Total Pageviews

18 September 2020

SLAID KEMASUKAN KE SM TEKNIK 2021

 


Hari ini kami menjemput guru kaunseling dari SM Teknik KL yang berjiran dengan kami untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan Kemasukan Ke SM Teknik KL. Selain mengenai sekolah teknik ini, penceramah menyelit juga mengenai kemasukan ke SM Vokasional. 


Sempena Minggu Kerjaya sepanjang dua minggu ini, intervensi psikometrik , ceramah kemasukan ke sekolah teknik dan vokasional telah dijalankan hari ini dan aktiviti untuk pertandingan karnival kaunseling kerjaya daerah


Sila klik untuk slaid 

SLAID TAKLIMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2020


Sila klik di sebelah untuk maklumat kolej vokasional dan teknik 

MAKLUMAT KOLEJ VOKASIONAL DAN TEKNIK


Sila klik cara memohon:


APLIKASI PERMOHONAN KE SEKOLAH KHUSUS


Sila klik slaid makluman umum

MAKLUMAT UMUM PKSK

Nota dari gbk teknik

*KEPADA RAKAN2 GBK* 

Salam hormat. 

Pasti rakan2 gbk masih perlukan pencerahan ttg sistem Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) utk mohon ke Sekolah Khusus kan, terutamanya utk kemasukan ke SM Teknik 2021?

 💡 *Apa yg rakan2 perlu tahu?* 

🔰 Sistem ini bukan gantian kpd peperiksaan awam iaitu UPSR & PT3. 

🔰 Ia guna kaedah *single entry point* (means diselenggara oleh satu pusat induk shj). 

🔰 *PKSK* merupakan satu pentaksiran (umum), *bukan berbentuk exam yg sukar.* Ia ada 3 bahagian, Bhg.A & Bhg.B (secara online - MCQ), Bhg.C (secara bertulis). 

🔰 Sistem ini membantu setiap sekolah khusus utk memilih calon pelajar yg bakal diterima masuk melalui PKSK. 

🔰 Hanya pelajar yg mengisi permohonan online & menduduki PKSK sahaja yg akn dipertimbangkan utk diterima masuk ke sekolah khusus. *Means PKSK adalah WAJIB & dijadikan PRASYARAT.*
 
🔰 Rayuan juga melalui permohonan online *(bagi calon yg belum ditawarkan sahaja, bukan calon yg baru ingin memohon).* 

🔰 *Tiada lagi istilah walk-in* utk ambilan tahun 2021.

🔰 *Tiada lagi kuota personal* utk penawaran masuk calon. 

 ‼️ *Tindakan segera calon & persediaan:* 

1️⃣ Isi permohonan kemasukan secara online *(WAJIB ISI ONLINE - Tarikh Tutup 02/10/2020)* di laman sesawang berikut,
📡 *https://spskt4.moe.gov.my* (Apply Tahun 1 SVM di KV & Apply Form 4 di SBP, SMKA, SMT & MTD)

2️⃣ Sila pilih tempat @ pusat utk menduduki PKSK ketika isi permohonan kemasukan (online).

3️⃣ *Semakan pusat utk menduduki PKSK* pada 12 Okt - 6 Nov 2020 (Ting. 4)

4️⃣ *PKSK* akn dijalankan pada 26 Okt - 6 Nov 2020 (Ting. 4). 

📌 Calon perlu hadir ke pusat PKSK tersebut utk menduduki PKSK *(WAJIB)* . Tarikh & tempat utk hadir akn dimaklumkan dlm sistem ketika semakan dibuat dlm perkara 3 di atas.
📌 Sila bawa bersama *MyKid @ MyKad, slip menduduki PKSK & ALAT TULIS SENDIRI.* 

5️⃣ *Keputusan tawaran* pada 5 Feb 2021 (Ting. 4). 📌 Calon perlu alert, sekiranya tidak berjaya, segera buat rayuan secara online. 

6️⃣ *Pendaftaran* Ting. 4 pada 23 Feb 2021. 

7️⃣ *Permohonan rayuan (secara online)* pada 5-19 Feb 2021 (Ting. 4). 

🌹 *EXTRA INFO* 🌹

1⃣* Permohonan ke SM Teknik*
✅ 9 SMT seluruh negara:
      1.  SMT Johor Bahru, Johor
      2.  SMT Melaka
      3.  SMT Tuanku Jaafar, N9
      4.  SMT Kuala Lumpur, Cheras
      5.  SMT Alor Setar, Kedah
      6.  SMT Tunku Abdul Rahman Putra, P. Pinang
      7.  SMT Terengganu
      8.  SMT Kuantan, Pahang
      9.  SMT Sejingkat, Sarawak
✅ Syarat khusus permohonan *(memperolehi Tahap Penguasaan 4 PBD bg BM, BI, MATHS, SAINS, RBT/ASK)*
✅ Keputusan PKSK.
✅ 5 jurusan yg ditawarkan"
      1.  Kejuruteraan Awam
      2.  Kejuruteraan Elektrik &    Elektronik
      3.  Kejuruteraan Mekanikal
      4.  Perdagangan
      5.  Pertanian
✅ 10 mata pelajaran wajib utk SPM:
      * 5 mp teras:- BM, BI, Maths, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral
      * 5 mp elektif:-
      -  *Jurusan Kejuruteraan* - Fizik, Kimia, Maths. Tambahan, Lukisan Kejuruteraan & Pengajian Kejuruteraan Awam/Elektrik & Elektronik/Mekanikal
        - *Jurusan Perdagangan* - Fizik, Kimia, Maths Tambahan, Prinsip Perakaunan & Pengajian Keusahawanan.
        - *Jurusan Pertanian* - Fizik, Kimia, Maths. Tambahan, Biologi & Sains Pertanian.

Sumber rujukan:
 - Taklimat Penyelarasan Strategi Pengambilan & Outreach Kemasukan Murid Ke KV/SMT Ambilan 2021 (BPLTV)



Bonding with mak again..
Weekend yang ditunggu tunggu :)

No comments: