1.0 TUJUAN KERTAS CADANGAN
Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
pertimbangan dan kelulusan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) untuk melaksanakan Seminar Peningkatan
Profesionalisme Kaunseling secara webinar bagi Kaunselor Pendidikan , Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Rendah bagi sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2.0 PENDAHULUAN
Seminar Peningkatan Profesionalisme Kaunseling 2021 merupakan satu program murni Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan
Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur ( KLCA ) dan Majlis Guru
Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGKKL) bagi meningkatkan kompetensi
kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur. Seminar
ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam membina kesepakatan strategik untuk
membantu proses pembangunan Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan
Kauseling. Matlamat membitarakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
merupakan langkah yang sangat penting dan memerlukan komitmen semua pengamal
psikologi dan kanseling dalam menghayati nilai Kaunselor Bitara. Di samping itu
kerjasama pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan
Malaysia amat diharapkan dalam merealisasikan kebitaraan ini.
3.0 OBJEKTIF
1. Memberi
pendedahan dan penyaluran ilmu kepada peserta mengenai cabaran dan halangan
dalam persekitaran sekolah dan masyarakat masa kini.
2. Meningkatkan
motivasi diri , daya juang , daya tahan dan daya saing dalam diri pelajar.
3. Memberi
ruang dan peluang kepada peserta seminar untuk berinteraksi dan berkomunikasi
serta bertukar pendapat dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan.
4.0 JUSTIFIKASI
Seminar ini perlu dilaksanakan atas justifikasi
berikut:
4.1 Sebagai latihan kepada peserta bagi memenuhi keperluan 7 hari
latihan setahun.
4.2. Merupakan satu wadah kepada
Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah memantapkan perkhidmatan
dan menjadikan diri mereka sebagai yang terbaik dan mampu meneruskan
kecemerlangan ke peringkat yang tinggi.
5.0 PETUNJUK PRESTASI (KPI)
Indikator Output:
a. 400 orang peserta dijangka akan
menyertai seminar secara Webinar bagi Kaunselor Pendidikan, Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah Menengah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
Indikator Outcome:
a. Membentuk Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan
Kaunseling Kuala Lumpur yang
berupaya meningkatkan mutu perkhidmatan selari dengan perkembangan masa kini.
b.Meningkatkan motivasi, kreativiti dan inovatif dalam
kemenjadian pengamal psikologi
kaunseling dan seterusnya dapat memacu
kecemerlangan JPWPKL.
6.0 STRATEGI PELAKSANAAN
6.1 Tarikh
23
MAC 2021 hingga 24 MAC 2021
6.2 Tempat
:
Lokasi masing-masing melalui kaedah secara dalam talian
Microsoft Teams
Pautan
talian :
6.3 Sasaran:
400 Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
6.4
Aturcara
Seminar
Hari Pertama (23 Mac 2021 )
MASA
|
Pengisian
|
9.00 - 9.15 pagi |
Taklimat Pengurusan Seminar
|
9.15 – 9.20 pagi |
Slot Kecergasan 1 – Majlis
Guru Kaunseling Keramat |
9.20 – 10.45 pagi |
Sesi 1 : Isu kesihatan Mental remaja
- pendekatan pengesanan
& pencegahan oleh : Dr. Ramli |
10.45 – 11.45 tgh |
Sesi 2 : Mesyuarat Agung Pemilihan
KLCA Sesi 2020-2021 |
11.45 – 11.55 pagi |
Sesi
3 : Majlis Perasmian SemPro’2021 oleh
Pengarah JPWP KL |
11.55 -12.00 t/hari |
Slot Kecergasan 2 – Majlis
Guru Kaunseling Bangsar |
12.00 – 1.30 t/h |
Sesi 4 : Isu seksualiti, Pornografi,
& sexual grooming, langkah pencegahan & pemulihan Oleh : En. Saiful
Hamiruzzaman bin Mohd Hazir |
|
Pengerusi Pertubuhan
Pengamal Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur |
Hari kedua (24 Mac 2021)
MASA |
Pengisian |
9.00 – 9.05 |
Aluan
|
9.05 -9.10 pagi |
Slot Kecergasan 3 – Majlis
Guru Kaunseling Pudu |
9.10 – 10.30 pagi |
Sesi 5 : Aplikasi Teknik Kaunseling Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin bin Jusoh Universiti Pendidikan Sultan Idris |
10.30 – 11.25 pagi |
Sesi
6 : Mesyuarat Agung Pemilihan MGKKL
sesi 2020/2021 |
11.25 -11.30 pagi |
Slot Kecergasan 4 – Majlis
Guru Kaunseling Sentul |
11.30 – 1.00 tgh |
Sesi 7 : Kecelaruan kebimbangan dalam kalangan
remaja teknik pengesanan dan teknik perawatan oleh kaunselor Oleh
: MMHA (Malaysia Mental Health Association)
|
6.5 JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
:
En Zainal Bin Abas
Pengarah
Pendidikan JPWP
Pengerusi
:
Encik Zainudin bin Mohamad
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor
Pembangunan Murid
Pengerusi bersama : Pn. Noorlia binti Arshad
Ketua
Kaunselor Pendidikan Negeri
Sektor
Psikologi dan Kaunseling
Penyelaras 1 :
En. Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razab
Penolong Pengarah HEM , JPWPKL
Setiausaha : Pn. Norwani bt Daud
JAWATANKUASA PENGELOLA
Penyelaras 1 : Cik Hajah Rosnah bt Abdullah
Penyelaras 2 : En. Ahmad Subhi Marzuki Che Ab
Razab
Pen.
Penyelaras 1 : En. Rofii bin Husin
Pen. Penyelaras 2 |
: |
Pn. Nurhaiza bt Che Mat |
Setiausaha
|
: |
Pn. Katinah binti Mat
Dom |
Pen. Setiausaha |
: |
Pn. Norwani bt Daud |
Bendahari
|
: |
Pn. Yip Foong Kheng |
Pen. Bendahari |
: |
Pn. Noor Hafiza bt Abdul Hamid |
AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS
BIL |
J/KUASA |
NAMA |
1 |
AJK Aturcara Pentadbiran Memantau
perjalanan program secara keseluruhan agar aktiviti yang dirancang berjalan
lancar. Memberi
arahan yang jelas kepada AJK Kerja yang berkenaan jika berlaku masalah yang
akan menjejaskan kelancaran majlis. Menyediakan upacara majlis
pembukaan/penutup,aturcara majlis,
pengerusi majlis, pembaca doa dan teks ucapan perasmi. |
En. Rofii bin Husin Pn. Nurhaiza Bt Che Mat |
2 |
Urusetia Draf surat menyurat iaitu: Surat pelantikan AJK Surat jemputan perasmi melalui JPWP Surat
jemputan penceramah melalui JPWP Surat panggilan menghadiri kursus. |
Pn. Noorlia bt Arshad Pn. Norwani Bt Daud Pn. Katinah Bt Md Dom |
3 |
AJK Jemputan Dan Ceramah Mengenalpasti penceramah dan
menghubungi mereka Selaku pencatat untuk slot ceramah Memastikan penceramah hadir
pada slot yang telah ditetapkan. |
Pn. Nabira Bt Mohd Shah Pn. Roliza Bt Hashim Pn. Azalaila Pn. Zurita |
4 |
Pendaftaran Dan e-Sijil Menyediakan link google form borang pendaftaran kehadiran
peserta. Menyediakan e-sijil penyertaan
peserta program |
Pn Norayu Bt Adni En Rohaidatul Akmal Bin
Rosedi Pn Shamini Devi a/p
Karuppiah |
5 |
Teknikal Memastikan teknikal
berfungsi dengan baik |
En Che Mohamad Padali B Che
Mat En Wan Mohd Amin B Wan Hassan |
6 |
AJK Dokumentasi &
Penilaian Membuat liputan sepanjang
program. Mengambil gambar dan membuat laporan untuk dokumentasi. Membuat rakaman live
tersebut Menyedia dan membuat
analisa borang penilaian menggunakan
google form |
Pn Norhuda Bt Abdul Aziz Pn Kang Kooi Li |
7 |
AJK Promosi Dan Montaj Menyebarkan promosi dengan
rekabentuk Poster |
En Mohd Fadzil Bin Khosin En Sufian Bin Taharim En Azhar Bin Razali |
8 |
Mengacarakan majlis. Menyediakan teks pengacara
majlis. |
En. Mohd Azni bin Abu Hasan
|
9 |
AJK Bacaan Doa |
En. Mohd Harith B Mohd Rahim |
10 |
Persiapan Mesyuarat Agung
MGGKL |
En. Ahmad Subhi Marzuki Che
Ab Razab Pn. Norwani Bt Daud Pn. Noor Hafiza bt Abdul
Hamid |
11 |
Persiapan Mesyuarat Agung
KLCA |
Cik Hajah Rosnah bt
Abdullah Pn. Noorlia Bt Arshad Pn. Yip Foong Kheng |
12 |
AJK Cenderahati ahli |
Semua Pengerusi Zon Rendah
Dan Menengah |
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Perbalanjaan bagi seminar ini ditanggungkan oleh Kuala
Lumpur Counseling Association (KLCA) dan Majlis Guru kaunseling Kuala Lumpur
(MGKKL)
8.1 SUMBER
PENDAPATAN :
BIL |
PERKARA
|
JUMLAH
|
1. |
Sumbangan KLCA |
RM 3200.00 |
2. |
Sumbangan MGKKL |
RM 1700.00 |
|
JUMLAH |
RM 4900.00 |
8.2 ALIRAN
PERBELANJAAN :
BIL. |
PERKARA |
JUMLAH (RM) |
1. |
Cenderahati Peserta (400 x RM 8.00) |
RM 3200.00 |
2. |
Saguhati Penceramah (4 x RM 300) |
RM 1,200.00 |
3. |
Logistik
|
RM 500.00 |
|
JUMLAH |
RM 4900.00 |
9.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO
Bil.
|
Aspek
/ Risiko |
|
Tindakan
Menangani Risiko |
1. |
Sistem - Pencapaian internet di tidak
memuaskan. |
|
Sesi seminar ini
akan akan dirakam dan peserta boleh mendengar semula sekiranya ada bahagian
yang tertinggal ketika masa sebenar kursus. Pihak urus setia akan sediakan nota kepada
peserta |
2. |
Sumber Manusia - Pegawai Meja bertukar/kecemasan. |
|
Penyerahan tugas bersama
senarai tugas. Membentuk pasukan kerja sokongan. |
3. |
Kewangan - Tiada implikasi kewangan |
|
Akan ditanggung oleh KLCA
dan MGKKL |
4. |
Sumber Bahan - Bahan pembentangan seminar. |
|
Pihak Urusetia akan
menghantar bahan seminar melalui email/ google drive |
5. |
Pelanggan - Peserta tidak dapat mengikuti kursus
pada tarikh yang ditetapkan. |
|
Urus setia akan menghubungi peserta dengan mengedarkan
borang jawapan kehadiran secara atas talian seminggu sebelum kursus. Peserta dimaklumkan untuk menghubungi urus
setia 2 hari sebelum kursus dijalankan jika tidak dapat hadir. |
10.0 PEMANTAUAN SEMINAR
10.1 Pemantauan dilaksanakan dengan
penglibatan Kaunselor Pendidikan Negeri, Kaunselor Pendidikan Daerah dan AJK
KLCA sebagai urus setia dan peserta kursus.
10.2 Pemantauan dilaksanakan bagi
memastikan perjalanan kursus berjalan lancar. Soalan peserta juga akan diberi
perhatian supaya jawapan dapat diberi selepas setiap sesi atau pada sesi akan
datang.
11.0 SYOR / KELULUSAN YANG DIPOHON
Sukacita
dikemukakan permohonan untuk melaksanakan SEMINAR
PROFESIONALISME
KAUNSELING WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2021 untuk pertimbangan
dan kelulusan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
Disediakan oleh,
……………………………….....……..
(KATINAH BINTI MAT DOM)
Kaunselor Pendidikan
Negeri
Sektor Psikologi dan
Kaunseling, JPWPKL
Disemak Oleh:
........................................................
(NOORLIA BINTI ARSHAD)
Ketua
Kaunselor Pendidikan Negeri
Sektor
Psikologi dan Kaunseling JPWPKL
KELULUSAN PERMOHONAN
Kertas cadangan ini *diluluskan
/ tidak diluluskan untuk pelaksanaan SEMINAR
PROFESIONALISME KAUNSELING WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN
2021 oleh
Sektor Psikologi dan Kaunseling. Tugas-tugas yang dilaksanakan
semasa kursus perlulah mengikuti dan mematuhi semua pekeliling dan arahan yang
berkuat kuasa.
ULASAN:
...................................................................
ZAINAL BIN ABAS
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh:...................................
Al fatihah..yang dibaca
Buat arwah tok cik Yusof
Semoga rohnya bersama orang orang yang beriman