1 October 2019

Kertas Kerja Khidmat Sosial Di Rumah Perlindungan Warga Emas



Selamat Hari Warga Emas Negara.
Perancangan awal akan mengadakan lawatan ke rumah warga emas pada 2 Oktober tetapi pada dua minggu lepas, pelan diubah memandangkan jerebu on dan off sehingga sekolah di KL juga ditutup hampir 4 hari. Merancang pada pertengahan Oktober lebih selamat.
Pernyataan di bawah saya ambil berdasarkan laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat yg saya copy sebagai rujukan.
Manakala kertas kerja pula saya share dari hasil paperwork partner saya Kak Raudzah pada tahun lepas yg diubahsuai oleh kaunselor praktikal untuk lawatan pada tahun 2019.
Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk Negara.Justeru, selaras dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh kerajaan pada 5 Januari 2011. DWEN dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan Negara.
Matlamat Dasar Warga Emas Negara adalah mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membantu warga emas
Keanggotaan dalam Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara terdiri daripada wakil kementerian berkaitan, pihak swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan serta pakar dalam bidang berkaitan dengan warga emas. Majlis dipengerusikan oleh YB. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis ini akan menerima laporan daripada Jawatankuasa Teknikal dan juga bertanggungjawab mendapatkan peruntukan untuk melaksanakan Pelan Tindakan Warga Emas Negara. Urus setia kepada Majlis ini adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sambutan Hari Warga Emas
Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah
pembangunan negara dan bangsa. Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1hb Oktober pada tiap-tiap tahun sesuai dengan pengistiharan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia juga telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992. Pada tarikh ini , Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan diadakan. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban





LAWATAN KHIDMAT SOSIAL
KE RUMAH PUSAT JAGAAN MAHMUDAH MALAYSIA (PJAM)
DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 2019


1.0 )PENDAHULUAN

Dasar Warga Emas Negara merupakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui proses penuaan yang sihat, positif, aktif, produktif serta menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.
Program lawatan dan khidmat sosial warga emas secara kolaborasi diantara Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Sivik dan Panitia Pendidikan Islam merupakan diantara program yang menyokong dasar warga emas negara (DWEN). Memandangkan warga emas adalah golongan yang mesti dihargai, disayangi dan dibantu, apatah lagi yang kurang berupaya. Program ini juga bertujuan untuk menyantuni dan mengiktiraf warga emas sebagai warganegara yang terdiri daripada pelbagai pengalaman dan latar belakang. Mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati serta mampu menyumbangkan idea kepada pembangunan negara. Sebagai generasi muda program DWEN ini merupakan peluang keemasan untuk mereka melahirkan sokongan terhadap program ini dengan bersama –sama menjalankan aktiviti seperti beramah mesra, bergotong royong membersihkan tempat tinggal warga emas dan menggembirakan jiwa warga emas yang kekosongan.
Oleh itu, diharapkan pendedahan aktiviti dan hebahan seperti ini dapat membantu generasi muda, memahami betapa pentingnya menanamkan nilai-nilai murni, agar mampu berinteraksi dan menyantuni warga emas  dengan adab sopan yang disanjung tinggi kerana setiap individu  juga bakal menjadi warga emas melalui roda kehidupan pada suatu masa nanti.

2.0 ) MATLAMAT

Melahirkan masyarakat  dan generasi muda yang mampu merealisasikan tanggung jawab sosial mereka dengan nilai-nilai murni terhadap warga emas seperti berinteraksi dengan nada yang betul, mengingati dan menghargai jasa, berbudi bahasa, bersopan santun, mengambil berat dan sebagainya. Seterusnya warga emas pula dapat merasakan diri mereka disantuni dan dihargai.

3.0. )TARIKH/ MASA/ TEMPAT

TARIKH : 24 Oktober 2019
MASA : 9.00 Pagi – 12.00 Tengah hari
TEMPAT : Rumah Sri Mesra (Mesra Home Ampang)
16, Jalan Watan 1, Taman Sri Watan, 68000, Ampang, Selangor.

4.0) SASARAN : 35 orang murid  dan 3 kaunselor SMK Cheras.

5.0 ) OBJEKTIF
Diantara objektif yang disasarkan adalah seperti berikut:
5.1 Mengeratkan hubungan antara generasi
5.2 Menyokong Dasar Warga Emas Negara dengan menghargai warga tua.
5.3 Mengiktiraf hak warga emas untuk mendapat keperluan asas yang berkualiti.
5.4 Mengukuhkan kerjasama dan perkongsian tanggungjawab.

6.0 )KPI (Indikator Output Dan Outcome)
Output
Penglibatan 100% peserta khidmat sosial SMK Cheras di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terdiri dari peserta Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Panitia Sivik dan Panitia Pendidikan Islam. Mereka turut mengikuti aktiviti yang dirancang serta memberikan pengalaman kepada peserta  melalui penerapan nilai–nilai murni dalam kalangan murid yang terlibat agar objektif program tercapai.

Outcome 100% peserta khidmat sosial SMK Cheras dapat memberi khidmat seperti yang dirancangkan sehingga ke akhir  program.

7.0 )IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN

1) PCG Sivik   =                                         RM 502.00



ANGGARAN PERBELANJAAN
1) Pengangkutan 1x bas RM  350.00
2) Makanan tengah hari 38 orang x RM 4 = RM 152.00

8.0 ) JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi :
En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)
Naib Pengerusi :
Pn. Nor Azlinda bt. Hasmunih (PK HEM)
Penyelaras Program :
Cik Nathynie a/p Arokianathan
(Intern kaunselor Bimbingan & Kaunseling)
Setiausaha :
Pn. Rozinani bt. Awang
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
AHLI JAWATANKUASA:
Pengangkutan
Pn. Nurhaiza Che Mat •
Menyediakan pengangkutan tepat pada masa yang diperlukan
Pendaftaran Peserta & Mengumpul barangan sumbangan
Menyenaraikan nama peserta
• Mempromosikan kutipan sumbangan untuk aktiviti  khidmat sosial
Penilaian & Fotografi

Cik Nathynie a/p Arokianathan •
Membuat penilaian program
• Mengambil dan merakam gambar sepanjang program berlangsung.
Dokumentasi

Cik Nathynie a/p Arokianathan • Meyiapkan dan menyerahkan dokumentasi kepada pengetua
Makanan

Pn. Rozinani bt Awang • Bertanggungjawab menempah makanan tengah hari untuk murid

9.0 ) STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 ) URUSETIA/PENCERAMAH
Unit Bimbingan Dan Kaunseling


9.2 )
JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
HARI KHAMIS AKTIVITI
(24 OKTOBER 2019)
7.00 – 7.15 pagi Pendaftaran peserta lawatan
7.15 – 7.30 pagi Bertolak ke Rumah Sri Mesra
7.30 - 9.00 pagi Sampai di Rumah Sri Mesra
9.00 pagi -11.30 pagi Menjalankan aktiviti khidmat sosial di Rumah Sri Mesra
1) Murid membersihkan persekitaran rumah warga emas
2) Murid-murid membuat persembahan dan beramah mesra bersama warga  emas
12.00 tengah hari –
Makan tengah hari
12.30 tengah hari
Bertolak balik ke SMK Cheras dari Rumah Jagaan Mahmudah
12.30 tengah hari
Dijangka sampai di SMK Cheras.

10.0) PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti akan menghadapi pelbagai cabaran dan  halangan yang tertentu dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya.  Strategi dan perancangan yang kemas perlu dilaksanakan bagi menjayakan program lawatan dan khidmat sosial DWEN 2019.

Disediakan oleh,

_________________________
(NATHYNIE A/P AROKIANATHAN)
Kaunselor Praktikal


Good luck Izz Farhan
UPKK 2019








   




 

Telegram Channel