Total Pageviews

27 March 2021

JADUAL WAKTU GURU KAUNSELING 2021

 


Assalammualaikum semua..selamat malam

Mula bercuti sekolah rasa kena ada energizer , lepas doktor beri cuti sakit selama 7 hari rasa krik krik jap ...alooo doktor kenapa lama sangat :)

Then sambung cuti sekolah maka time cuti ni bolehlah kita start susun balik pengurusan untuk buka sekolah nanti. 

Hari ini saya share jadual waktu saya untuk tahun 2021. 

Tahun ini terlibat sebagai JU Kajian Tindakan untuk negeri . Jadi JU ni umpama coaching and mentoring ajar sampai jadi . Saya letak siap siap dalam jadual waktu saya memnadangkan saya juga penyelaras kajian tindakan sekolah. 

Dalam panduan membuat jadual waktu untuk kaunsleing, masa ialah 32 masa maka kena letak benda benda wajib cover dulu seperti kaunsleing individu, kelompok, 4 bidang perekayasaan perkhidmatan dan vengurusan perkhidmatan serta maksimum 8 masa bimbingan kelas untuk relief. Bagaimana kiraan 32 masa ini saya ada ajar dlm entri blog saya sebelum sebelum ini bertajuk panduan membina jadual waktu guru kaunseling. Maklumlah kita yg create jadual waktu sendiri, kalo guru akademik metwka diberi jadual waktu. 

yg saya kalerkan merah tu utk guru jadual waktu sekolah log dalam jadual sekolah utk guru relief tidak memberi relief sewaktu masa sesi kaunseling. 
Jadual waktu akan ditampal di kelas kelas dan di pejabat sekolah.

Tahun ni juga waktu balik sopenguraian murid satu sekolah . maklumlah tahun ni berfungsi dalam satu sesi sahaja, maka volunteer adalah cara terbaik dari pukul 1.30 hingga 2.30 membantu sekolah kerana melepaskan setiap tingkatan dengan jarak 10 minit dan membantu urusan di pagar. Maka tender waktu balik mengumumkan dengan pembesar suara ini ditender oleh kami guru kaunseling. Saya akan buat penggiliran antara kami. Kalau guru guru akademik sudah tentu sukar nak buat relief atau tallykan jadual waktu mereka selama sejam juga untuk penguraian murid ni dengan pembesar suara.

Waktu datang juga , selain dari mengalukan kehadiran murid di pagar, kami masih lagi akan buat aktiviti bugar emosi melalui pembesar suara . Maka saya buat penggiliran setiap minggu dengan dimulakan aktiviti saya akan mejalankan aktiviti penguraian minggu 1, Rozinani di pembesar suara untuk bugar emosi dan Azlina akan mengalukan kehadiran murid. Kemudian saya akan mengambil alih tugas Rozi pula, dan Rozi akan mengambilalih tugas Azlina dan Azlina akan mengambilalih tugas saya di minggu kedua , ketiga sehinggalah SOP COVID ini diumumkan sebaliknya.


Kelab juga online je tahun ni dengan murid balik awal dan bersedia untuk aktiviti kokurikulum secra dalam talian. aktiviti prs juga secara dalam talian.

Oh ye gerobok rezeki juga dibuka waktu rehat dan kami buka tiga kali seminggu . Saya uruskan murid ting 5 dan 4. 


Tahniah Hamizah dan Hazim
Semoga kekal hingga ke jannah






26 March 2021

Unit Kaunseling SMK Cheras: Unit Cemerlang HEM 2020

 Terima kasih barisan pentadbir atas penghargaan ini. Unit Kaunseling unit yg cemerlang utk tahun 2020. Walaupun tiada majlis anugerah pencapaian HEM dan Kokurikulum, UBK tetap diselit untuk pemberian sijil kecemerlangan hampir setiap tahun sejak anugerah HEM diwujudkan pada tahun 2010 rasanya. 

Buat pemangku HEM Puan Maheran yg telah hampir setahun memangku sebelum bergerak sebagai PK Kokurikulum di sekolah lain, terima kasih puan😊

Dalam keadaan COVID 19, tahun lepas dan unit HEM sibuk dgn pelbagai persiapan buka sekolah dgn SOP dan pelbagai aktiviti secara dalam talian. PK HEM yang tiada, menyebabkan pemangku HEM iaitu penolong kanan petang mengambil alih. Budaya menguruskan sesi petang sahaja seramai 200 org tiba tiba perlu menguruskan satu sekolah yg berjumlah 1100 murid dan pelbagai teknikal dan pengurusan pagi dan petang memerlukan penyesuaian gerak kerja dari pemangku HEM. Satu perkara yg saya tengok ttg Pn Maheran ini ialah kesudian terbuka menerima cadangan dan suka bertanya membuatkan kerjanya sangat laju dalam penyesuaian jawatan pemangku. Yg penting emosinya memang ceria orangnya.

Kami berbincang tak kira masa petang ke malahan malam nak ke tengah malam memguruskan pelbagai SOP dan aktiviti HEM. 

Semoga Pn Maheran cemerlang di tempat baru



Hari ini merupakan taklimat operasi buka sekolah tahun 2021 dan majlis untuk meraikan 9 guru super senior sekolah yang redeep kerana berkhidmat antara 19 hingga 20 tahun di SMK Cheras. Terselit juga tiba tiba majlis penghargaan untuk Unit Bimbingan Kaunseling. 

Selaku ketua unit, saya tukang ambil sijil penghargaan ini mewakili team UBK SMK Cheras WPKL. 

Terima kasih atas memori pencapaian sepanjang tahun 2020..

Buat 9 guru otai sekolah yg redeep masa bulan Mac yg lalu, anda semua inspirasi kami. Semoga terus bersilaturahim


Pot luck..full..operasi kemas kelas


25 March 2021

Mentor Mantee Kajian Tindakan Bertema Intervensi Semasa COVID 19



Perjumpaan pertama kami antara Jurulatih Utama Negeri PPD dan Guru Cemerlang KL dengan mantee kami yg dikenalpasti. Pembahagian mantee seramai 3 orang utk setiap mentor bagi memulakan kajian tindakan. 

Kami akan memulakan aktiviti coaching and mentoring bermula hari ini sehinggalah pada hari Konvensyen Persidangan Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan. 

Timeline telah diberikan dan bermula sebulan dari sekarang utk membuat pemerhatian dan refleksi terhadap isu isu yg boleh dijadikan kajian tindakan. 

Semoga dimudahkan urusan kami dan semoga semua mantee dapat menjalankan kajian tindakan. 





Senarai mantee dan mentor WPKL



 

BDR 
Home sweet home










24 March 2021

Mesyuarat Agung Majlis Guru Kaunseling KL 2021 Secara Dalam Talian


Tiba juga masa untuk meletakkan jawatan setelah 4 tahun menggalas tugas Timbalan Pengerusi MGKKL dari tahun 2018 hingga 2021. Semoga ukhwah antara kami terjalin erat walau kami sudah tidak bersama. 

Mesyuarat Agung MGKKL dijalankan ketika saya tak dapat join bersama sewaktu AGM. 

Tahniah kepada team MGKKL 2021/2023 yang baru yang diketuai oleh
YDP: En Mohd Azni Bin Abu Hassan (SMAWPKL)
Timbalan YDP : En Solehuddin Fung Bin Fung Kwok Ming (SMK Desa Petaling)
Naib YDP : En Mohd Lotfi Bin Yaakob ( SK Pengkalan Tentera Darat)

Semoga lebih berkreativiti , komited dan berdaya saing dalam menjalankan tugas

Saya share buku program yang dihasilkan oleh setiausaha Wani untuk berkongsi aktiviti yang dijalankan oleh 8 daerah menengah dan rendah selain dari aktiviti dari kami Jawatankuasa Induk Majlis Tertinggi MGKKL agar dapat memberikan idea kepada jawatankuasa MGK negeri atau daerah lain . 



Kenangan Majlis Tertinggi MGKKL sesi 2018-2019


Kenangan Majlis Tertinggi MGKKL sesi 2019-2021




Tambahan 

Travelog Ilmu: Cipta Bahagia Pada Waktu Sukar 10 Jun 2020



Inspirasi MGKKL 1/ 2020:  intervensi dan inovasi kesejahteraan minda 12 Nov 2020

Inspirasi MGKKL 2/ 2020:  intervensi murid berisiko cicir dan cicir 
19 nov 2020

Inspirasi MGKKL 3/ 2020:  Psikometrik JEPI dan WARNA
21 nov 2020

cetusan mgkkl : persiapan menghadapi peperiksaan dan meningkatkan motivasi 
I Dis 2020

Inspirasi MGKKL 4/ 2020:  
Bengkel Intervensi Projective Drawing Dalam Kaunseling
16 Dis 2020



Discaj...alhamdulillah sehari je wad B16
Thank you Doc and nurse 

22 March 2021

Lawatan Ukhwah PRS Dalam Talian:

Idea dari Cikgu Hasnan yg memang dikenali dalam perkhidmatan PRS. Kejurulatihan kursus PRS tahun lepas dijalankan secara dalam talian menggunakan google classroom , youtube dan tugasan pembentangan ada yg melalui google meet

Tahun ni apabila Cikgu Hasnan menyuarakan keinginan untuk mengadakan lawatan penandaaras secara dalam talian, ya agak praktikal juga memandangkan kita tidak boleh ke sana ke mari. 

Hasilnya...program lawatan ukhwah diadakan hari ini antara prs menengah atas SMK Cheras dan SMK A Tun Rahah. 

Antara aktivitinya

Ucapan aluan Pn Nurhaiza selaku guru tuan rumah

Ucapan aluan Cikgu Hasnan selaku guru pembimbing dari SMK A Tun Rahah

Ucapan aluan dari Pengerusi PRS SMK Cheras iaitu Nurazalia

Ucapan aluan dari Wakil PRS SMK A Tun Rahah. 

Sesi pembentangan aktiviti oleh PRS SMK Cheras

Sesi pembentangan aktiviti oleh PRS SMK A Tun Rahah


Semoga kedua dua buah sekolah mendapat manfaat dari perjumpaan ini. Mana yg sesuai boleh diamalkan. Selamat menjalinkan ukhwah. 

bahan bahan pembentangan dari PRS sekolah saya telah saya share dlm entri sebelum ini. 

good luck pemohon GC 2021!                        Done coaching isi borang :)






 







.