Hasil tinjauan dari jemaah nazir terhadap pdpc di rumah melalui temubual secara google meet . Kami menggunakan satu peranti di bilik mesyuarat . Semua ajk pengurusan sekolah termasuk saya terlibat dengan interview ini. Yang menariknya saya merasakan interview ini pada mulanya hanya berkaitan dengan barisan pentadbir semata mata kerana tinjauan mengenai pdpc iaitu pengajaran semata mata namun apabila nazir bertanya soalan soalan kepada pengurusan dan saya juga berada dalam sesi tinjauan tersebut, saya volunteer untuk menjawabnya.
Nazir asyik mengucapkan tahniah kepada saya bukan sahaja seorang malahan kedua dua nazir tersebut. Dan sempat mereka berkata ..semakin dengar intervensi UBK semakin seronok mereka bertanya macam macam kepada saya.
Hasil rumusan akhir, nazir mengatakan yang sekolah kami antara sekolah contoh yang dapat mengaplikasikan pdpr dalam talian dengan baik.
Nazir juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada UBK kerana dapat berfungsi dengan berkesan dalam membantu pengurusan sekolah :)
saya share soalan soalan yang ditanya.
Saya nak kongsikan antara pemantauan soalan yang ditanya:
Apakah inisiatif sekolah untuk murid -murid yang sering tidak dapat masuk dalam kelas secara dalam talian?
UBK menjalankan survey kepada guru guru ting 5 dan menghubungi murid -murid tersebut secara menelefon dan bermesej.
UBK create group whatsapp khas untuk murid murid gagal dalam sejarah kertas 1 dan sejarah kertas 2 dalam trial serta whatsapp group murid murid gagal BM. UBK memantau murid -murid tersebut dan mengesan keciciran murid dalam talian untuk subjek subjek teras tersebut dan mengambil kira faktor murid keciciran . Yang berisiko keciciran dalam talian sentiasa diingatkan agar mematuhi jadual waktu guru yang diberi.
UBK juga create group whatsapp murid murid cemerlang dalam peperiksaan percubaan dan membantu mereka untuk menyelaras semua subjek dan kelas tambahan guru guru.
Menjalankan ziarah cakna untuk mengesan murid yg tidak dapat dihubungi melalui panggilan telefon atau mesej
Apakah jalinan dan jaringan yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan komuniti?
Bekerjasama Yayasan pendidikan Cheras dgn UBK untuk kelas sejarah percuma secara dalam talian di mana tajaan pensyarah dan kuliah percuma dengan modul yang diberikan
Biro Akademik Ibu Bapa untuk membina laman web digital learning sekolah
NGO komuniti dan UBK bekerjasama dalam sumbangan kemudahan makanan seperti beras dan makanan yang lain untuk Gerobok Rezeki anjuran UBK
parlimen Bandar Tun Razak untuk sumbangan mask
Kolej INTI untuk pemberian alat tulis
Apakah aktiviti lain yang dijalankan oleh pihak sekolah selain dari aktiviti pdpc secara dalam talian?
UBK menjalankan aktviti pertandingan secara dalam talian untuk menyertai pertandingan TRansformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat negeri tahun lepas. Hasilnya sekolah memenangi 4 kemenangan peringkat negeri dan 2 kemenangan peringkat kebangsaan.
UBK menyertai pertandingan Sahsiah Murid Dan Kerjaya anjuran Jpwp KL dan memenangi tiga pertandingan peringkat negeri.
Selain itu UBK menghantar pasukan debat Cakna Keselamatan peringkat KL secara dalam talian juga memenangi tempat kedua peringkat negeri.
UBK juga menghantar pasukan inovasi sekolah iaitu murid murid tingkatan 5 dan memenangi pingat emas peringkat kebangsaan. pembentangan murid murid dijalankan secara dalam talian.
Selain dari menyertai pertandingan, UBK juga mengadakan ujian psikometrik secara dalam talian dan program motivasi dan sahsiah diri secara dalam talian.
Apakah kesedaran sivik yang diserapkan kepada murid -murid sewaktu aktiviti bukan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian?
Bekerjasama sebagai satu pasukan dalam pertandingan.
Menepati masa
Saling hormat menghormati
Apakah kesedaran sivik yang diserapkan kepada murid -murid sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian?
Kempen Adab Belajar Secara Dalam Talian yang disebarkan kepada setiap group whatsapp kelas
Happy birthday Khairul
Secret Recipe from us to you..
Chocolate cake yummmyy