Total Pageviews

19 December 2019

Panduan Oleh Guru Kaunseling Untuk Murid Memilih Pakej KSSM Ting 4


Suasana kaunter UBK kami melayan pemilihan pakej KSSM ting 4. 





TIPS MEMILIH ALIRAN YANG SESUAI
Bersediakan murid ting 3 2019 melangkah ke tingkatan 4 dan sudah bersediakah dengan pilihan masing-masing dan bersedia mengikuti pembelajaran sewaktu bermula penggal satu persekolahan? Jika anda berada dalam dilemma memilih pakej mata pelajaran elektif yang sesuai di tingkatan empat, maka perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan sebagai panduan untuk anda memilih mengikut pencapaian akademik, minat anda dan kecergasan pelbagai anda untuk mengikuti subjek selama 2 tahun dengan perasaan gembira 

1) Pencapaian  gred keseluruhan PT3 anda terutama subjek Sains Dan Matematik dan selaras dengan PBD penilaian bilik darjah untuk band subjek.

2) Psikometrik minat kerjaya anda? Jika pencapaian akademik anda melayakkan anda ke mana-mana aliran sekali pun, yang memuktamadkan keputusan itu ialah psikometrik anda. Kemanakah minat anda membawa anda?

3) Kecenderungan kecergasan pelbagai anda kongruen atau selaras dengan minat kerjaya anda sebagai satu signal bahawa ia merupakan kursus yang dipilih adalah menepati minat dan bakat anda.


Mari kita tengok apakah pakej KSSM ting 4 2020 dan bagaimana 3 perkara diatas perlu dipertimbangkan untuk membantu murid membuat pilihan terbaik.













KELAS  ELEKTIF STEM 
a) MATA PELAJARAN SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN
b) MATA PELAJARAN SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI 


MARKAH PT3 
Mata pelajaran pakej a) dan b) di atas memerlukan minimum C/C untuk Sains Dan Math atau jika mendapat kombinasi C/D atau C/E perlu dilihat bersama Inventori Minat Kerjaya dan IKP murid untuk dipertimbangkan

 SKOR PENILAIAN BILIK DARJAH (PBD)  
PBD (Penilaian Bilik Darjah) memberi autonomi kpd guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. Ia membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Band 6 paling terbaik kerana murid mampu menzahirkan idea yg kreatif dan inovatif, berupaya membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yg sesuai dan bertatasusila.  Oleh itu  minimum band 4 diperlukan untuk Sains Dan Math kemasukan ke pakej STEM bagi mata pelajaran Sains Tulen dan Matematik Tambahan serta Sains Gunaan Dan Teknologi.



TRAIT PSIKOMETRIK MINAT KERJAYA

Trait Investigatif adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang diperolehi untuk psikometrik. Anda perlu mempunyai trait investigatif dalam 3 kod Holland : Cth:  IAS, RIA, SAI

Investigatif: Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.


Jika ingin mengambil pakej c iaitu sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif sains gunaan dan teknologi dan mengambil ekonomi dan perniagaan perlu memiliki trait enterprising dalam kod IMK :
Enterprising : Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan. perniagaan dan keusahawanan. Wujud suasana pengaruh, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.



Inventori Kecekapan Pelbagai 

Skor pada setiap kotak yang mewakili konstruk tertentu membawa maksud konstruk tersebut adalah tinggi untuk 75% hingga 100% , sederhana 50% hingga 74% , dan rendah iaitu 0 hingga 49%.

Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:

Logik Matematik

Suka bekerja dengan nombor, menganalisis situasi,hendak tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi,menunjukkan ketepatan dalam menyelesaikan masalah, bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian yang tepat

Konstruk visual ruang : (contoh elektif berminat dengan Rekacipta, Grafik Komunikasi Teknikal)
Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Individu ini bantu membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Individu yang mempunyai ciri ruang visual ini juga baik dalam menyelesaikan puzzle dan boleh menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkait antara objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea visual dan ruang berkecenderungan dalam imaginatif dan kreatif. 

Kinestetik : (jika berminat dengan sains sukan atau kelas Mata Pelajaran Vokasional)
Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.

Konstruk naturalis (jika berminat dengan Biologi, Lestari, Pertanian)
:Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. 


Kekuatan :  
1) Boleh menyambung pengajian dalam asasi sains, matrikulasi, pengajian tingkatan enam yang berdasarkan kepada bidang sains, perubatan, kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi 
2) boleh menyambung pengajian ke bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan, sains komputer, rekabentuk, teknologi pembuatan , perakaunan dan lain -lain





KELAS ELEKTIF STEM 
MPV (MATA PELAJARAN VOKASIONAL)

Gred PT3 dan PBD
Menguasai 3M membaca, menulis dan mengira

MARKAH PT3 
 Lulus Bahasa Melayu 

 SKOR PENILAIAN BILIK DARJAH (PBD)  

PBD (Penilaian Bilik Darjah) memberi autonomi kpd guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. Ia membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Band 6 paling terbaik kerana murid mampu menzahirkan idea yg kreatif dan inovatif, berupaya membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yg sesuai dan bertatasusila.  Oleh itu  minimum band 4 Bahasa Melayu  untuk kemasukan ke pakej STEM bagi mata pelajaran MPV  kerana kerja-kerja projek memerlukan murid dapat menulis laporan dan tatacara 




Keputusan Psikometrik
Trait R realistik adalah terbaik dalam kod 3 Mata Holland Inventori Minat Kerjaya kerana suka bekerja dengan persekitaran mesin atau benda.
Realistik : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.


Keputusan Inventori Kecekapan Pelbagai perlu mempunyai skor yang tinggi pada
Apakah itu verbal ruang?
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.  Individu gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukisdan menterjemah imej secara visual. 

Konstruk naturalis untuk aliran akuakuktur, tanaman makanan dan katering : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. 


Kekuatan: 

1) Beban akademik yang paling minimum bagi murid yang lemah penguasaan akademik 
2) Akan menerima sijil SPM apabila memenuhi syarat pensijilan SPM dan Sijil Mata Pelajaran Vokasional 
3) Boleh menyambung pelajaran di peringkat sijil dan diploma di universiti, politeknik, kolej kemahiran, kolej komuniti yang menjurus kepada perniagaan , reka bentuk fesyen, hospitaliti, reka bentuk media dan sebagainya

Cabaran:
1) Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kursus  bentuk kemahiran  dan potensi masa hadapan yang lebih cerah jika menyambung dengan kursus yang sama. 








PAKEJ ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS

Contoh elektif Ekonomi, Perniagaan, Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan


Gred PT3 dan Band PBD berdasarkan gred 
Matematik sekurang-kurangnya gred C dengan band 4 PBD Matematik jika Prinsip Akaun diambil bersama pakej Matematik Tambahan.  

Jika mengambil subjek Perniagaan atau Ekonomi Asas tanpa mengambil pakej Prinsip Akaun, barulah gred PT3 Matematik sama ada D/E malahan ada yang gagal.


Keputusan Psikometrik

Trait Konvensional untuk subjek Perakunan dan trait Enterprising untuk aliran Ekonomi Asas atau Perniagaan adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang diperolehi untuk psikometrik.

Enterprising : Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan. perniagaan dan keusahawanan. Wujud suasana pengaruh, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Konvensional : Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.  


Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:


Logik Matematik
Suka bekerja dengan nombor, menganalisis situasi,hendak tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi,menunjukkan ketepatan dalam menyelesaikan masalah, bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian yang tepat

Interpersonal (ITE)
Kecerdasan yang membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta memberi motivasi kepada orang lain. Kecerdasan interpersonal yang baik memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Sebab itu mereka mampu berasa sensitif dan memhami emosi, perasaan , fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Murid -murid ini belajar berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya.





Kekuatan    
1)Kelas yang memerlukan kekuatan data dan pengiraan tetapi kurang penghafalan jika dibandingkan dengan pakej STEM mata pelajaran sains tulen dan matematik tambahan atau sains gunaan dan teknologi
2) Alternatif aliran kelas bagi murid yang mendapat pencapaian yang agak baik bagi PT3 tetapi tidak   berminat ke  pakej STEM dan psikometriknya juga mempunyai kod teori Holland Enterprising atau Konvensional

Cabaran
1) Jika kelas tersebut tidak mengambil Matematik Tambahan, automatik dia tidak layak memohon untuk meneruskan pengajian ke matrikulasi dan asasi
2) Namun demikian peluang ke universiti dan kolej masih laya untuk kursus yang berkaitan dengan kewangan, perakaunan, pengurusan, perniagaan.



PAKEJ KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS: 
MATA PELAJARAN KESENIAN 


Gred PT3 Dan PBD
Jika berminat dengan mana -mana sastera maka kekuatan minimum B untuk subjek tersebut. Contohnya, Bahasa Ingeris jika ingin mengikuti Kesusasteraan Bahasa Inggeris dengan band yang lebih baik dari 3 ke atas.


Keputusan PSIKOMETRIK MINAT KERJAYA

Artistik : Daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang. Mempunyai aspirasi yang tinggi dan menghargai seni kreatif 
Kod Holland IMK menunjukkan trait artistik pada 3 kod utama contohnya seperti ASE, SAI, RIA


Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:


Konstruk muzik : (untuk aliran muzik)
kecerdasan muzik berkebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendeskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Individu berupaya menggunakan set asas atau elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada bunyi atau muzik.

Kinestetik (untuk aliran muzik dan kesenian):
Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.


Kekuatan:
1) Boleh melanjutkan pelajaran dalam kesenian dan murid yang berbakat dan mempunyai elektif dalam kesenian adalah satu bonus untuk mengikuti program selepas SPM 




PAKEJ ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS

Contoh elektif Bahasa Dan Pengajian Islam

Gred PT3 Dan PBD
Jika berminat dengan mana -mana sastera maka kekuatan minimum B untuk subjek tersebut. Contohnya, Bahasa Ingeris jika ingin mengikuti Kesusasteraan Bahasa Inggeris dengan band yang lebih baik untuk PBD dari 3 ke atas.


TRAIT INVENTORI MINAT KERJAYA

Artistik : Daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang. Mempunyai aspirasi yang tinggi dan menghargai seni kreatif 

Sosial : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.


INVENTORI KECERGASAN PELBAGAI

Apakah itu verbal linguistik? (untuk aliran kesasteraan)
kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahiran meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan.

Kekuatan:
1) Murid boleh terus melanjutkan pelajaran dalam bidang khas tersebut seperti agama dalam bidang agama atau jika berminat dalam sastera Bahasa Inggeris , boleh terus menyambung Bahsa Inggeris ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang bahasa.


Everyone have second chance
Everytime you wake up in the morning
You choose to rise up or down :)
You choose....




6 comments:

Anonymous said...

Tahniah dan terima kasih kak atas perkongsian.. jelas dan memudahkan.. semoga lebih maju jaya🥰

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih semoga dimanfaatkan

noraidashuib said...

Terima kasih cikgu nurhaiza di atas perkongsian ilmu.
Sangat bermanfaat perkongsian cikgu dan halalkan ilmu yang saya ambil ini.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

sama sama. ye saya halalkan ilmu yg anda ambil

Noriyah said...

Assalamualaikum kak,nak tanya subjek Geografi ni pada pandangan akak boleh je diambil oleh murid yg sederhana pencapaian dalam PT3.Adas guru yg nak anak murid yg pandai lebih3 lagi kelas depan ambil.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummusalam

Saya perlu melihat pada pakej yang ditawarkan. Ini kerana Geog boleh sahaja diambil oleh murid pencapaian baik hingga ke pencapaian lemah. Jika ditawar pada murid pencapaian baik, ia memerlukan kombinasi . mungkin strategi sekolah tersebut untuk membantu mengekalkan kelebiahan kredit pada subjek elektif andaikata kombinasi pakej yang lain aras kesukarannya adalah tinggi