13 April 2020

Tutorial Portal Digital Learning SMK Cheras

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
Selamat malam Malaysia..

Hari ini merupakan antara hari yang bersejarah kerana team kami team inovasi digital learning SMK Cheras inisiatif pengetua En Jamil yang terdiri dari 3 AJK pibg iaitu En Seprian, puan Yuri dan pn Neez selaku pembina sistem serta 3 guru iaitu saya, pn farah dan pn narin yang kan membantu pengurusan portal dan admin bantuan untuk warga sekolah beserta 4 ketua bidang selaku mengawal kualiti bahan untuk upload dalam portal.

pelancaran secara dalam alam maya dan saya sertakan tutorial untuk pengguna mudah log in ke portal ini.




1. Tekan link berikut https://bit.ly/dl-smkc
akan terpapar paparan ini


2. Anda akan berada di paparan ini. Sila lihat paparan di sebelah atas kiri anda yang telah saya bulatkan merah.




3. Klik di situ akan keluar paparan seperti berikut dan klik menu pembelajaran


4. Paparan berikut pula akan keluar
5. Swipe/ Leretkan ke atas
6. Paparan berikut akan keluar dari ting 1 hingga ting 5
    

7. Pilih mana mana tingkatan dan klik pada nombor tersebut. Contohnya tingkatan 5




8. Akan keluar paparan subjek subjek ting 5. Swipe/ leret ke kiri pula untuk melihat subjek subjek ting 5
9. Pelbagai subjek akan kelihatan. Contohnya anda ingin merujuk subjek Matematik. Leret ke atas untuk melihat subtopik

10. Pilih sub topik dalam subjek Math tu dan klik attachment


11. Kelihatan bahan bahan pembelajaran ikut subtopik pada subjek tersebut 


12. Buat undo di telefon anda untuk ke paparan sini semula


13. Boleh ke menu lain pula. Cthnya eparent. Klik situ



14. Paparan ini akan keluar. Pada e parent ada ikon temujanji kaunselor maknanya pilih tarikh jumpa kaunselor, temujanji guru kelas pilih tarikh jumpa guru kelas, ecadangan dimana ibu bapa boleh membuat aduan dan cadangan. esharing pula adalah sesi luahan masalah dan akan diemailkan perkongsian masalah itu terus ke email guru kaunseling yg anda pilih.



Selamat mencuba.


Berikut tutorial untuk log in portal digital learning melalui komputer

1) 1. Tekan link berikut https://bit.ly/dl-smkc
akan terpapar paparan ini

2} Klik menu Pembelajarn



3)  Paparan berikut pula akan keluar. Leret ke atas

4) Akan keluar paparan berikut





5) Boleh ulang tengok arahan no 7 hingga seterusnya pada penggunaan portal di handphone

Saya share tutorial secara video untuk paparan di komputer yang boleh dirujuk dalam video pelancaran sila klik link ini Video Tutorial Digital Learning SMK Cheras

Klik di sini Video Pelancaran Portal Digital Learning SMK Cheras



Selamat mencuba ye.



Nasi daging in the house
First trial..hikmah PKP






 

Telegram Channel