8 February 2020

Slot Sahsiah PEKA SAMA: Cegah Buli


Sumbangan PRS tahun ini adalah dalam projek pembinaan karaktor sahsiah murid atau sinonim dengan PEKA SAMA. Murid PRS aktif dalam menyediakan video kreatif dan koleksi video kreatif PRS melebihi 10 tema dan telah memenangi pelbagai pertandingan dalam penghasilan video kreatif. Oleh itu, satu slot disediakan kepada PRS dalam menyebarluaskan pengajaran dari video kreatif yang dibina pada setiap hari Khamis pada pukul 12.00 hingga 12.30 tengah hari dengan bertemakan sahsiah pada bulan tersebut.

Yang signifikannya adalah setiap kali ada isu yang melibatkan satu topik disiplin murid, maka topik tersebut akan diketengahkan untuk memberkan pengajaran kepada murid. Video kreatif berkisahkan mengenai setting di sekolah sendiri dengan budaya dan persekitaran sekolah yang signifikan untuk menjentik hati murid. Video merupakan satu medium cepat yang menarik murid untuk kekal menonton berbanding ceramah dengan huruf huruf pada power point.  

Sebelum memulakan slot, murid diuji dengan soalan -soalan yang berkaitan dengan isu disiplin tersebut untuk menguji sejauh mana pemahaman murid terhadap isu disiplin itu. Setiap kali selesai satu slot, ujian kuiz akan diberikan untuk mengetahui pemahaman murid mengenai sesuatu topik yang dibentangkan. Impaknya murid sudah boleh memberikan maklum balas mengenai topik yang dibincangkan.

Terima kasih kepada Ayuni Amanina atas perkongsian slot hari ini.


When your bestfriend 
Struggle with hard time..




















 

Telegram Channel