama sama dapat ke trip Brunei ini kerana saya sudah berniat sblm dia berpindah ke sekolah lain saya akan membawanya ke satu trip oversea. Maklumlah sejak dia berada di sekolah kami dia selalu mengatakan yg dia seronok krn berpeluang ke sana sini merata Malaysia menyertai pameran dan pertandingan atau lawatan UBK.
Semoga Kak Raudzah sihat dan cergas, murah rezeki lain kali kita pergi jalan lagi :)

We had joy
We had fun


















No comments: