14 February 2020

Kelab Kerjaya: Modul Membina Teka Silang Kata Kerjaya


AKTIVITI KELAB KERJAYA
TAJUK   : PEMBINAAN TEKA SILANG KATA KERJAYA
HARI     : RABU
MASA   : Satu jam
TARIKH : 12 FEBRUARI 2020

OBJEKTIF:
  1)   Ahli Kelab Kerjaya mengetahui cara membina permainan teka silang kata kerjaya
22)     Ahli Kelab Kerjaya dapat mengenal pasti kepelbagaian kerjaya dalam persekitaran kerjaya yang 
        berbeza.
33)     Ahli Kelab Kerjaya dapat meningkatkan maklumat mengenai nama pekerjaan melalui permainan.

LANGKAH-LANGKAH
11)    Pengerusi memberikan kata-kata aluan dan menerangkan aktiviti hari ini dan objektif aktiviti yang    ingin dicapai selama 5 minit
22)   Ahli Kelab Kerjaya dibahagikan kepada beberapa kumpulan selama 5 minit
33)  AJK Kelab Kerjaya bertugas sebagai fasilitator yang akan memberikan penerangan kepada ahli kumpulan
44)  Fasilitator menerangkan cara membina teka silang kata kepada ahli kumpulan masing-masing selama 10 minit.
55)   Fasilitator meminta ahli kumpulan membina teka silang kata bertema. Contohnya pekerjaan yang terdapat di hospital, pekerjaan yang berkaitan dengan sains, atau teka silang kata berkaitan dengan spesifikasi pekerjaan itu sendiri.
66)   Ahli kumpulan diminta berbincang memilih tajuk dalam masa 5 minit.
77)   Ahli kumpulan mula membina teka silang kata bertema bersama-sama ahli kumpulan dalam masa 25 minit sebanyak 10 – 15 soalan sahaja.
88)  Ahli kumpulan menguji teka silang kata yang dibina untuk mengenal pasti ralat dan membina skema jawapan selama 10 minit.
99) Teka silang kata yang telah siap, dikumpulkan oleh setiausaha untuk digunakan pada perjumpaan seterusnya.


     Strenght doesn't come from what you can do
   It comes from overcoming  the things you once tought you could not
-Significance quote for today-






 

Telegram Channel