Total Pageviews

18 December 2019

Panduan Membina Jadual Waktu Guru Bimbingan Dan Kaunseling







Salam semua. Sudah nak penutup sesi 2019 dan oleh kerana esok adalah mesyuarat pengurusan sekolah yang pertama, maka saya siapkan jadual waktu bimbingan dan kaunseling saya untuk diraso sebanyak 65 keping bagi diletakkan di semua kelas, di pejabat dan di tempat tempat strategik untuk makluman semua warga sekolah.

Jadual waktu kaunselor realitinya adalah fleksible berdasarkan perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana rencam tugas yang dijalankan oleh guru kaunseling berdasarkan skop kerja mereka. Namun jika jadual waktu dirancang dengan baik dan yang istimewanya jadual waktu guru kaunseling dirangka sendiri oleh guru kaunseling, maka kita boleh merancang perjalanan aktiviti harian, mingguan malahan tahunan kita dengan lebih berkesan. Saya akan menyerahkan satu salinan jadual waktu ini juga kepada jawatankausa relief agar dapat block masa saya menjalankan sesi kaunseling dan aktivti relief boleh diberikan pada waktu kelas bimbingan atau pada waktu yang bukan sesi kaunseling yang dijalankan melalui adjustment aktviti lain. Dengan ini kita dapat mengawal KPI dan kerja buat sebagai guru kaunseling.

Berikut saya kongsikan panduan untuk anda merangka jadual waktu guru kaunseling yang berkesan mengikut keperluan sekolah anda.

Mengikut surat pekeliling pelaksanaan dan pematuhan dasar perkhidmatan kaunseling di sekolah KPM 2017, sasaran kerja GBK adalah 32 waktu  seminggu. Namun apabila bercakao ttg waktu..ia bergantung kpd sekolah. Sekolah saya 1 waktu hanya 30 minit yg mana sesi kaunseling dari mula pengurusan murid hadir untuk mengisi data dan sesi kaunseling dan terus membuat laporan adalah 2 waktu. Sasaran KPM 5 individu seminggu  bagi kaunseling individu mengambil masa minimum antara 40 minit hingga 60 minit bagi seorang individu . Mungkin bagi sekolah yg menggunakan satu waktu 40 minit dapat mencapainya. Maka saya anggap 5 sesi ialah 10 waktu. Jika lebih..kita boleh membuat lebih sesi kaunseling individu.

Bimbingan kelas dibolehkan tidak melebihi 8 masa seminggu mengikut pekeliling perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi kelas relief yang diberikan. Oleh kerana itu kelas bimbingan memang 8 masa saya letakkan.


Jika sekolah anda membuat jadual utk 36 waktu seminggu tiada masalah asalkan sasaran kerja GBK mengikut pekeliling tersebut dalam seminggu iaitu 5 waktu sesi individu, 1 waktu sesi kelompok, 8 waktu kelas bimbingan, 8 waktu program empat fokus bidang dan 10 waktu pengurusan.
Jika lebih tiada masalah, jika kurang yg bermasalah.


Congrats Farhan!
UPKK flying colour

No comments: