7 November 2019

Lawatan Ilmiah Pasca PT3 Ke Kilang Ajinomoto


Lawatan kami ke Kilang Ajinomoto melibat 82 murid dan 5 orang guru pengiring. Trip anjuran UBK dan mendapat tajaan sepenuhnya dari Ajinomoto samaada bas, jamuan makan dan cenderamata setiap orang berbentuk pelbagai perisa makanan. 

Slot menarik hari ini
Kami diperkenalkan dengan sejarah dan latar belakang penjenamaan Ajinomoto iaitu Prof Kikunae Ikeda dari Uni Tokyo mengasingkan glutamat , sejenis asid amino yang memberikan rasa Umami  daripada rumpai laut. Ia dapat meningkatkan rasa makanan. 

Umami merupakan rasa asas ke 5 selain rasa masam, manis, masin, pahit, dirujuk sebagai xian wei dalam Bahasa Cina yang bermaksud rasa seperti daging atau sup dalam Bahasa Malaysia dan suvoury dalam Bahasa Inggeris.

Ajinomoto M Berhad dimulakan operasinya di Malaysia pada 1961.

Setelah diberikan penerangan, kuiz disampaikan dan pemenang sentiasa diberikan hadiah berbentuk perisa makanan. 

Antara aktivitinya ialah merasa sup yang dihidangkan sama ada mempunyai perasa sedap atau tidak.

Slot seterusnya ialah aktiviti melawat pameran dalam sudut pameran pendidikan mengenai penghasilan pelbagai produk perisa makanan. 

Akhir sekali acara yang ditunggu-tunggu demo memasak nasi goreng Cina menggunakan perencah dan sup sayur. Cantiknya dapurnya saya sangat teruja melihat dapur memasak eksklusif begini....mak mak sangat kan :)

Dua murid dijemput menjadi demo masakan dan apron yang dipakai dijadikan hadiah terus kepada murid -murid ini tadi.  Sebelum bertolak balik, kami semua dijamu makan tengah hari yang cukup menyelerakan. Terima kasih pihak Ajinomoto

Happy birthday 
Mantan Puan Pengetua 
Semoga sihat berpanjangan
Dan dimurahkan rezeki



Aktiviti di kilang Ajinomoto ini jauh panggang dari api. Saya membayangkan masuk kilang yang agak  kerana melihat proses dalam keadaan panas. Namun sangkaan saya meleset





























































































Ada macam ala -ala penyampai rancangan masakan tak?



 

Telegram Channel