Total Pageviews

16 January 2020

Bengkel Penetapan Target SPM 2020 Dan Hala Tuju Pendidikan





Hari ini saya menjemput En Mustaffa Abdullah Perunding Hala Tuju Pendidikan. 

Ceramah sangat padat dgn maklumat mengenai bagaimana mencapai target berdasarkan minat, kelulusan yg diperlukan, universiti yg menawarkan kursus untuk mencapai cita cita impian anda. 

Pengiraan meritokrasi ditekankan agar murid mengetahui subjek apa yg perlu disasarkan dan gred berapa yg diperlukan. 

Saya mempunyai koleksi bahan bantu yang dibekalkan oleh En Mustaffa iaitu set pengiraan merit dan buku panduan yg mempunyai pelbagai kursus di IPT. Memang boleh diakses di internet tetapi En Mustaffa menyusunnya dalam bentuk buku yg cantik, begitu juga nota-nota pengiraan merit yg saya edarkan kpd setiap murid untuk dirujuk sewaktu relief kelas. Saya membeli 50 set tahun lepas dan sangat berguna digunakan ketika relief kelas tingkatan 5 dan 4. Lebih tersusun dan menarik minat murid. 

Semoga psikometrik Kematangan Kerjaya dapat dijawab murid dgn baik dan intervensi untuk murid yg masih kabur dapat dikurangkan. 




Semoga ketabahan mengharungi kesukaran
Semoga pelangi terbit selepas hujan
Semoga redha dengan ujian
Dugaan bersilih dugaan
Aku yakin denganmu teman
Mampu hadapi segala tekanan
Akukan setia menjadi peneman
Mendengar segala luahan :(













No comments: