5 November 2019

Cabaran Murid Melangkah Ke Tingkatan Satu: Perkongsian Kes






Hari ini saya ke SK Jln Sungai Besi 1 dan 2. Confuse jap masuk pagar sekolah ini sebab dua sekolah yg berbeza tertera pada pintu pagar sekolah. Mendapat jemputan dari setiausaha program kecemerlangan murid darjah 6 utk ceramah kemasukan murid ke sekolah menengah, saya mengisi slot ini. 

Sepanjang saya menyampaikan ceramah, barisan pentadbir iaitu guru besar dan PK kekal berada di dalam dewan mendengar taklimat saya dari awal hingga akhir bersama beberapa orang guru. Terima kasih pentadbir! 


Majoriti murid darjah 6 tidak bersedia untuk berada di sekolah menegah survey awal yang saya tanyakan.  Majotiri memberikan jawapan takut! Tidak berani dengan cabaran baru! Sayangkan kawan kawan yang ada sekarang dan ada juga menjawab sayangkan cikgu :)

Antara cabaran pada murid ting 1 yang saya kongsikan berdasarkan kes -kes kaunseling yang dikendalikan untuk murid ting 1 adalah
1) Tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah berpisah dengan rakan -rakan baik di sekolah rendah menyebabkan mereka sentiasa mempunyai prasangka yang dia sentiasa ditinggalkan dan tidak diupdate dengan rakan rakan lain. Disini murid rasa sedih dan mula membuat perangai agar ibu bapa menukarkan ke sekolah yang sama dengan kawan baik atau tidak gembira sepanjang di sekolah kerana merasakan kawan kawan baru tidak best seperti kawan kawan lamanya
2) Bagi kawan atau klik yang dari sek rendah dapat bersama-sama dalam satu sekolah menengah pula, apabila waktu rehat masih ingin bersama walau dari kelas yang berbeza, menyebabkan kawan -kawan baru masing - masing tidak selesa kerana urusan menunggu itu dan ini dan merenggangkan hubungan untuk membina persahabatan baru dengan orang lain.
3) Murid ting 1 akan berada di sesi petang. peluang waktu pagi yang panjang digunakan untuk berjumpa dengan geng sekolah rendah dari sekolah -sekolah lain . Perjumpaan biasanya akan berakhir dengan ponteng sekolah kerana terlajak masa apabila berjumpa dan tempat perjumpaan pun biasanya di kedai internet, shopping kompleks atau tasik.
4) Ada juga yang murid yang ponteng di rumah sendiri kerana ibu bapa keluar bekerja seawal pagi dan balik lewat petang menyebabkan ibu bapa tidak sedar jika anak menipu pergi ke sekolah.
5) Murid cemerlang UPSR tetapi tidak dapat membahagikan masa dengan jumlah pelajaran yang semakin banyak dan gaya belajar yang perlu diubah ini menyebakan mereka tidak dapat excell seperti sekolah rendah. Manakala murid sekolah rendah yang mempunyai pencapaian 2A atau 3A boleh muncul menjadi murid cemerlang apabila dapat mengurus masa. dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mengikut kesesuain topik subjek yang banyak.
6) Aktiviti di sekolah menengah mula menekan kan presentation , kerja kumpulan atau individu dalam subjek yang pelbagai . Ini memerlukan kemahiran komunikasi yang menyebabkan murid ketinggalan kerana pasif dan hanya tahu membaca sahaja tanpa mengembangkan skill komunikasi dan kerja projek. Ini menyebabkan murid yang introvert akan stress
7) Tidak berani dan tiada keyakinan untuk memegang jawatan seperti pengawas atau pemimpin yang lain kerana bimbang menegur kesalahan kpd murid senior
8) Perlahan lahan merasakan ibu bapa tidak menyayanginya seperti dahulu kerana tumpuan lebih diberikan kepada adik adik pula kerana ibu bapa percaya bahawa anak sudah boleh mengurus diri sendiri kerana berada di sekolah menengah.

Semoga cepat move on anak-anak ye


Terima kasih kpd barisan pentadbirnya. 
Ceramah untuk dua sekolah tak sangka dapat dua sijil dan dua cendetamata. 


Black volcano Pizza Hut




,














 

Telegram Channel