10 March 2021

Kertas Kerja Program Psikososial Kembali Ke Sekolah Tahun 2021

 


Saya share kertas kerja saya di sini . Doakan kami dipermudahkan urusan dan berjalan lancar

1.0     Pengenalan

 

Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu  merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid -murid selepas lama tidak ke sekolah secara bersemuka kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Oerasi Yang Standard yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Selain itu, peringatan demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan panduan berguna sebelum memulakan sesi pembelajaran melalui pembesar suara dan membugar emosi murid murid tingkatan satu.  Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

 

 

2.0     Matlamat

           

   Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental

           

.

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

 

 Bermula 5 April 2021

                                                                                                                    

                                            

4.0       Sasaran

 

            Semua warga SMK Cheras

 

           

5.0       Objektif

 

1)     Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang memberi kesan kepada minda skibat pandemic atau krisis yang berlaku

2)     Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan  yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.

3)     Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing -  masing

4)     Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit dan  sembang dekat melalui penyebaran poster.

5)     Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

 

6.0       KPI

 

Output

Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi tekanan tersebut.

Outcome

Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

 

Bil

 

Perkara

 

Jumlah

 

Sumber

 

1.

 

Poster Psikososial Kembali Ke Sekolah

 

RM 200

 

PCG Kaunseling

 

2.

 

Poster Keselamatan 3W

 

RM 300

 

SUWA Sekolah

 

 

Jumlah

 

RM 500.00

 

 

 

         

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

 

JAWATANKUASA

MEMUGAR EMOSI MURID

KEMBALI KE SEKOLAH

 

Pengerusi                                 : En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)

Timbalan Pengerusi                 : Pn. Marhaniza Bt Mahmud (PK HEM)

Naib Pengerusi                       : Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi                       : Pn. Salehah binti Ali (PK Kokurikulum)

Setiausaha                               : Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Cemerlang Kaunseling)

 

 

Jawatankuasa Kerja  

 

AJK Sebaran Psikososial  :

Video Tutorial Dan Poster

Pn Nurhaiza binti Che Mat

Pn Nafsah Bt Mohd Shah

Menyediakan video tutorial pengurusan murid di sekolah melalui simulasi dan menyediakan poster dan menampal poster psikososial di hadapan pondok pengawal keselamatan

AJK Slot Lambaian  Keselamatan

Pn Zuhaida

Pn Nurhaiza Bt Che Mat

Menyediakan skrip untuk keselamatan dan psikososial murid balik ke rumah

AJK Mentor Mantee Guru Penyayang

Pn Nurhaiza Che Mat

 

Menyediakan aturcara aktiviti untuk hari pertama persekolahan dan memberikan taklimat kepada guru guru

AJK Slot Hidupkan Hari Anda  

Pn Rozinani Bt Awang

Menyediakan tajuk untuk dibaca oleh guru kaunseling menyediakan skrip setiap pagi sebelum memulakan sesi persekolahan sebagai persediaan minda dan emosi

AJK Sembang Santai 

Pn Nurazlina Bt Che Omar

Menyediakan jadual waktu dan aktiviti bersama guru kaunseling untuk murid murid ting satu dan peralihan, ting 2, 3 dan 4


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Hal Ehwal Murid

 

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 

 

9.2     TENTATIF

 

            Sebelum 2 APRIL 2021 : Sebaran Psikososial Kembali Ke Sekolah

           

TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH

 

OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan menjaga keselamatan diri sepanjang berada dalam kawasan sekolah

1)      Menyiapkan video tutorial pengurusan Kembali Ke Sekolah mengikut SOP pada 3 April 2021

 

Akan di hantar ke media sosial sekolah, telegram rasmi sekolah dan whatsapp kelas tingkatan

2)      Menampal poster Selamat Kembali Ke Sekolah Dan Poster Psikososial 

Menampal tempat strategik seperti di hadapan pintu masuk dan di koridor serta dalam kelas -kelas

 

 

 

         5 April 2021 : Amalan Guru Penyayang

 

Tajuk

Mentor Mantee Guru Penyayang

Masa

8.00 - 8.30 pagi

Agenda

Berkenalan antara guru tingkatan dan mentor

Pelantikan ketua tingkatan dan AJK Kelas

Aktiviti yang dirancangkan untuk kelas

 

 


            6 -8 April 2021 : Intervensi Psikososial Minda Sihat  

 

TAJUK PROGRAM

INTERVENSI PSIKOSOSIAL MINDA SIHAT

TARIKH/HARI

6-8 April 2021 : RABU (WAKTU REHAT)

OBJEKTIF

1)     MEMBANTU MURID –MURID TINGKATAN SATU DENGAN BUDAYA DI SEKOLAH MENENGAH DAN MEMPROMOSIKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

GURU/MASA

6 Apr

7 Apr

8 Apr

NURHAIZA

1Imt

1B

1 A

ROZINANI

1 Gam

1G

1J

NURAZLINA

 

1 Sape

1L

1M

                                                                                                                                          


TAJUK PROGRAM

SEMBANG SANTAI REHAT MINDA

TARIKH/HARI

9 APR – 21 APR 2021 : WAKTU REHAT MURID

OBJEKTIF

1)     MENGENAL PASTI MURID YANG MEMERLUKAN BANTUAN MELALUI SEMBANG SANTAI DAN PEMERHATIAN SEWAKTU MURID REHAT DI DALAM KELAS

 

GURU/MASA

9 APRIL

KHAMIS

10 APRIL

JUMAAT

13 APR

ISNIN

14 APR

SELASA

15 APR

RABU

16 APRIL

KHAMIS

17 APRIL

JUMAAT

20 APR

ISNIN

21 APR

SELASA

NURHAIZA

4A

4B

4AF

4AKHAWA

4BIRUNI

4KHINDI

4 ARRAZI

4IBNU SINA

4 IBNU RUSYD

ROZINANI

3A

3B

3IMT

3GAME

3 SAPE

3G

3J

3L

3M

NURAZLINA

 

2A

2B

2IMT

2GAME

2 SAPE

2G

2J

2L

2M





9 –  21 April 2021  : Sembang Santai Rehat Minda

 

 

 

 

Hidupkan Hari Anda

TAJUK PROGRAM

HIDUPKAN HARI ANDA

TARIKH/ MASA

5 April 30 April 2021 : 7.10 PAGI – 7.20 PAGI

OBJEKTIF

1)     MENYEBARKAN KATA – KATA MOTIVASI DAN POSITIF SEBELUM MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN MELALUI PA SISTEM SEKOLAH UNTUK MEMUGAR EMOSI WARGA SEKOLAH

2)     MEMAINKAN ALUNAN LAGU YANG MENENANGKAN MINDA SEBAGAI SALAH SATU TEKNIK RELAKSASI

3)     MENDENGARKAN BACAAN SURAH PENDEK UNTUK KEKUATAN JIWA

 

 Slot Lambaian Keselamatan

TAJUK PROGRAM

LAMBAIAN KESELAMATAN

TARIKH/ MASA

5 April –  30 April 2021 : 12.30 TGH HARI – 12.45 TENGAH HARI

                                       : 1.00 TGH HARI – 1.30 TGH HARI

                                       : 1.20 TGH HARI – 1.50 TGH HARI

OBJEKTIF

1)     MENYEBARKAN KATA – KATA MOTIVASI DAN POSITIF SETELAH SESI PEMBELAJARAN BERAKHIR MELALUI PA SISTEM SEKOLAH UNTUK WARGA SEKOLAH BIJAK KESELAMATAN KENDIRI

2)     MENGARAHKAN PENYURAIAN MURID SECARA TERATUR

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Vandalism Poster

Murid merosakkan poster yang ditampal

Mengingatkan murid setiap hari oleh guru bertugas dan guru disiplin

Guru bertugas harian

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.

 

Disediakan oleh,                                                                 

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat) 

Guru Kaunseling

 

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________

 

 

Diluluskan oleh,                                                                 

 


(En Jamil Bin Jamaludin) 

Pengetua SMK Cheras, KL

                                                       

        Thanks Jijah , Exchange Pengkarya Guru, When  green meet red, #Poslaju esok         

         

 

 

 

 

 

 

3 comments

assalamualaikum..terima kasih untuk perkongsian kertas kerja ni. sangat membantu. semoga Allah limpahkan rezeki dan permudahkan segala urusan cikgu..Aaminn..mohon halalkan ya bahan yang dikongsi

assalamualaikum puan, semoga dipermudahkan segala urusan dan terima kasih atas perkongsian kertas kerja ini puan.

Waalaikummussalam
Terima kasih atas doa yang baik baik untuk saya. Aamiinn semoga dikembalikan juga doa itu untuk tuan/puan

 

Telegram Channel