16 March 2021

Panduan Temuduga Dalam Talian: Penilaian Akhir PVMA


Assalammualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari ini 16 Mac 2021 murid murid kelas pvma masakan dan katering bersama saya. membimbing anak anak pvma promax yg menduduki penilaian akhir markah pvma katering mereka. 
Ini kerana murid murid ini sentiasa diingatkn dgn pemarkahan 100 utk markah amali mereka yg biasanya dijalankan secara pemerhatian oleh penilai luar. Namun oleh kerana keadaan wabak covid 19 ini menyebabkan keadaan menjadi sebaliknya . markah amali berbentuk temuduga 

Penilaian berdasarkan pemarkahan amali yg dijalankan secara temuduga dgn membawa markah 100 peratus. 

Satu perbezaan yg sangat besar jika dari aspek pemerhatian dan aktiviti amali semata mata sahaja dgn melakukan aktiviti tetapi tiba tiba pula dalam keadaan temuduga..sudah tentu payah bagi murid murid yg introvert dan tidak dapat berkomunikasi dgn baik apatah lagi ketar dgn temuduga berbanding amali yg memerlukan mereka fokus memasak sahaja. 

Maka di sinilah cabarannya...bukan sahaja mengajar mereka cara menghadiri temuduga secara dalam talian dgn betul tetapi juga bagaimana bercakap, bagaimana menjawab soalan dgn tenang dan dapat ' bercakap' juga. 

Mari kita cuba tgk panduan ini yang saya kongsikan dengan mereka. Semoga membantu

1. Pastikan kedudukan gajet anda 
Jika penemuduga sudah memberitahu tentang aplikasi google meet yang digunakan, anda boleh cuba gunakan aplikasi itu sebelum ditemuduga untuk biasakan diri. Buat panggilan video menerusi aplikasi tersebut 


2.Memeriksa kamera dan mikrofon anda. Pastikan kamera dan mikrofon berfungsi dengan baik dan jelas sebelum temuduga. Biasakan dengan fungsi kuatkan suara , kedudukan badan anda di hadapan kamera. Laraskan kedudukan anda agar kedudukan satu jengkal dari kepala anda kelihatan hingga paras dada untuk visual yang selesa


3.Anda juga perlu memastikan capaian internet dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan gangguan internet semasa temuduga berlangsung. Apabila internet terganggu, penemuduga juga akan terganggu sekaligus membuatkan sesi temuduga itu kurang memuaskan. Cari di sekitar rumah anda, ruang yang dapat liputan internet yang laju dan memuaskan. Sekiranya liputan internet tidak begitu baik di kawasan anda, cuba keluar dan cari liputan internet yang baik di kawasan lain. Top up internet anda untuk sekurang -kurangnya 50 minit berbanding masa anggaran temuduga anda yang dianggarkan 20-30 minit itu.

4. Memeriksa latar belakang panggilan video anda. Pastikan anda menggunakan latar belakang yang disediakan oleh google meet jika latar belakang anda tidak kondusif iaitu tidak sesuai dan bersepah. Anda juga boleh menggunakan green skrin atau ruang kosong . 


5.Gangguan bunyi juga haruslah dielakkan seperti  bunyi kenderaan, bunyi adik beradik yang bising, bunyi pembinaan. Mohon kerjasama penghuni rumah . Jika jiran buat pengubahsuaian atau rumah anda berhampiran dengan kawasan pembinaan...mohon bantuan saudara mara atau kawan -kawan untuk berada di tempat yang lebih sesuai mengelakkan bunyi bising.

6.Pakaian semasa temuduga secara atas talian juga haruslah formal. Memandangkan anda mengambil jurusan pvma, memakai baju uniform pvma anda dibolehkan dan pakailah topi yang sesuai untuk menutup rambut anda yang semakin panjang dan anda pula sayang nak potong time pkp ni :) Yang perempuan pakai tudung yang sesuai untuk tugasan dapur jika anda juga memakai topi pvma


7. Buat latihan berkomunikasi setiap hari , berlatih dengan kawan melalui google meet atau guru. Mulakan dengan memperkenalkan diri, kelas dan angka giliran anda. Buat skrip alukan pemantauan yang terdiri dari guru-guru dan panel penemuduga anda. 


8. Bila anda panik, semua jawapan anda tidak dapat memaksimumkan potensi anda. Bertenang, sediakan air di sebelah anda dan bila jantung terlalu kencang, minumlah seteguk air. 

9. Baca folio yang anda sediakan. Tengok beberapa menu untuk anda hadamkan secara verbal . Ya anda boleh laksanakan dengan praktikal amali namun apabila dalam keadaan temuduga , anda perlu menjelaskan secara lisan. Kemahiran ini yang perlu dipraktikan. 

10. Cuba jawab apabila disoal, jangan diam sahaja membatu, ia tidak membantu anda. Cuba menjawab dengan ayat anda sendiri. Jangan terlalu memikirkan jawapan anda salah atau betul dan tergagap gagap. Berfikir sejenak jawapan yang ingin diberi dan luahkan mengikut ayat anda. Berkata kata lebih baik dari diam sahaja. 


Good luck!


Happy birthday boss

Small calebration..Choclate cake yummy!





















Laraskan aplikasi pada telefon bimbit anda

 

Telegram Channel