7 January 2020

Minit Mesyuarat Agung Kelab Kerjaya SMK Cheras 2020



Assalammualaikum semua. Hari ini aktiviti mesyuarat agung Kelab Kerjaya. Tahun ini wujud dua kelab baru iaitu Kelab Fotografi/Sidang REdaksi dan Kelab Doktor Muda. Tahun lepas 7 orang ahli Kelab Kerjaya terdiri dari pasukan team MyCherasian TV sekolah dan 5 orang Sidang Redaksi, Bila kelab baru dibuka , saya dah hilang 11 murid tingkatan 5 yang aktif huhu sebab mereka wajib masuk dua kelab itu. 
Manakala Kelab Doktor Muda pula pada tahun lepas bergerak dengan bayangan Kelab Kerjaya kerana semua murid Kelab Kerjaya tingkatn 4 adalah ahli Kelab Doktor Muda juga. Maka apabila Kelab Doktor Muda dibuka secara formal, saya kena supply murid tingkatan 5 yang ada pengalaman dalam aktiviti Kelab Doktor Muda untuk menerajui Kelab Doktor Muda pula. Maka yang tinggal 13 orang sahaja murid tingkatan 5 . Jadilah...dari tiada. 

Tahun ini kekuatan 48 murid ahli Kelab Kerjaya. Murid murid ting 2 sesi petang naik ke sesi pagi paling ramai dalam Kelab Kerjaya tahun ini kerana semua PRS petang saya dialu alukan ke Kelab Kerjaya untuk meudahkan pergerakan aktiviti kami plus dengan ahli Kelab Kerjaya yang sedia ada :)
Caiyok caiyok untuk tahun ini mengekalkan kecemerlangan Kelab Kerjaya sebagai kelab terbaik sekolah setiap tahun ....







MINIT MESYUARAT AGUNG
KELAB KERJAYA 2020

NAMA UNIT : KELAB KERJAYA

GURU PENASIHAT : 1. PN NURHAIZA BINTI CHE MAT
                                   2. PN ROZINANI BINTI AWANG


1.  UCAPAN ALU-ALUAN
Pn Nurhaiza mengalu-alukan kedatangan ahli baru ke kelab kerjaya dan  memulakan mesyuarat dengan undian perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu .

2. Perkara-Perkara Yang Dibincangkan 

     2.1 Perlantikan Ahli Jawatankuasa.

          Mesyuarat telah bersetuju melantik ahli jawatankuasa yang baharu .

telah bersetuju melantik ahli jawatankuasa yang baharu .


     

       BIL.
                         NAMA
                 JAWATAN
           1.
     MUHAMMAD FARIETZ BIN SHARANI
               PENGERUSI
          2.
    HANIF NAZMI BIN MOHD YUNAZRAN
          NAIB PENGERUSI
          3.
      SHASA SAZIRAH BINITI ABDULLAH        
      
             SETIAUSAHA
          4.
      NUR AQILAH BINTI MOHD RAFEE             
             NAIB SETIAUSAHA
         5.
      DHINAKARASARRAMA
             BENDAHARI
         6.
      MUHAMMAD DANISH SHAH BIN         KHAIRUDDIN
            AJK TINGKATAN 5
         7.
      MUHD FADHLI DZIL IKRAM BIN RUSHDAN
            AJK TINGKATAN 5
        8.
      MUHD ALIF BIN ABDUL JAFFAR
              AJK TINGKATAN 5
        9.
      SYED ALIM ALAUDDIN BIN SYED ROSLI
              AJK TINGKATAN 5
       10.
      ADRIYANA EMMIELIYA BINTI MOHD KHAIRUL HAFEEZ
              AJK TINGKATAN 4
      11.
      SITI NUR ASHIKIN BINTI FAISAL           
             AJK TINGKATAN 3
      12.
      NUR AFIFAH BINTI PAHAZERI
              AJK TINGKATAN 3




     2.2.1         Harapan kepada semua jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas
    dengan amanah dan penuh bertanggungjawab . Selain menjadi ‘role model’ atau
     pelajar contoh kepada ahli yang lain .
2.2.2         Ahli jawatankuasa boleh dilucutkan jawatan sekiranya tidak menjalankan tugas
                 dan tanggungjawab yang diamanahkan
2.2.3        Semua ahli perlu memberikan kerjasama dan sokongan kepada semua
                jawatankuasa                       


2.2 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN


BIL.
AKTIVITI
TARIKH
1.
MESYUARAT AGUNG
7.1,2020
2
RIMUP TAHUN BARU CINA
29.1.2020
3.
ICE BREAKING DAN VISI KERJAYA
12.2.2020
4.
VIDEO KREATIF NILAI SAHSIAH KERJAYA
26.2.2020
5.
MULTMEDIA PENJELAJAHAN KERJAYA
29.4.2020
6.
PERTANDINGAN EKSPLORACE KERJAYA
10.6.2020
7 & 8
RIMUP HARI RAYA
13.6.2020
9
PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA KERJAYA
15.7.2020
10
SAYANGI MALAYSIAKU:JEJAK KERJAYA 
19.8.2020
11
SAYANGI MALAYSIAKU
9.9.2020
12
PENILAIAN PAJSK
30.9.2020
























1.     KEHADIRAN
Kehadiran adalah wajib . Murid yang tidak hadir 3 kali akan diberi surat amaran . Kehadiran untuk setiap program perlu direkodkan.

2.3.2   PENYERTAAN / PENGLIBATAN
Semua ahli wajib menyertai aktiviti sekurang-kurangnya peringkat sekolah .
Peringkat penglibatan tertinggi adalah sehingga peringkat antarabangsa.

Sila dapatkan pengesahan daripada guru pembing atau guru pengiring sekiranya murid terlibat dengan pertandingan peringkat zon dan lain-lain.

Penyertaan murid-murid akan diambilkira sama ada murid menjadi peserta , penyokong atau memberi khidmat sebagai jawatankuasa sesuatu program atau pertandingan.

Semua maklumat perlu disahkan oleh guru pembimbing atau guru pengiring ke dalam Buku Kokurikulum Murid.

Sila maklumkan kepada guru penasihat untuk segera ( jangan tunggu hingga akhir tahun )- tunjuk Buku Kokurikulum sebagai bukti.

Guru Penasihat akan merekod dalam ruangan penglibatan murid dalam Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum.

2.3.3       PENCAPAIAN

Markah pencapaian akan diambilkira sekurang-kurangnya untuk peringkat sekolah hingga tempat ke lima.
Minta guru pengiring atau guru pembimbing untuk mengesahkan pencapaian dalam Buku Kokurikulum.

2.3.4       Murid-murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam setiap unit kokurikulum yang disertai supaya mendapat markah yang cemerlang.

2.4             PERATURAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI
      -Pakaian: Setiap Rabu wajib memakai pakaian seragam unit uniform masing-masing dengan lengkap
      -Masa perjumpaan : 7.30 hingga 9  pagi
      - Disiplin : Sentiasa berpakaian kemas dan hadir di setiap perjumpaan seperti yang dijadualkan.
     - Kutipan yuran : RM 5 setahun

3.0  HAL-HAL LAIN
       Mengadakan aktviti perkhemahan BBQ luar sekolah dengan yuran RM20



4.0 PENUTUP 
Pn Nurhaiza Bt Che Mat mengucapkan terima kasih kerana telah memilih Kelab Kerjaya sebagai kelab persatuan . Ahli diingatkan untuk sentiasa hadir pada setiap perjumpaan Kelab Persatuan dan diharap semua ahli jawatankuasa dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.00 pagi

Saya yang menjalankan tugas,                                                Disahkan Oleh,

                                                                                   
(SHASA SAZIRAH BINTI ABDULLAH)                            ( NURHAIZA BT CHE MAT)
SETIAUSAHA
KELAB KERJAYA                                                                GURU PENASIHAT
KELAB KERJAYA






Kendera Kehidupan 
Dah sampai sekolah :)


2 comments

Assalamualaikum puan. terima kasih atas perkongsian puan. puan, saya nak mnta pendapat puan, ada x sekolah rendah yg boleh dicadangkan utk kami buat penanda aras bg bimbingan dan kaunseling? sy dari sabah puan.

waalaikummussalam

di Kuala Lumpur ini, antara sekolah rendah yang pernah mendapat pengiktirafan adalah SK Bukit Maluri, SK Setiawangsa, SK Desa Tasik

 

Telegram Channel