Total Pageviews

18 January 2020

Bengkel AJK Kokurikulum Di SMKDTHO











Memenuhi jemputan dari PK Kokurikulum untuk mengendalikan slot kepimpinan Bengkel AJK Kokurikulum yang terdiri dari Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha persatuan, permainan dan badan beruniform di sekolah ini. 

Saya mengendalikan slot selama 2 jam 30 minit dan aktiviti yang dijalankan ialah ciri - ciri kepimpinan badan kokurikulum dan cara membuat kertas kerja.

Slot kepimpinan dengan mengenal pasti kekuatan diri melalui pandangan orang lain terhadap kita hingga menjawat jawatan pemimpin.

Mengenal pasti kesukaran untuk menjadi pemimpin dengan berbincang dengan rakan rakan yang sama mempunyai kesukaran trait personaliti tersebut. Contohnya sukar adil akan berada satu kumpulan dengan ahli ahlinya juga sukar berlaku adil dan berbincang mengenai topik tersebut. Kumpulan lain akan memberi input cadangan yang perlu dilakukan bagi mengatasi kesukaran tersebut.

 Kemudian slot seterusnya membina kertas kerja saya kongsikan bagaimana menulis kertas kerja. Pengerusi, naib pengerusi dan setiausaha akan berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan membuat draf kertas kerja di atas kertas mahjung. SEtiap kumpulan mempunyai idea yang berbeza dan kepelbagaian tajuk untuk menulis kertas kerja memberikan idea kepelbagaian aktiviti yang boleh dijalankan oleh mereka.

Pembentangan dibuat secara gallery walk dan mencungkil bakat murid dalam pengucapan awam, merancang dan melontarkan kepelbagaian idea dalam kumpulan. 

Terima kasih buat semua peserta dan urusetia


Bonding with sisters
Cendol and laksa Sepang
then
Mee hon sup Sg Ramal Food Court :)
















No comments: