Total Pageviews

8 February 2021

Kertas Kerja Ganjaran Kehadiran Kelas Dan Murid Terbaik Ting 5 Ke Sekolah

 

Murid kehadiran terbaik mendapat sijil dam buku..dan makanan western percuma. 

Kelas 5 Alpha mendapat mkn percuma pilihan sama ada satu set chicken chop  dan aiskrim, satu set spageti carbonara atau satu set steak with aiskrim.
Dapat pen dan fail setiap murid juga. 



Murid kehadiran terbaik. Memandangkan hanya murid ting 5 batch 2020 sahaja yang bersemuka maka laluan untuk mereka dahulu mendapat pengiktirafan. 

Murid kehadiran penuh dari tingkatan 1 hingga 5:

1.       Muhammad Farietz Bin Sharani   5 Alpha

 

Murid kehadiran penuh tahun 2020

1. Muhammad Zakuan 5 Khawarizmi

2. muhammad  nuur irfan  b ibrahim 5 Khawa


Murid tidak hadir sehari dalam tahun 2020

1.       ERICA EMELIN TANG BINTI MOHAMMAD RIDHUAN TANG           (5 Alpha)

2.       NUR AQILAH BINTI MOHD RAFEE  (5 Alpha)

3.       SANIA BINTI ABDUL AZIZ   (5 Alpha)

4.       NADIA FARHANA BINTI MOHD FAZLEY ( 5 Beta)

5.       NURSYAFIRA ALEEYA BINTI MOHD BUKHARI (5 Beta)

6.       MUHAMMAD DANISH SHAH BIN KHAIRUDDIN (5 Beta)

7.       LOKE KAH LEI  ( 5 Gamma)

8.       DHINAKARASARRMA A/L ANANTHAN (5 Biruni)


Kelas terbaik kehadiran

 

5 Alpha

Guru kelas : Amirah Bt Mohamad Kamil




Saya share kertas kerja. 

KERTAS KERJA 
GANJARAN ZOOM IN MURID DAN ZOOM IN KELAS

TERBAIK KEHADIRAN KE SEKOLAH

 

 

1.0            PENGENALAN

 

            Program Zoom In Murid diperkenalkan mulai tahun 2015 untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada tahun semasa. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi. Murid yang hadir penuh dari penggal pertama persekolahan hingga minggu kedua persekolahan bulan November akan diberikan ganjaran lawatan. Bagi Zoom In Kelas, untuk tahun 2020 diambil kira bagi kehadiran bersemuka sahaja dan peratus kehadiran terbaik ialah untuk kelas 5 Alpha

 

 

2.0       MATLAMAT

Menghargai murid yang mempunyai kehadiran penuh dan kelas yang tertinggi peratus kehadiran ke sekolah untuk tahun 2020.

 

3.0       TARIKH/ MASA/ TEMPAT

            9 Feb 2021

 

4.0       SASARAN

·         30 murid kehadiran terbaik ke sekolah

 

5.0       OBJEKTIF

            Melalui ganjaran dalam program Zoom In :

1)               Murid merasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk bersaing sesama

mereka   merebut ganjaran bagi meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.

2)               Murid dihargai dengan penganugerahan sijil penghargaan secara individu

untuk  kehadiran penuh manakala sijil penghargaan kelas untuk kelas bersama guru  tingkatan mereka bagi kelas terbaik.

3)                Murid dapat dianugerahkan ganjaran  sebagai penghargaan penuh ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah.

 

            6.0       KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

 

Output

100% murid kehadiran penuh menerima sijil penghargaan dan ganjaran dan 100% kelas terbaik kehadiran menerima sijil penghargaan dan ganjaran.

Outcome

Peratus kehadiran murid ke sekolah tahun ini meningkat berbanding tahun lepas sewaktu mula mula dikejutkan dengan wabak COVID 19

 

7.0     IMPLIKASI KEWANGAN


SUMBER KEWANGAN

         

BIL

PERKARA

SUMBER

BUTIRAN

1

Kehadiran terbaik individu

PCG Kaunseling

RM 300

2

Jamuan makan kelas

PCG Kaunseling

RM 300

 

 

ANGGARAN PERBELANJAAN

         

BIL

PERKARA

SUMBER

BUTIRAN

1

Cenderamata

PCG Kaunseling

   30 orang x RM 10 = RM 300

2

Western food 

PCG Kaunseling

 30 orang x RM 10 = RM 300

 

8.0       AHLI JAWATANKUASA

            Pengerusi : Encik Jamil Bin Jamaludin

                                 Pengetua

 

            Naib Pengerusi : Puan Marhaniza Bt Mahmud

                                           Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

            Setiausaha        : Puan Nurhaiza Bt Che Mat

            AJK Makanan                     : Puan Rozinani Bt Awang

                                     

          AJK Sijil Dan Cenderamata: Puan Nurhaiza Bt Che Mat

                     

9.0     STRATEGI PERLAKSANAAN

 

9.1     URUS SETIA

 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

           

9.2     JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

 

          8 Februari 2021

           

10.0    PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggung

jawab

Berlaku kesilapan dalam menaip sijil

Masalah kecuaian atau kesilapan teknikal

Menghubungi AJK Sijil untuk mendapatkan sijil yang baru

AJK Sijil

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN


          a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

 

                    1) Borang Penilaian Peserta

 

                    2) Borang Maklum Balas AJK

 

          b) Pemantauan Pencapaian Outcome


                    1) Melalui APDM: Peratus kehadiran murid tahun 2021                                         

 

12.0    PENUTUP

            Diharapkan agar program ganjaran Zoom In ini berjalan dengan lancar

dan  mencapai objektif yang diharapkan.

 

Disediakan oleh,     

                                     

           

            (Nurhaiza Bt Che Mat)

 Guru Kaunseling                

 

           

 

 Ulasan

           ________________________________________________________________           ________________________________________________________________           

          

 

            Diluluskan oleh,

 

 

          (Jamil Bin Jamaludin AMP)

          Pengetua

 

          Terima kasih atas D1 :) 











































No comments: