Total Pageviews

21 November 2019

Majlis Apresiasi Dakwah 2019 Peringkat Kebangsaan: Sayembara Penulisan

Assalammuaikum semua.
Minggu lepas mendapat panggilan telefon sewaktu raptai majlis penyampaian hadiah Penarafan Kaunseling Peringkat Kebangsaan. Rezeki tahun ini tgh raptai naik pentas untuk penyampaian hadiah krn terpilih untuk pengiktirafan 5 bintang penarafan kaunseling berfokus berimpak dan minda sihat proaktif...dapat pula berita dapat hadiah pertandingan sayembara penulisan inspirasi kisah hidup anjuran Bahagian Pendidikan Islam, KPM in juga. Terkejut sebab ingatkan tak menang sebab dah nak masuk penutup 2019.

Saya menyertai sayembara penulisan inspirasi nilai dan mendapat tempat saguhati. Wah sagu hati top 10 pun lompat lompat bintang juga seronok rasanya hahhahaha. Penyertaan mencecah beratus ratus difahamkan 500 lebih dan terselit top 10 adalah satu pencapaian peribadi saya melayan hobi penulisan saya ini :) Token RM100, plak yang berat, sijil, doorgift 2 buah buku dan lunch di Menara Kuala Lumpur sudah cukup bebaloi baloi.

Tahniah kepada rakan kaunselor dari Selangor Abdul Mueiz yang juga penerima hadiah sagu hati ini. 

Senyuman paling manis untuk penutup sesi persekolahan 2019 merawat mcm mcm berlaku dua hari ini. Mood swing..sebagai kaunselor telan..nyahkan caj negatif.  Grand betul majlis ini di tempat tinggi Menara Kuala Lumpur. Setting meriah!

Terima kasih buat kedua dua saudara kandungku, Kak Ema dan adik Khadijah kerana penulisan ini inspirasi dari aktiviti sukarelawan yang mereka jalankan.

























Top 3







No comments: