Assalammualaikum semua
SEmoga semua sihat setakat kawalan stay at home ini masih berlangsung. Hari keenam iaitu hari yang sepatutnya cuti sekolah sudah berakhir. emoga kita bersama-sama mendoakan agar wabak COVID ini berlalu pergi.
Terima kasih kepada epsikometrik yang telah kami gunakan hampir 5 tahun. Dari 2016-2017 pengunaan 100 peratus komputer di sekolah , 2018 penggunaan 95% komputer dan 5% penggunaan android pada telefon bimbit , 2019 penggunaan 70% komputer dan 30% telefon bimbit dan pada tahun ini kami memaksimumkan penggunaan telefon bimbit dengan 70% manakala 30% menggunakan komputer di sekolah. Murid dimaklumkan terlebih dahulu untuk membawa telefon bimbit ke sekolah secara berjadual mengikut giliran kelas.
Sudah dua hari saya meminta murid murid menjawab psikometrik ting 5 melalui hebahan dalam group whatsapp guru guru kelas. Alhamdulillah 165 murid tingkatan 5 sudah memberikan maklum balas dan menunggu lagi 40 orang sahaja yg belum memberi respon.
Sekurang-kurangnya saya sudah dapat membuat analisa dan merangka intervensi IKK ini untuk dijalankan sebaik sahaja sekolah dibuka.
Keputusan psikometrik IKK untuk tingkatan 5 mengikut peratus tahun ini ialah seperti berikut:
TING
|
DOMAIN SIKAP
|
DOMAIN KECEKAPAN
|
IKK
|
||||||
R
|
S
|
T
|
R
|
S
|
T
|
R
|
S
|
T
|
|
5 ALPHA
|
41.6
|
58.4
|
66.7
|
33.3
|
62.5
|
37.5
|
|||
5 BETA
|
50
|
50
|
75
|
25
|
62.5
|
37.5
|
|||
5 GAMMA
|
42.8
|
57.2
|
57.2
|
42.8
|
42.8
|
57.2
|
|||
5 AL FARABI
|
22.7
|
54.6
|
22.7
|
3.1
|
53.1
|
43.8
|
9.3
|
68.8
|
21.9
|
5 ALKHAWARIZMI
|
8.7
|
56.5
|
34.8
|
56.5
|
43.5
|
4.3
|
69.6
|
26.1
|
|
5 AL BIRUNI
|
20
|
55
|
25
|
45
|
55
|
75
|
25
|
||
5 AR RAZI
|
21
|
33
|
46
|
26
|
50
|
34
|
4.2
|
70.8
|
25
|
5 IBNU SINA
|
50
|
50
|
57
|
43
|
78.5
|
21.5
|
|||
5 IBNU RUSYD
|
25
|
75
|
25
|
75
|
100
|
Rangka Intervensi Untuk Ting 5 2020 ialah
1) Sesi kaunseling individu : 9 orang murid yang mendapat IKK rendah
2) Bimbingan intervensi kelas kepada 5 Al Farabi, 5 Ar Razi dan 5 Ibnu Rusyd
3) Bimbingan kelompok untuk murid kelas 5 Al Biruni yang mendapat skor rendah untuk domain sikap.
Apa yang saya akan buat dengan kelas kelas ini? Saya akan kongsikan sewaktu sesi intervensi dijalankan di sekolah langkah demi langkah.
Dibawah ini sebagai rujukan perincian domain dan untuk guru kaunseling memilih intervensi berdasarkan skor yang terendah yang boleh disemak dalam keputusan setiap murid.
PENERANGAN INVENTORI KEMATANGAN KERJAYA (IKK)
DOMAIN SIKAP
|
||
BIL
|
SUBDOMAIN
|
KETERANGAN
|
1
|
Ketentuan
dalam membuat keputusan kerjaya
|
Individu
berkemampuan untuk menetapkan pilihan kerjaya yang dikehendaki tanpa
keraguan.
|
2
|
Penglibatan
dalam membuat keputusan kerjaya
|
Individu
melibatkan diri dalam aktiviti pemilihan kerjaya seperti membuat pembacaan,
penerokaan, kajian berkaitan bidang kerjaya dan tokoh-tokoh kerjaya.
|
3
|
Kebebasan
dalam membuat keputusan kerjaya
|
Individu
membuat pemilihan kerjaya sendiri tanpa dipengaruhi oleh persekitaran.
Contohnya pengaruh ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan sebaya atau orang
dewasa yang signifikan.
|
4
|
Orientasi
dalam membuat keputusan kerjaya
|
Individu
jelas dengan kecenderungan minat kerjaya dalam membuat pemilihan kerjaya
seperti hala tuju, penyediaan perancangan, mengkaji kekuatan dan kelemahan
dan membuat strategi.
|
5
|
Kompromi
dalam membuat keputusan kerjaya
|
Individu
boleh bertolak ansur dalam membuat pemilihan kerjaya dari aspek kehendak
kelayakan akedemik, peluang dan prospek kerjaya.
|
DOMAIN KECEKAPAN
|
||
BIL
|
SUBDOMAIN
|
KETERANGAN
|
1
|
Mengenal Diri
Sendiri
|
Individu
berupaya membuat keputusan kerjaya berdasarkan kelebihan diri, kebolehan dan
minat kerjaya.
|
2
|
Maklumat
Pekerjaan
|
Individu yang
mengetahui tentang maklumat pra pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan,
latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya.
|
3
|
Pemilihan
Matlamat/ Pekerjaan
|
Individu
mampu membuat keputusan kerjaya berdasarkan latar belakang pendidikan, minat,
kebolehan dan pengalaman.
|
4
|
Rancangan
Kerjaya
|
Individu
mampu merancang kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan. Merancang dan
menentukan halatuju kerjaya seperti persediaan pendidikan, kemahiran yang
diperlukan dalam bidang kerjaya.
|
5
|
Penyelesaian
Masalah Kerjaya
|
Individu
mampu menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya. Persediaan kendiri
seperti surat menyurat, resume, temuduga, latihan dan lain-lain.
|
INTERPRETASI SKOR :
SKOR PERATUSAN
|
INTERPRETASI SKOR
|
PENERANGAN
|
75%
-100%
|
TINGGI
|
Murid
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid
melibatkan diri secara aktif dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang
diminati seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko
pekerjaan. Hasil daripada maklumat yang diperoleh, murid merancang kerjaya
dan bersedia berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.
|
50%
- 74%
|
SEDERHANA
|
Murid mempunyai keyakinan
diri yang sederhana dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid kurang aktif
melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti
kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil daripada
maklumat kerjaya yang sedikit, murid kurang keyakinan merancang kerjaya dan
kurang bersedia berhadapan risiko serta mempunyai konflik dalam membuat
keputusan kerjaya.
|
0%
- 49%
|
RENDAH
|
Murid tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid
tidak melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati
seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan.
Murid tidak mempunyai maklumat kerjaya, tidak mampu murid merancang kerjaya
dan akan berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.
|
#COVID 19
#stay at home
4 comments
Salam, mcmmana nak dapat e psikometrik IKK ni, mohon tunjuk ajar. Tq 😍❤️
Waalaikummussalam
e psikometrik merupakan sistem dalam eklien kami hasil inovasi team UBK SMK Cheras yg menang johan amalan terbaik kaunseling tahun 2016 peringkat kebangsaan. pembina utama haed ware sistem ini ialah Cikgu padali yang telah bertukar ke KpM . Namun dia mengambil upah untuk kos membina sistem ini untuk sekolah sekolah. Boleh hubungi maklumat di bawah
Maklumat lanjut boleh dapat melalui:
*Blog: dekssystem.blogspot.my*
*FB: Sistem Dashboard e-Kaunselor Sekolah - Deks System*
*whatsapp - www.wasap.my/60123749081*
Tahniah untuk pembinaan e-psikometrik ini.
Bagaimana saya boleh menggunakan kemudahan ini?
Tahniah untuk pembinaan e-psikometrik ini.
Bagaimana saya boleh menggunakan kemudahan ini?