Total Pageviews

7 February 2020

Slot Mentor Mantee: Modul Penetapan Matlamat







Program Mentor Mantee kali ke 4 adalah penetapan matlamat. Kali ini saya gunakan pula waktu slot sahsiah sesi pagi iaitu pukul 7.30 pagi - 8 pagi hari Jumaat. Saya sharekan modul yang saya serahkan pada guru -guru tingkatan selaku mentor 1 dan guru mentor 2 kelas juga untuk slot penetapan matlamat ini




PROGRAM MENTOR –MANTEE
TAJUK   : PENETAPAN MATLAMAT
HARI     : JUMAAT
TARIKH : 7 FEBRUARI 2020
OBJEKTIF:
1)      Murid mengetahui membuat penetapan matlamat dalam subjek akademik mengikut gred peperiksaan dengan bimbingan guru

LANGKAH-LANGKAH
1)      Guru menyerahkan borang penetapan matlamat
2)      Guru meminta murid menyenaraikan gred peperiksaan iaitu A, B, C, D, dan E dalam ruang  u PPT peperiksaan pertengahan  tahun,  dan  ETR peperiksaan akhir tahun. Bagi murid tingkatan 1 dan 2, ruang PP/PPT dikosongkan. Bagi murid tingkatan 2, TOV boleh dilengkapkan dengan mengisi gred peperiksaan akhir tahun 2019 . Bagi murid tingkatan 1, TOV dikosongkan.
3)      Murid mengisi nama dan tingkatan di ruang di bawah dan menandatangani borang tersebut
4)      3 minit terakhir , murid –murid dalam kelas mengangkat ikrar dengan diketuai oleh ketua kelas dengan menggunakan ayat di perenggan terakhir borang penetapan matlamat
5)       Ayat ikrar adalah seperti berikut

Kami dari tingkatan_______________ berikrar dengan ini akan berusaha bersungguh –sungguh bagi mencapai kejayaan yang disasarkan dalam peperiksaan tahun 2020. Kami akan memberikan tumpuan kepada pengajaran guru, mengulangkaji pelajaran, mengisi masa dengan berfaedah dan  menghormati guru dan ibu bapa saya. 

6)      Guru mengumpulkan semula borang penetapan target dan menyimpannya untuk diserahkan kepada ibu bapa sewaktu Hari Pelaporan Akademik untuk ditandatangani oleh ibu bapa dihadapan guru.


Terima kasih atas kerjasama semua guru.


Semoga istiqamah
First class 2020 session
Surau Al Ikhlas 










No comments: