Total Pageviews

31 March 2020

Sesi Bimbingan Mentor Mantee



Hari PKP ke 14..dan esok bermula fasa2 PKP.. Refer kat jadual hari Rabu adalah hari intervensi bersama mantee 5 Ibnu Rusyd sama ada saya berjumpa individu atau kelompok dari murid murid kelas 5 Ibnu Rusyd.

Dah 2 minggu lebih tidak bercakap dgn mereka maka hari ni saya hi hi dan bertanya khabar dan sempat memberikan bimbingan kelompok mengenai semakan  kenyataan SPM yg perlu mereka semak. Maklumlah musim PKP tidak dapat sign kenyataan semakan SPM masing masing secara live maka macam macam cara edit bhgn sign asalkn mereka dapat menunjukkan kpd saya mereka telah sign kenyataan semakan SPM masing masing. Mula mula kami menyemak angka giliran dan make sure kenyataan SPM masing masing adalah betul. Mereka perlu sign dgn kreativiti masing masing dan sent semula kpd saya
Jadilah ...sekurangnya mantee 16 murid yg dapat saya berkomunikasi hari ini untuk menunjukkan mereka ada, sihat dan responsif dgn komunikasi dua hala. Yang senyap dalam group whatsapp tu saya call seorang demi seorang maklumlah senyap tu membawa banyak maksud. Lebih kurang 2 jam juga berinteraksi dgn mereka dan dihujung ayat..

Jaga diri baik baik anak anak ye dan dibalas "cikgu juga tau jaga diri baik baik'
alahai anak anak 😍

31.3.2020
Online brg pasar
#rindujejakpasar


30 March 2020

Intervensi Minda Sihat Melalui Soal Selidik Permasalahan Murid


Hari Isnin mood bekerja diaktifkan dalam tempoh PKP ini, hari ini saya menebarkan soal selidik masalah murid melalui analisa saringan 1 minda Sihat yang telah saya jalankan sekitar Februari. Seramai 250 murid melalui saringan ini dan hasilnya 75 murid skor teruk dan sangat teruk




Langkah 1 adalah menjalankan soal selidik permasalahan murid dan Minggu depan bermula perjumpaan sepatutnya dan minggu ini adalah meminta murid saringan 1 yang dikenal pasti mempunyai saringan DASS yang teruk untuk memberikan maklum balas mengenai permasalahan dalam soal selidik masalah murid


Setelah itu, baru kita dapat mengumpulkan murid murid ini mengikut kes sama ada masalah diri sendiri, masalah dengan rakan, masalah dengan guru atau masalah dengan keluarga. 

Belum dapat analisa sepenuhnya masalah murid untuk kaunseling berfokus minda sihat, namun tertinggi pada bahagian A iaitu masalah pada diri sendiri. Antara soalan dalam bahagian 1 adalah..







Dari analisa di atas, di dapati skor punca paling tinggi pada
1) Tidak yakin dalam melakukan sesuatu perkara
2) rasa rendah diri
3) terlalu lemah dalam beberapa subjek

dalam bimbingan dalam bentuk bengkel untuk semua murid saringan 2 minda sihat ini ialah bengkel penghargaan kendiri dan peningkatan kemahiran interpersonal. 

bagi sesi kaunseling individu akan fokus kepada 22 murid yang mendapat skor sangat teruk dan gaya daya tindak yang rendah dan sederhana dahulu yang akan dibahagikan kepada 3 kaunselor.

Manakala 52 murid dibahagikan kepada sesi kaunseling kelompok menggunakan modul meningkatkan gaya daya tindak dan kemahiran IDEAL dengan 6 kelompok yang mana saya akan mengendalikan kelompok peserta Minda Sihat Ting 5 dan Ting 4, manakala Rozi mengambil subjek Ting 3 dan Ting 4 dan Azlina mengambil murid Ting 1 dan Ting 2.

Bulan Jun saringan kedua akan dijalankan dan semoga murid mendapat skor yang lebih baik



ITEM
PENYATAAN
BIL. YA
%
BAHAGIAN A : MASALAH TERHADAP DIRI SENDIRI
1
Terlalu lemah dalam beberapa mata pelajaran
28
64%
2
Tidak yakin dalam melakukan sesuatu perkara
32
73%
3
Rasa rendah diri
28
64%
4
Malu bertanya apa yang tidak faham
20
45%
5
Sering tidak faham semasa guru mengajar
7
16%
6
Lemah semangat
10
23%
7
Mengidap sesuatu penyakit
7
16%
8
Menghadapi gangguan orang lain
13
30%
9
Tidak berminat untuk belajar
2
5%
10
Tidak dapat mengurus masa seharian dengan sempurna
18
41%
11
Lemah daya ingatan
20
45%
12
Kecewa dalam percintaan
10
23%
BAHAGIAN B: MASALAH DENGAN RAKAN
1
Selalu diganggu
11
25%
2
Menaruh hati pada seseorang
19
43%
3
Berselisih faham dengan rakan karib
19
43%
4
Teman karib telah membenci anda
5
11%
5
Teman seorang penagih dadah, inhalan dan salahlaku seks
0
0%
6
tiada teman karib
1
2%
7
tiada galakan dan dorongan dari teman-teman
2
5%
BAHAGIAN C: MASALAH DENGAN GURU
1
Terdapat guru yang dibenci
6
14%
2
Terpikat dengan guru
4
9%
3
Guru terlalu garang
6
14%
4
Sering diabaikan
10
23%
5
Guru selalu mencemuh / menghina
9
20%
BAHAGIAN D: MASALAH DENGAN KELUARGA
1
Ibu bapa bercerai
2
5%
2
Ibu bapa sering bergaduh
5
11%
3
Bapa sering tidak pulang atau pulang lewat
2
5%
4
Terpaksa buat kerja rumah yang banyak
13
30%
5
Terpaksa bekerja untuk membantu keluarga
0
0%
6
Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran
1
2%
7
Adik beradik ramai
7
16%
8
Tidak cukup perbelanjaan harian
3
7%
9
Sering bergaduh dengan adik beradik
15
34%
10
Ada ahli keluarga yang menagih
0
0%
11
Bekerja untuk menampung perbelanjaan sendiri
1
2%
12
tiada kemudahan asas
0
0%
13
Ibu atau bapa telah meninggal dunia
1
2%
14
Sering bergaduh dengan ibu bapa tiri
0
0%
15
Tiada dorongan untuk berjaya dari keluarga
3
7%
16
Ibu bapa tidak memahami
12
27%
17
Masalah lain yang tidak dinyatakan di atas
10
23%




Day 13 PKP
Stay strong Liza
Hug and love from us...