26 March 2021

Unit Kaunseling SMK Cheras: Unit Cemerlang HEM 2020

 Terima kasih barisan pentadbir atas penghargaan ini. Unit Kaunseling unit yg cemerlang utk tahun 2020. Walaupun tiada majlis anugerah pencapaian HEM dan Kokurikulum, UBK tetap diselit untuk pemberian sijil kecemerlangan hampir setiap tahun sejak anugerah HEM diwujudkan pada tahun 2010 rasanya. 

Buat pemangku HEM Puan Maheran yg telah hampir setahun memangku sebelum bergerak sebagai PK Kokurikulum di sekolah lain, terima kasih puan😊

Dalam keadaan COVID 19, tahun lepas dan unit HEM sibuk dgn pelbagai persiapan buka sekolah dgn SOP dan pelbagai aktiviti secara dalam talian. PK HEM yang tiada, menyebabkan pemangku HEM iaitu penolong kanan petang mengambil alih. Budaya menguruskan sesi petang sahaja seramai 200 org tiba tiba perlu menguruskan satu sekolah yg berjumlah 1100 murid dan pelbagai teknikal dan pengurusan pagi dan petang memerlukan penyesuaian gerak kerja dari pemangku HEM. Satu perkara yg saya tengok ttg Pn Maheran ini ialah kesudian terbuka menerima cadangan dan suka bertanya membuatkan kerjanya sangat laju dalam penyesuaian jawatan pemangku. Yg penting emosinya memang ceria orangnya.

Kami berbincang tak kira masa petang ke malahan malam nak ke tengah malam memguruskan pelbagai SOP dan aktiviti HEM. 

Semoga Pn Maheran cemerlang di tempat baru



Hari ini merupakan taklimat operasi buka sekolah tahun 2021 dan majlis untuk meraikan 9 guru super senior sekolah yang redeep kerana berkhidmat antara 19 hingga 20 tahun di SMK Cheras. Terselit juga tiba tiba majlis penghargaan untuk Unit Bimbingan Kaunseling. 

Selaku ketua unit, saya tukang ambil sijil penghargaan ini mewakili team UBK SMK Cheras WPKL. 

Terima kasih atas memori pencapaian sepanjang tahun 2020..

Buat 9 guru otai sekolah yg redeep masa bulan Mac yg lalu, anda semua inspirasi kami. Semoga terus bersilaturahim


Pot luck..full..operasi kemas kelas


 

Telegram Channel