14 April 2021

Kertas Kerja Minggu Hal Ehwal Murid Dalam Kebiasaan Baharu

 

Minggu Hal Ehwal Murid dijalankan minggu hadapan..saya share kertas kerja dgn pelbagai aktiviti secara online, offline  dan bersemuka. 

Terima kasih YDP PIBG tolong design banner. 

KERTAS KERJA

MINGG HAL EHWAL MURID

SMK CHERAS 2021

 

 

1.0          PENGENALAN

 

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah aspek utama membantu pengurusan sekolah. Ia bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan dan kemenjadian sahsiah murid. Untuk membantu murid supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah, pelbagai perancangan disusun untuk memastikan sekolah dapat mencapai perancangan strategik dalam membantu kemenjadian sahsiah murid.

         

2.0          MATLAMAT

Mempromosikan aktiviti Hal Ehwal Murid berkaitan dengan disiplin, kaunseling, kebajikan, keselamatan, kesihatan, kebersihan dan keceriaan warga sekolah.

 

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 19 April – 23 April 2021

 

4.0        SASARAN

Semua murid SMK Cheras

         

5.0      OBJEKTIF

1)         Mempromosikan aktiviti – aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri dan program 3K iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

             

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Semua warga sekolah mendapatkan maklumat melalui aktiviti oleh setiap Unit Hal Ehwal Murid

Outcome

Semua unit di bawah Hal Ehwal Murid mencapai KPI pelan strategik HEM.

 

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Sumber Kewangan

          PCG Kaunseling                           :                                                   = RM 200

         

          Perbelanjaan

          Hadiah kuiz                                  =                                                  = RM  100

          Kain rentang                                =                                                  = RM  100    

 

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi                : Encik Jamil Bin Jamaludin

                                            Pengetua

          Naib Pengerusi        :Puan Marhaniza Binti Mahmud

                                          Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

          Setiausaha              : Puan Murni Binti Mat Jali

          Naib Setiausaha      : Puan Nafsah Bt Mohd Shah

Penyelaras              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

 

          SENARAI TUGAS AJK KERJA

         

AJK Disiplin

Encik Amiruddin Mohd Yusoff

 

Puan Suhaibah Binti Mat

 

Menyediakan brosure untuk edaran ibu bapa yang lewat menghantar anak bermula 7.20 pagi

 

 

AJK Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

 

Puan Rozinani Awang Binti Awang

 

Puan Nurazlina Binti Che Omar

 

Projek Gerobok Rezeki dan Ziarah Cakna untuk murid yang berkelayakan

AJK Kebajikan  

Puan Haslina Hashim

 

Puan Nurul Hamiza Nodzari

 

Menyediakan sumbangan Ramadhan kepada murid –murid yang berkelayakan

AJK PPDa

Puan Mas Atikah Bt Zakaria

Puan Sohana Bt Ahmad

Puan Nurazlina Bt Che Omar

 

Mengadakan ceramah PPDa, kuiz PPDa dan sijil pemenang secara dalam talian

 

Menayangkan aktiviti pertandingan PPDa  tahun 2020 dalam youtube

 

Mempamerkan poster poster di wakaf PPDa

 

Menyediakan borang penilaian program dan membuat analisa penilaian

 

SSDM

 

Puan Nurul Arina Asha’ari

Menyediakan sijil amalan terpuji untuk murid SSDM dan mengadakan penyampaian sijil

Keselamatan

Puan Zuhaida Mohammad

Encik Kamarudin Zulkafli

 

Kempen keselamatan pergi dan balik dari sekolah

Kebersihan

Encik Muhammad Bukhari

Puan Noor Nadiah Tajuddin

Memulakan kempen pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

 

AJK Buku Program

Puan Murni Binti Mat Jali

 

Menyediakan buku program

 

AJK Dokumentasi

Puan Nafsah Binti Mohd Shah

Puan Murni Binti Mat Jali

 

 

Menyediakan dokumentasi

 

Kesihatan:

 

Cik Nor Afiqah Binti Mohd Sidek

Puan Maizatul Akma Binti Mamat

Mempromosikan kesihatan minda warga sekolah

Majlis Ketua Tingkatan

Puan Rita Indraiani Surip

Puan Zahirah Abdul Halim

 

Mengadakan bengkel ketua dan penolong ketua tingkatan

 

 

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA

                     Unit HEM

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

                     Mengikut giliran kelas

19/4/2021 (Isnin)

7.30 pagi

Pelancaran Minggu HEM

Kempen Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas: Unit Kebersihan Dan Keceriaan

Kempen 3S: Senyum /Salam/Sapa: Unit Kaunseling

8.00 pagi

Penyerahan Sumbangan Ramadhan: Unit Kebajikan

3.30 petang

Tadarus Ihya Ramadhan :Unit Pemantapan Sahsiah

20/4/2021 (Selasa)

6.50 – 7.30 pagi

Kempen 3S: Senyum /Salam/Sapa: Unit Kaunseling

 

7.20 – 8.00 pagi

Kempen TOPAZ: Kehadiran Awal Ke Sekolah: Unit Disiplin

 

10.00 pagi

Penyampaian sijil Amalan Baik Murid Ting 5: Unit SSDM

2.30 petang

Pengurusan Kesihatan Minda (Infografik Offline Secara Dalam Talian): Unit Kesihatan

3.30 petang

Tadarus Ihya Ramadhan Secara Google Meet :Unit Pemantapan Sahsiah

21/4/2021 (Rabu)

6.50 – 7.30 pagi

Kempen 3S: Senyum /Salam/Sapa: Unit Kaunseling

 

7.20 – 8.00 pagi

Kempen TOPAZ Kehadiran Awal Ke Sekolah: Unit Disiplin

 

10.00 pagi

Penyampaian sijil Amalan Baik Murid Ting 4: Unit SSDM

1.00 tgh hari

Bengkel Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan

Majlis Pelantikan :Majlis Ketua Tingkatan

 

3.00 petang

Ceramah PPDa Secara Online Youtube: Unit PPDa

4.00 petang

Tadarus Ihya Ramadhan Secara Google Meet:Unit Pemantapan Sahsiah

22/4/2020 (Khamis)

6.50 – 7.30 pagi

Kempen 3S: Senyum /Salam/Sapa: Unit Kaunseling

 

7.20 – 8.00 pagi

Kempen TOPAZ: Kehadiran Awal Ke Sekolah: Unit Disiplin

 

9.00 pagi

Penyampaian sijil Amalan Baik Murid Ting 3: Unit SSDM

 

2.30 petang

Pertandingan Poster Grafik COVID 19 Secara Offline: Unit Keselamatan

3.30 petang

Tadarus Ihya Ramadhan Secara Google Meet :Unit Pemantapan Sahsiah

23/4/2020 (Jumaat)

 

6.50 – 7.30 pagi

Kempen 3S: Senyum /Salam/Sapa: Unit Kaunseling

 

7.20 – 8.00 pagi

Kempen TOPAZ: Kehadiran Awal Ke Sekolah: Unit Disiplin

 

8.00 – 8.30 pagi

Slot Tazkirah Amalan Sahsiah Melalui : Unit Pemantapan Sahsiah

 

9.00 pagi

Penyampaian sijil Amalan Baik Murid Ting 2 dan 1: Unit SSDM

 

10.00 pagi – 12.00 t/h

Gerobok Rezeki Dan Ziarah Cakna  :

Unit Bimbingan Dan Kaunseling

3.30 petang

Tadarus Ihya Ramadhan Secara Google Meet :Unit Pemantapan Sahsiah

 

 

 

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

 

           

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Masalah teknikal dalam menggunakan aktiviti online

Masalah internet

Buat rakaman dan mainkan rakaman tersebut

Unit PPDa

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif menyebarkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengurusan Hal Ehwal Murid kepada warga sekolah khususnya murid sekolah untuk mencapai pelan strategik Hal Ehwal Murid tahun 2021.

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,

 

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Jamil Bin Jamaludin)



Ramadhan Kedua

Ya Allah! Mohon dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaanMU. Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih!







 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           

 

 

Telegram Channel