Total Pageviews

9 December 2019

Backpackers Muslim To Yehliu Geopark, Taiwan



Rasa segar bangun pagi hari ini. Hari kedua di Taiwan. Kami memulakan perjalanan berjalan kaki ke Terminal Bas. Terkedip kedip mata pandang tulisan bahasa Cina ..so cara yg mudah pergi kaunter informasi dan bertanya. Memilih bas untuk ke Geopark Yehliu dan melihat pemandangan Taiwan.
Bus Kuo-Kuang (no.1815): Naik bus ekspres (tujuan Jinshan Youth Activity Center) di Pintu Timur 3 Stesen Utama Taipei, lalu turun di Yehliu.
 Naik bas di sini jika anda membayar cash, perlu harga yg tepat diberikan kerana tiada baki yang akan diberikan kpd anda. Mujur kami ada tiket yg dibeli di terminal bas, lagi mudah. Perjalanan sejam setengah dan hmmm saya pening hahaha. Driver bas suka berhenti terkejut kejut dan perjalanan itu sendiri melalui kawasan yg berbelok belok curam . Mujur  hampir 15 minit sahaja berbelok belok

Cara menuju ke Yehliu Geopark sangat mudah, ikut sahaja label dan di simping kiri perhentian bas, berjalan kaki mengikuti jalur cat biru iaitu jalan untuk pejalan kaki di sebelah kiri selama kurang dari 10 minit, dan sampailah kita di parking Yehliu yang sangat luas dan dipenuhi oleh bas pelancong. Pemandangan restoren seafood yang pelbagai nama sepanjang berjalan kaki terutama di sebelah kanan. Manakala di sebelah kiri kelihatan orang memancing. 
Harga tiket masuk ke geopark ini hanya NT$80. 
Yehliu sendiri berasal dari bahasa Pinpu, yaitu bahasa asli dari suku asli Taiwan. Selain itu istilah ini juga berasal dari bahasa Spanyol Punto Diablos yang bermaksud Tanjung Setan. Di sebalik nama tersebut, Ceritanya pada zaman dahulu warga sekitar merupakan nelayan yang hidup di laut. Mereka mendapatkan beras dari penduduk pulau. Uniknya pengambilan beras dilakukan dengan menggunakan bilah bambu yang sudah dilubangkan di bahagian hujungnya, dan para pedagang pada akhirnya menyebut proses ini sebagai "beras yang dicuri oleh suku asing" dimana suku asing dalam bahasa Taiwan disebut "Yeh" dan dicuri disebut "Liu". Inilah asal nama dari penamaan kawasan ini.




Spot menarik di Yehliu Geopark. Apabila menyusuri kawasan ini, kita boleh menangkap gambar spot menarik pembentukan batu batu yang menarik. Cuma bila terlalu ramai orang kenalah beratur ambil giliran. 




ò
















Ni replika yang dibuat menyerupai kepala Queen Head yang famous di Yehliu ini sehingga menjadi ikon untuk Geopark. Queen Head 11 yang tidak ramai orang beratur berbanding di formasi batuan Queen Head yang asal. 



Memang cantik kawasan Geopark ini dan sempat Kak Ema buat satu rakaman video saya di sini. Laut yang cantik dan angin sejuk yang bertiup mencengkam. Ada surau di sini.






Diluar kawasan Yehliu ini dipenuhi dengan penjaja makanan. Ambil gambar kepelbagaian jenis makanan yg dijual. Seafood terutamanya sumber laut utama di kawasan ini. Maka pelbagai jenis seafood yang dikeringkan juga turut dijual. 









Balik dari Yehliu kami menaiki bas juga untuk balik ke Taipei Main Station..Berjalan kaki kira kira 10 minit untuk menunggu bas. Memang mudah ke sini dari bandar Taiwan, tidak perlu guna agen. Google juga banyak membantu dan panduan dari blog blog oleh penulis yang pernah menjejak kaki. Pukul 4.30 kami tiba di Taipei Main Station dan adik kami Kathy pun sudah tiba di situ dari MRT Airport yang baru berkesempatan join kami untuk hari kedua. Kami beriringan balik ke hostel untuk berehat dahulu. 

Waktu malam kami ke Xemending pasar malam 












 Teh susu mutiara atau [teh] boba ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an. Diperbuat dari bebola ibu kayu kenyal. Dapat lihat gula melaka yang dimasak. Trend minuman masa kini. 

Oleh itu memang kena rasa juga minuman ini. Macam macam perasa dengan boba ini.Harga antara NT 70 hingga NT 100.








Ini rupanya tauhu busuk yang terkenal. Kenapa panggil busuk? Rupanya sbb tauhu ini direndam dalam air terlalu lama hingga mengeluarkan bau busuk




Malam kami sempat ke Xamendang pasar malam yang sangat happening. Menikmati pemandangan malam, perut mula berkeroncong minta diisi makanan berat. Google map dan kami menuju ke arah Mall kerankedai makan Vege Creek yang menawarkan makanan vegetarian.Kami.memilih sayur sendiri dan dimasukkan kedalam satu beg. Satu beg untuk satu jenis sup dan boleh pilih jenis mee. Dah kenyang petlahan lahan jalan kaki balik ke hostel lebih kurang 20 minit perjalanan. Wah...cara hidup sihat asyik berjalan sahaja.










Good night Taipei
Happy Birthday Adik


No comments: