Total Pageviews

24 March 2020

e-psikometrik Inventori Trait Personaliti T4: Pelan Intervensi





Hari ini saya online inventori personaliti murid tingkatan 4 pula dan mendapati 170 murid telah memberikan maklumbalas terhadap e psikometrik ITP tingkatan 4. jadilah tinggal 30 lebih je nak kejar lagi.. sekurang-kurangnya saya sudah dapat membuat analisis dan key in dalam sistem sepkm :)

Oleh itu pelan intervensi adalah merupakan
1) 20 murid terlibat sesi kaunseling individu kerana skor rendah resilen dan tinggi kritik diri
2) sesi bimbingan kelompok personaliti kepimpinan dihormati kepada murid -murid pemimpin sekolah yang mempunyai kelayakan untuk dilantik sebagai AJK tertinggi lembaga pengawas sekolah
3) sesi bimbingan kelompok ahli PRS tingkatan 4 mengenai potensi diri


Dari analisa saya mendapati 20 murid yang akan dipanggil untuk sesi kaunseling individu apabila saya mendapati skor resilien mereka sangat rendah dan skor kririk diri mereka sangat tinggi. Corak personaliti ini akan menimbulkan konflik dalam diri yang perlu saya tangani dan membimbing mereka meningkatkan lagi resilien diri mereka. 

Satu juga membuat profiling untuk personaliti ahli ahli PRS saya maklumlah last mereka menjawab inventori ini sewaktu di tingkatan satu dan kita boleh semak sekali lagi tahap personaliti masing masing dan potensi untuk memegang jawatan penting dalam PRS.

Di sekolah saya , pemilihan jawatankuasa tertinggi pengawas juga akan dirujuk profiling mereka pada unit kaunseling untuk memberikan mata merit potensi diri pemimpin sekolah.




PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 2018 
INVENTORI TRET PERSONALITI
Contoh
SKOR ITP
AUTONOMI
KREATIF
AGRESIF
EKSTROVERT
PENCAPAIAN
50%
30%
40%
20%
50%
KEPELBAGAIAN
INTELEKTUAL
KEPIMPINAN
STRUKTUR
RESILIEN
50%
40%
30%
40%
50%
MENOLONG
ANALITIKAL
KRITIK DIRI
WAWASAN
KETELUSAN
60%
50%
50%
40%
50%

PETUNJUK PENERANGAN SKOR
KONSTRUK ITP
SEDERHANA (40%-60%)
TINGGI (70%-99%)
AUTONOMI
Seorang yang mempunyai ciri-ciri autonomi pada tahap sederhana dari segi keakuran, kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti harian.
Seorang yang suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan, sangat berdikari dan yakin dalam membuat keputusan
KREATIF
Seorang yang mempunyai ciri-ciri kreatif pada tahap sederhana.
Seorang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan karya kreatif yang original dan tidak suka kerja yang berstruktur.
AGRESIF
Seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga hati dan perasaan orang lain.
Seorang individu yang agresif. Anda berani dan suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.
EKSTROVERT
Seorang yang bersederhana dalam pergaulan sosial: Berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan persekitaran.Biasanya, rakan-rakan anda sealiran dengan anda.
Seorang yang peramah, suka bergaul (outgoing), bekerja dalam kumpulan, suka menghadiri majlis keramaian, yakin bercakap di hadapan orang ramai dan bersikap positif.
PENCAPAIAN
Seorang yang mempunyai tahap motivasi dan pencapaian yang sederhana.
Seorang yang sangat bermotivasi, sukakan persaingan dan berorientasikan kecemerlangan.
KEPELBAGAIAN
Seorang yang mempunyai tahap kepelbagaian yang sederhana.Anda seorang yang kurang fleksibel, sederhana anjal dan mengambil masa untuk melakukan perubahan.
Seorang yang suka kepada perubahan dan perkara-perkara baru. Kerja-kerja rutin sangat membosankan anda.
INTELEKTUAL
Seorang yang mempunyai tahap sederhana dari segi aktiviti yang mencabar minda , ilmu pengetahuan, akademik dan ilmiah.
Seorang yang suka kepada aktiviti yang mencabar minda dan berbentuk keilmuan, mempunyai daya ingin tahu yang tinggi.
KEPIMPINAN
Seorang yang mempunyai tahap kepimpinan yang sederhana.Hanya boleh memimpin kumpulan-kumpulan kecil.
Seorang yang mempunyai ciri kepemimpinan yang tinggi, tegas, bijak membuat keputusan dan suka menjadi ketua.Anda juga mempunyai inisiatif, daya penggerak yang tinggi dan boleh mempengaruhi orang lain.
STRUKTUR
Seorang yang mempunyai ciri personaliti struktur di tahap sederhana.
Seorang yang suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.
RESILIEN
Seorang yang mempunyai ciri-ciri ketahanan psikologi pada tahap sederhana.(Ada sifat cuba jaya dan ikhtiar)
Seorang yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dari aspek fizikal, mental dan emosi serta akan menghabiskan semua tugas yang diberikan.(Semangat juang yang tinggi, berjiwa kental, asertif tinggi, ikhtiar bersungguh-sungguh, dan berkobar-kobar)
MENOLONG
Seorang yang mempunyai ciri-ciri menolong di tahap sederhana.(Simpati dan penglibatan dalam aktiviti kebajikan di tahap sederhana)
Seorang yang mempunyai sifat empati yang tinggi, prihatin, peka, mudah menghulurkan bantuan secara sukarela.
ANALITIKAL
Seorang yang tahap kepekaan dan pemerhatian terhadap persekitaran adalah sederhana. Seorang yang teoritikal dan praktikal.
Seorang yang peka terhadap persekitaran, suka membuat pemerhatian dan menganalisis diri sendiri, orang lain, dan persekitaran.(Perlu bukti sahih dan page 2 / 3 berasaskan fakta)
KRITIK DIRI
Seorang individu yang stabil dari aspek emosi dan psikologi. Seorang yang suka muhasabah diri, kenal pasti kekuatan & kelemahan serta sentiasa mempertingkat kemajuan diri.
Seorang yang sering berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah, resah dan cemas terhadap apa yang dilakukan. Individu yang mendapat skor melebihi 80% dicadangkan berjumpa guru kaunseling.
WAWASAN
Seorang yang selesa dan berpuas hati dengan pencapaian dan keadaan semasa. (Matlamat dan objektif setakat ada sahaja, tiada enthusiasm: Anda individu berjaya)
Seorang yang mempunyai daya imaginasi dan cita-cita yang tinggi, serta dapat menjangkau pandangan yang jauh. Anda mempunyai hala tuju, visi dan misi yang jelas. (Saya yang menentukan masa: Anda individu yang cemerlang
KETELUSAN
50%-99% Seorang yang tidak telus ketika memberi maklum balas terhadap item-item inventori. Dapatan tret personaliti tidak menepati personaliti diri sendiri. Ketelusan individu digambarkan dengan skor yang rendah.


Kawalan pergerakan day 7
Stay at home

No comments: