Rasa blur blur hari ini ..selepas menyiapkan jurnal untuk jurnal pendidikan dateline hari ini dan semalaman menyiapkan sambil menonton tv dari malam hingga ke senja gitu.
Tapi dah janji dengan anak -anak buah guru kaunseling pudu untuk buat google classroom guru kaunseling, maka hari ini kita on je. Bengkel saya untuk guru kaunseling nak belajar je saya on insha Allah time berkurung ni boleh bantu
Mengapa Google Classroom (GC)diperlukan ?
platform kementerian pendidikan maka wajiblah guna peluang yang ada cuma ada GBK tidak tahu aPa, mengapa dan bagaimana membinanya untuk kelas guru kaunseling
Apa yang perlu ada
Bahan -bahan sebaran outreach kita
Kuiz untuk murid pun boleh
Attachment pelbagai kaedah dalam 4 bidang kaunseling
Kaedah masuk 2 cara:
- masuk sekaligus macam macam ada
- Masuk sikit sikit dan buat iklan mellalui whatsapp mari mari hari ini cikgu nak bagi bahan.....
- Bagaimana mebuka kelas untuk guru kaunseling
1.Anda menganggap google classroom (GC)ini macam bilik kaunseling anda, murid akan datang ke bilik anda. Begitulah konsep GC UBK ini, semakin banyak bahan anda semakin tertarikla murid ke situ dengan promosi anda
2. Anda boleh invite menggunakan email murid ke bilik kaunseling anda
atau memberi kod kelas kepada murid murid anda
3. Satu kod kelas GC boleh dikongsi dengan partner-partner yang ada di sekolah dan sama sama bertindak selaku admin dalam GC UBK. Siapa yang post bahan dalam GC itu masih lagi namanya yang naik sebagai penyumbang bahan. Maka ...apa yang penting? Kerjasama
4. Atau kita buka GC UBK dan invite partner bersama sebagai admin GC UBK. Dan partner pula buka GC prs dan invite kita admin bersama.
Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada bagaimana akses murid anda terhadap internet dan bahan dan bagaimana sambutan murid murid di sekolah terhadap bahan bahan online ini untuk diakses
Adakah wajib ?
Terpulang pada sekolah anda jika mewajibkan semua guru membuka kod kelas dan menggunakan platform google classroom maka wajib juga pada kita.
Jika suam suam kuku, nak buat takpe tak nak buat pun takpe...maka tepuklah dada tanya hati kerana ia adalah ALTERNATIF sahaja untuk pelbagaikan kaedah intervensi anda
Berapa kelas GC yang boleh dibuka oleh GBK
Cadangan
1) Buka kod kelas UBK satu sahaja dan murid diberi kod kelas anda
2) Buka 3 kod kelas iaitu untuk prs, kod kelas untuk kelab kerjaya dan kod kelas untuk ubk so lebih khusus untuk kategori murid tersebut sahaja untuk aktiviti
3) Buka kod kelas UBK mengikut tingkatan ia bermakna ada 5 kod kelas
Jadi hari ini dan Isnin lepas, kami mengintai bahan bahan dalam kelas GC guru kaunseling yang lain untuk mendapat idea.
Hahaha saya rasa GC dummy untuk coaching guru ini dipenuhi dengan student student saya yang terdiri dari guru-guru sahaja.
Yang penting jangan takut dengan ICT, peganglah dan gunakanlah tanpa was was ahaks..
Yang murid suka dengan online, akan menyinggah atau sudi masuk kod kelas GC kita. Biarlah mula mula 1 then 2...dan lama lama berkembanglah ia.
Hujan petang yang lebat..selebatnya
Gelapnya cuaca
Tetiba terasa bestnya mandi hujan....
2 comments
assalamualaikum, saya fatin. terima kasih atas perkongsian google classroom kaunseling. saya nak tanya macam mana ya nak cari bahan dan apa bahan yang sesuai untuk gc kaunseling ni? boleh kongsikan serba sikit ilmu google classroom kaunseling? terima kasih. Boleh sy dapatkan email kaunselor?
Waalaikummussalam Fatin
Bahan dalam GC seperti outreach dan kesedaran mengenai covid, kuiz , nota psikososial.
Boleh hubungi sy pada email nurhaiza.gk2019@gmail.com