27 March 2021

JADUAL WAKTU GURU KAUNSELING 2021

 


Assalammualaikum semua..selamat malam

Mula bercuti sekolah rasa kena ada energizer , lepas doktor beri cuti sakit selama 7 hari rasa krik krik jap ...alooo doktor kenapa lama sangat :)

Then sambung cuti sekolah maka time cuti ni bolehlah kita start susun balik pengurusan untuk buka sekolah nanti. 

Hari ini saya share jadual waktu saya untuk tahun 2021. 

Tahun ini terlibat sebagai JU Kajian Tindakan untuk negeri . Jadi JU ni umpama coaching and mentoring ajar sampai jadi . Saya letak siap siap dalam jadual waktu saya memnadangkan saya juga penyelaras kajian tindakan sekolah. 

Dalam panduan membuat jadual waktu untuk kaunsleing, masa ialah 32 masa maka kena letak benda benda wajib cover dulu seperti kaunsleing individu, kelompok, 4 bidang perekayasaan perkhidmatan dan vengurusan perkhidmatan serta maksimum 8 masa bimbingan kelas untuk relief. Bagaimana kiraan 32 masa ini saya ada ajar dlm entri blog saya sebelum sebelum ini bertajuk panduan membina jadual waktu guru kaunseling. Maklumlah kita yg create jadual waktu sendiri, kalo guru akademik metwka diberi jadual waktu. 

yg saya kalerkan merah tu utk guru jadual waktu sekolah log dalam jadual sekolah utk guru relief tidak memberi relief sewaktu masa sesi kaunseling. 
Jadual waktu akan ditampal di kelas kelas dan di pejabat sekolah.

Tahun ni juga waktu balik sopenguraian murid satu sekolah . maklumlah tahun ni berfungsi dalam satu sesi sahaja, maka volunteer adalah cara terbaik dari pukul 1.30 hingga 2.30 membantu sekolah kerana melepaskan setiap tingkatan dengan jarak 10 minit dan membantu urusan di pagar. Maka tender waktu balik mengumumkan dengan pembesar suara ini ditender oleh kami guru kaunseling. Saya akan buat penggiliran antara kami. Kalau guru guru akademik sudah tentu sukar nak buat relief atau tallykan jadual waktu mereka selama sejam juga untuk penguraian murid ni dengan pembesar suara.

Waktu datang juga , selain dari mengalukan kehadiran murid di pagar, kami masih lagi akan buat aktiviti bugar emosi melalui pembesar suara . Maka saya buat penggiliran setiap minggu dengan dimulakan aktiviti saya akan mejalankan aktiviti penguraian minggu 1, Rozinani di pembesar suara untuk bugar emosi dan Azlina akan mengalukan kehadiran murid. Kemudian saya akan mengambil alih tugas Rozi pula, dan Rozi akan mengambilalih tugas Azlina dan Azlina akan mengambilalih tugas saya di minggu kedua , ketiga sehinggalah SOP COVID ini diumumkan sebaliknya.


Kelab juga online je tahun ni dengan murid balik awal dan bersedia untuk aktiviti kokurikulum secra dalam talian. aktiviti prs juga secara dalam talian.

Oh ye gerobok rezeki juga dibuka waktu rehat dan kami buka tiga kali seminggu . Saya uruskan murid ting 5 dan 4. 


Tahniah Hamizah dan Hazim
Semoga kekal hingga ke jannah






 

Telegram Channel